CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23507|Reply: 67

[Tempatan] Baricitinib berkesan, banyak digunakan di luar negara

  [Copy link]
Post time 22-7-2021 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Baricitinib berkesan, banyak digunakan di luar negara


Seorang pesakit tahap 3 yang menggunakan bantuan penafasan diperiksa petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang hari ini. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah




KUALA LUMPUR: Formulasi ubat baharu iaitu baricitinib bagi mencegah risiko pesakit kategori satu dan dua COVID-19 daripada menghidap radang paru-paru sudah banyak digunakan di luar negara.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata ubat Baricinab bersama-sama dengan remdesivir terbukti berkesan untuk merawat pesakit COVID-19 di hospital, berdasarkan hasil kajian di luar negara.
"Di Jepun, kerajaannya sudah meluluskan penggunaan ubat artritis reumatoid 'baricitinib' dalam rawatan jenis baru COVID-19. Kerajaan Jepun setakat ini juga meluluskan ubat 'remdesivir' dan 'steroid dexamethasone' dalam rawatan COVID-19. Ubat ini juga diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk kegunaan kecemasan.
"Ini ubat yang digunakan untuk penyakit artritis reumatoid yang dihasilkan oleh Amerika Eli Lily. Di AS, ubat baricitinib sudah disetujui untuk digunakan sebagai tambahan kepada ubat anti-virus 'Remdesivir' dalam rawatan pesakit COVID-19 yang memerlukan suplemen oksigen," katanya ketika dihubungi hari ini.
Penggunaan formulasi ubat itu berupaya memanfaatkan pesakit bagi kategori tiga supaya tidak terjerumus menjadi kategori empat dan lima yang mungkin boleh membawa maut.
"Baricitinib adalah satu ubat oral yang berfungsi sebagai pencegah atau inhibitor untuk janus kinases satu dan dua (JAK1/2) dan mempunyai aktviti-aktiviti anti-keradangan, 'immunomodulation' dan antineopolastik" katanya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan formulasi ubat itu berikutan maklumat peningkatan atau peralihan pesakit kategori satu kepada keadaan kesihatan lebih meruncing, iaitu kategori tiga hingga lima adalah sangat dinamik.
Katanya, kadar pemberian kepada individu positif COVID-19 adalah dua hingga empat miligram (mg), dengan KKM sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.-ends.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841899/baricitinib-berkesan-banyak-digunakan-di-luar-negara



Single Polls, Total 47 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bermanfaat

(Tiru ayat @Tinot)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:11 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-7-2021 09:15 AM

Di AS, ubat baricitinib sudah disetujui untuk digunakan sebagai tambahan kepada ubat anti-virus 'Remdesivir' dalam rawatan pesakit COVID-19 yang memerlukan suplemen oksigen," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penggunaan formulasi ubat itu berupaya memanfaatkan pesakit bagi kategori tiga supaya tidak terjerumus menjadi kategori empat dan lima yang mungkin boleh membawa maut.
"Baricitinib adalah satu ubat oral yang berfungsi sebagai pencegah atau inhibitor untuk janus kinases satu dan dua (JAK1/2) dan mempunyai aktviti-aktiviti anti-keradangan, 'immunomodulation' dan antineopolastik" katanya.--------------------------

okay untuk yg ada simptomatik level 3...and jangan ke level 4.

semoga dimudahkan urusan.

semalam Samerosie ada letak satu ubat  tu Renepreve...Japan guna juga.

Trial phase III...

semua drug  dalam Covid-19 yg dalam solidarity study tu remdemsivir tu pun digunakan.

semua untuk elak keradangan yg berpanjangan tu.



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:18 AM | Show all posts
obat buasir kerbau ke tanak try?


mana tahu bermanfaaat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:18 AM | Show all posts
saya lebih percaya kpada vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:19 AM | Show all posts
klu amik ubat ni blh ambil gambar sambil pegang sepanduk demonstrasi jalanan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2021 09:20 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 22-7-2021 09:19 AM
klu amik ubat ni blh ambil gambar sambil pegang sepanduk demonstrasi jalanan?

tahun depan dah boleh guling atas jalan kot..ready la wat sepanduk awal2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:22 AM | Show all posts
smlm japun approve ronarona preve
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 09:26 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 22-7-2021 09:19 AM
klu amik ubat ni blh ambil gambar sambil pegang sepanduk demonstrasi jalanan?

ni ubat level 3 la awak ...isk ...nak pegang sepanduk apenyer sedangkan post Covid19  survivors tu pun dok suffer simptom simptom post infection.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gunalah apa pun yang diluluskan sebagai ikhtiar untuk terus hidup dan beribadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 09:32 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 22-7-2021 09:26 AM
ni ubat level 3 la awak ...isk ...nak pegang sepanduk apenyer sedangkan post Covid19  survivors tu ...

doc,pesakit yang sembuh tu meme majoriti ada kesan sampingan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:55 AM | Show all posts
kalau aku semua aku sapu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:14 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 22-7-2021 09:32 AM
doc,pesakit yang sembuh tu meme majoriti ada kesan sampingan ke?

pada dia ivermectin je ada kesan sampingan boleh bawa maut kalau tak hati2 , ubat steroid sekuat mana punggg yg di perosok kat dalam badan pesakit ramai2 selama nih dia buat2 bute je kesannya lalu semua tu dia scapegoat sebagai covid punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:17 AM | Show all posts
apa saja ubat yg WHO syorkan asalkan bukan iverrmectin KKM akan bagi laluan kekdahnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pejuang ubat kerawit dah masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:21 AM | Show all posts
xy_daen replied at 22-7-2021 10:19 AM
Pejuang ubat kerawit dah masuk..

