CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala. #157, Tidak balas ‘propos

  [Copy link]
Post time 22-7-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya nye die semua duit sendiri tp still kalau duit sendiri pun tp at the end of the day menyusahkan ngo2 lain in future, x guna juga, matlamat x menghalalkan cara ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-7-2021 07:07 PM
Arab Saudi hulur bantuan ratusan juta dolllar kepada Palestin takde pun drama macam ni.

Selama  ...

Saudi bagi bantuan politik 2.6 bilion kecoh Malaysia.  negara lain releks2 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tea tumpah bacah meja tau awwa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepris, nadir dgn EL kena duduk sama2 . Cakap apa yg tak puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:31 PM | Show all posts
Ni bukan kes tak puas hati sesama sendiri. Boleh fikir jauh tak org yg ko tlg lepas membuat janji ke hujung dunia. Janji mcm2 last2 org lain yg ada kene setelkan. pentaksub bukan kesah fasal fakta, bukti pon. Dia cuma nmpk idola tabur duit. Baik la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 22-7-2021 11:32 AM
Kaya nye die semua duit sendiri tp still kalau duit sendiri pun tp at the end of the day menyusahkan ...

Senang kata , SELFISH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 22-7-2021 01:31 AM
Vavekknya iklan ni!!! Susah nak tekan ke next page!

Kannnn,geram betul susah nk klick next page..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya awlohh..byk nyeee tered pasal niiiiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada ka press conference tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 22-7-2021 11:07 AM
Kepris, nadir dgn EL kena duduk sama2 . Cakap apa yg tak puas hati..

Nadir xyah lah. Elok je dia selama ni buat hal dia. Kerjasama dgn ngo2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols singgah sini lepas tgk video kat fb yg viral hari ni. El kate die guna duit dr poket sendiri. Wadefuk. Duit tu duit penderma ye. Mmg jilake el ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:16 PM | Show all posts
xtra.com.my
Ebit Lew Akhirnya 'Buka Mulut' Isu Fitnah Melampu Caprice & Nadir Al Nuri
6-7 minutes

Selepas sedih dengan fitnah melampau yang dilemparkan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada tercetusnya kontroversi yang melanda diri beliau dan keluarga.

Menurut UEL menerusi LIVE di laman sosial miliknya, beliau ke Gaza bertujuan untuk membantu dengan niat kerana Allah SWT, namun tidak mahu ‘terkenal’ dengan perkara-perkara viral yang ‘buruk’ sehinggalah terjadinya kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya termasuklah turut dipanggil Dajjal oleh sesetengah pihak.

UEL turut menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nadir Al Nuri bahawa, beliau pergi ke Gaza dengan duit sendiri dan tidak melibatkan mana-mana tabung sepertimana yang diutarakan Nadir.

    ” Saya pakai duit saya sendiri ke Gaza. Termasuklah penginapan dan sebagainya. Untuk kos penerbangan, Turkish Airline yang menaja penerbangan kami. Alhamdulillah.”

    “Sepatutnya soalan berkaitan duit RM20 juta itu ditanyakan sendiri oleh saudara Nadir Al Nuri kerana keseluruhan duit yang digunakan oleh saya dan pasukan ke Gaza memang menggunakan duit saya sendiri”

“Isu ‘hilang’ selama sebulan, buat rakyat Malaysia risau”

Isu melibatkan tidak memberi apa-apa ‘update’ selama sebulan kepada rakyat Malaysia sehingga membuatkan ramai yang risau, UEL menjawab bahawa ketika sampai di Gaza, banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan, pasukannya juga terpaksa memberikan nama kepada pihak berwajib sehinggalah urusan lain diberikan kebenaran.

Justeru itu, beliau tidak berkesempatan untuk memuat naik atau memaklumkan rakyat Malaysia mengenai keadaan sebenar beliau di sana.

Manakala, isu membeli barangan di Cairo pula, UEL mendakwa isu ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Kerana, di Gaza dan Cairo UEL turut membeli barangan untuk diberikan kepada penduduk Gaza.
“Isu biadap terhadap wakil  Malaysia…”

UEL juga menjawab, perasaan menghadap perjalanan selama 21 jam memang sangat memenatkan. Namun, UEL langsung tidak menolak atau tidak bersalaman dengan sesiapa seperti mana yang didakwa Nadir.

    “Perjalanan mengambil masa selama 21 jam, 21 check point dan diiringi dengan 12 kereta kebal. Saya sampai sahaja, saya memang tidak solat maghrib masa tu pula, saya diminta untuk duduk dan berucap sebaik sahaja selesai, saya terus bergegas solat. Saya minta maaf kepada Nadir mana-mana yang terkurang”

“Mengenai syarikat Hala, itu fitnah terbesar kepada saya…”

Memang untuk memasuki Gaza, perlu melalui syarikat Mile of Smile. Malah, NGO lain pun terpaksa melalui syarikat ini.

Bagaimanapun, semasa perjalanan pasukan kami dalam misi kemanusiaan ini, segalanya dipermudahkan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Gaza.

    “Sebelum saya datang, saya dan pasukan memang dah call Mile of Smile. Dan ketika di sana saya diminta untuk membayar satu kepala RM50,000. Dan nak masuk ke Gaza, ada dua kelulusan penting. Satu kelulusan dari kerajaan negeri Mesir dan kedua, kelulusan tentera.”

