CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 9

[Tempatan] Hadir jamuan Aidiladha, 30 warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan. 20

[Copy link]
Post time 21-7-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Hadir jamuan Aidiladha, 30 warga asing ditahan

https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... arga-asing-ditahan/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
20 Julai 2021, 11:58 pm


Seramai 30 individu warga asing ditahan ketika serbuan polis di sebuah rumah di Taman Selayang Utama hari ini.

GOMBAK – Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu polis, hari ini.

Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan.

“Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, wanita tempatan yang ditahan telah dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Manakala 29 warga asing lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman,” ujarnya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 10:37 AM | Show all posts
Yet, golongan ni yang nk didahulukan vaksin, sng deme nk berkumpul mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi gamaknya beraya sampai kena kompaun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:45 AM | Show all posts
Mesti Indo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:54 AM | Show all posts
depa ni duk malaysia bahagia sungguh..rakyat kita bukan main ikut peraturan...depa suka2 je langsi..sebab apa?ramai pembela yang akan bela depa nanti,ngo la,loyar la...ni kira talibarut atau pengkhianat negara tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:12 AM | Show all posts
nenekglamer replied at 21-7-2021 10:44 AM
Berbaloi gamaknya beraya sampai kena kompaun.

padanlah kena kompaun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Kalau kat spore yg ada pas tu kena batal pas mereka pastu terus deport
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hntr blk la diorng ni....menyemak je dok malaysia pastu langgar peraturan sesuka ati....yg pmpn tmpatan tu sila kompoun byk sket....setakat 4k sket je tu....geram btl...kita punya la berkurung je kat umah...punyai la ikut ape yg disuruh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 12:31 PM | Show all posts
Yang takde pas tu lepas kena tahun ni buatpe? G hantar balik lah negara diorang dah sah2 masuk sini pun secara haram
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
so apa lagi? hantar laaa balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068750 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list