    “Namun, dengan jalan yang ditakdirkan Allah SWT, semuanya dipermudahkan dengan pasyukan saya diperkenalkan dengan syarikat Lucky ini kerana daripada membayar RM50,000, kami diberikan tawaran oleh syarikat ini dengan hanya membayar RM10,000 untuk satu orang. Jadi banyaklah diskaun  yang kami diberikan”

    “Walaupun jumlahnya besar namun, bagi saya tidak mengapalah kerana kami dalam perjalanan menuju ke tempat yang penuh barakah. Dan segalanya, adalah kerana Allah SWT”

“Kenapa block Caprice?”

Isu Caprice ini adalah antara yang paling banyak ditanyakan oleh beberapa pihak namun, UEL menjelaskan bahawa keadaan ayah beliau amat tenat, dan beliau berusaha untuk segera balik ke Malaysia tanpa mahu memikirkan perkara ‘kecil’ lain termasuklah isu Caprice.

Namun, dengan pelbagai provokasi yang dilemparkan keatas nya termasuklah whatsapp yang diberikan, UEL mengambil keputusan untuk ‘block’ penyanyi rap tersebut.

    “Sesiapa yang kenal saya, memang tahu hidup saya memang untuk ayah dan emak saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk  mereka. Dada saya berdegup laju memikirkan ayah dan emak saya”

    “Dengan banyak benda-benda negatif ditambah keadaan ayah saya, Caprice mesej saya panjang mengenai apa yang dipostkan nya. Saya sedih, saya baling telefon saya. Sebab keadaan saya tidak baik kerana terlalu rindukan mak  dan ayah”

LIVE yang diakhiri bacaan doa oleh UEL ini diharap dapat menjawab segala persoalan dan kontroversi yang melanda.

Untuk rekod, pihak  UEL juga akan menghantar saman kepada mereka yang mencetuskan provokasi mengenai misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Terdahulu, isu ini tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memberitahu kepada umum bahawa beliau telah di block di laman sosial, Instagram UEL selepas memuat naik Story berupa dakwaan kepada UEL.

Namun, perkara ini tidak terhenti begitu sahaja apabila pendedahan saudara Nadi Al Nuri menerusi Telegram nya semalam mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila beliau mendedahkan’cerita sebenar’ sepanjang misi kemanusian UEL ke Gaza.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ni sb Hati kuat dengki....x boleh ke kompromi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
La ni dia x jawab byar duit utk masuk GAZA DAN MENYUSAHKAN NGO LAIN?

Perghhhh.. Sbb dia seorg.. Habis MENYUSAHKAN ORG LAIN.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:51 PM | Show all posts
sarah82 replied at 22-7-2021 03:43 PM
La ni dia x jawab byar duit utk masuk GAZA DAN MENYUSAHKAN NGO LAIN?

Perghhhh.. Sbb dia seorg..  ...

UEL dah jawab tadi sebab I baca dekat fb ada yg dah buat summary yang ni
Syed Ah Beng
7. Kenapa susahkan kerja-kerja NGO lain dengan buat pembayaran ratusan ribu dollar kepada syarikat Hala? Yang ni uel cakap fitnah yang sangat besar. Dia tak kenal langsung siapa Hala ni. Yang dia tau, nak masuk pada awalnya satu kepala kena bayar 10 000 usd. So dia taknak, dia cari lah cara lain. Tak silap aku, cara yang tn nadir cadangkan ni lah (tak silap aku yg Mile of Smile tu kot) satu kepala kena bayar 10 000 usd, tapi nak dijadikan rezeki, Allah permudahkan, uel guna perkhidmatan Lucky Tour, dan diorang cuma kena bayar 2500 usd untuk satu kepala. So takde istilah menyusahkan NGO lain lepas ni sebab NGO NGO lain pun uel suruh cari Lucky Tour ni nanti untuk mudahkan salurkan sumbangan.

Ni pulak dari Rahmat Ikhsan
1) Menafikan bayar HALA , EL masuk dalam Gaza dengan Agensi bernama Lucky Tour
2) Menafikan bayar RM 50 ribu kepada mile of smile seperti NGO lain, EL hanya bayar RM 10 ribu bersamaan 2500 USD untuk charge perkhidmatan Lucky Tour.



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nadir ni nak org sembah dia bila masuk gaza, konon dia la wakil  org melayu di palestin,bila uel x sembah  dia mcm raja, x ikut mcm dia suruh, mula la meroyan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:06 PM | Show all posts
Hidup kerana ayah dan mak?
  
“Sesiapa yang kenal saya, memang tahu hidup saya memang untuk ayah dan emak saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk  mereka. Dada saya berdegup laju memikirkan ayah dan emak saya”

    “Dengan banyak benda-benda negatif ditambah keadaan ayah saya, Caprice mesej saya panjang mengenai apa yang dipostkan nya. Saya sedih, saya baling telefon saya. Sebab keadaan saya tidak baik kerana terlalu rindukan mak  dan ayah”
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mybarbie replied at 22-7-2021 03:51 PM
UEL dah jawab tadi sebab I baca dekat fb ada yg dah buat summary yang ni
Syed Ah Beng
7. Kenapa  ...

Suruh dia tunjuk hitam putih la kata byar 10k.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 22-7-2021 11:46 AM
Banyak tea tumpah bacah meja tau awwa

Wow.. pentaksub dia ramai sgt sbb watak yg dibawa tapi itulahhhhhh...

Bila kita cerita benda macamni dia kata kita fitnah. Allah dah buka aib sikit sikit ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 22-7-2021 01:27 PM
Kannnn,geram betul susah nk klick next page..

iol guna adsblock browser , kalau tak segala mak nenek iklan keluar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085785 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list