hang pejuang ubat steroid kaaa.... dah ramai warga emas meninggal di ICU kerananya selama nih, hang sronok kaa tengok org2 tua hadapi end of life style tuu ? Boleh naikkan keghairahan ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 10:25 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 22-7-2021 10:27 AM

bukan mende baru ....sejak feb dah di syorkan baricitinib atau dexamethasone , pilih mana satu tak leh dua2 sekali gus .... tapi kerajaan malaysia nampaknya pilih steroid laaa kalau la baru nak riuh utk guna baricitinib .... setelah ribuan warga emas meninggal kerana steroid baru kalut nak tukar pi baricitinib, errr tak habih kajian lagi ia pun so apa plak side effect baricitinib nih


\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

https://www.ccjm.org/content/early/2021/01/29/ccjm.88a.ccc073

Baricitinib and dexamethasone for hospitalized patients with COVID-19

Leonard H. Calabrese, DO and Cassandra Calabrese, DO

Cleveland Clinic Journal of Medicine February 2021, DOI: https://doi.org/10.3949/ccjm.88a.ccc073
PDF

ABSTRACT
The glucocorticoid dexamethasone is the standard of care in critically ill patients with COVID-19 to suppress the inappropriately heightened inflammatory response (cytokine storm), but the Janus kinase inhibitor baricitinib combined with remdesivir has received emergency use authorization for the same indication. As of this writing, in a hospitalized patient with COVID-19 who has evidence of pneumonitis or hypoxia, we recommend using either regimen, but not both together. Both regimens have shown benefit in randomized controlled trials, but we cannot state with certainty that either is superior to the other, nor whether they should be used together. Further trials are underway.



















Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:30 AM | Show all posts

Dexamethasone more effective in treating Covid-19, says Health DG

Published on 19 Oct 2020 10:16:52 PM
Share ​

Dexamethasone, which is used for pneumonia patients, is more effective in treating Covid-19 than remdesivir and the HIV/AIDS drugs lopinavir or ritonavir, says Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

The Health director-general said that on Monday, referring to the World Health Organisation (WHO) findings, from the “Solidarity Trial” which also involved 190 Malaysians.

According to Dr Noor Hisham, findings from the “Solidarity Trial” found that remdisivir does not decrease death toll, hospital admissions as well as the progression of Covid-19 in a patient, while hydroxychloroquine isn’t effective to treat Covid-19, neither is lopinavir and ritonavir.


https://www.thestartv.com/v/dexamethasone-more-effective-in-treating-covid-19-says-health-dg



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:33 AM | Show all posts
DG sukaaa dexamethasone..... ubat steroid paling potent di dunia maaa ...kerana nyaaa boleh mematikan seramai mungkin para pesakit warga emas yg punya penyakit 3 serangkai .
Side effect paling dahsyat dexamethasone adalah sesak nafas ...... di beri ketika para pesakit sedang sesak nafas kat ICU hampa ingat boleh menerukkan atau mengurangkan ? Pikir laa


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:35 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 22-7-2021 10:39 AM

https://www.facebook.com/PQCommu ... -a/348159622589474/

STEROID : "RAJA UBAT" DAN "RAJA PENYAKIT"

Terdapat banyak jenis steroid. Dexamethasone adalah sejenis steroid yang kerap ditemui di dalam produk-produk kesihatan yang dijual di pasaran samada di dalam bentuk pil,kapsul dan juga jus. Penemuan ini berlaku apabila ada aduan daripada pengguna yang mengalami kesan sampingan. Apabila menerima aduan, pihak penguasa ubatan akan melakukan siasatan dan ujian makmal ke atas produk2 ini untuk mengesan kehadiran racun/ubat terkawal. Penemuan ini juga berlaku apabila pihak penguasa ubatan menjalankan pemantauan secara rambang ke atas produk-produk yang telah diluluskan oleh KKM.

Dexamethasone adalah sejenis steroid yang sangat poten, maksudnya dengan dose yang rendah ia memberi kesan yang besar berbanding dengan jenis-jenis steroid yang lain. Contohnya Dexamethasone adalah 5 kali lebih poten daripada Prednisolone. Dexamethasone boleh dikatakan di antara ubat steroid yang paling poten. Dexamethasone tergolong di dalam kategori katabolik steroid berbeza dengan anabolik steroid yang digunakan untuk tujuan meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Katabolik steroid mempunyai ciri-ciri antikeradangan.

Dexamethasone dan lain-lain steroid hanya boleh diberikan oleh doktor untuk merawat gejala penyakit tertentu dan juga sebagai ubat pencegahan seperti alahan dan loya/muntah. Ubat ini tidak boleh diberikan di dalam jangkamasa yang panjang (kecuali penyakit-penyakit tertentu) dan dos yang diberikan juga perlu betul. Kaedah untuk memberhentikan ubat steroid juga ada caranya kerana ia tidak boleh dihentikan secara mendadak (jika diambil lebih daripada 1 minggu). Seseorang boleh mengalami gejala "steroid withdrawal" jika diberhentikan secara mendadak seperti lemah badan, sakit badan, loya, hilang selera, sakit kepala, cirit dll sehingga boleh mengancam nyawa. Kesimpulannya steroid adalah sejenis ubat terkawal ataupun racun berjadual yang memerlukan kepakaran doktor untuk menentukan siapakah yang sesuai diberikan,dos,tujuan dan berapa lama perlu diambil.

Mengapa ubat steroid sering ditemui di dalam produk-produk kesihatan yang dijual? Steroid bolehlah dianggap sebagai"RAJA UBAT" yakni ia boleh mengurangkan gejala banyak jenis penyakit seperti keradangan (sakit sendi,sakit otot, sakit badan,bengkak dll), dan mencegah/mengurangkan alahan seperti resdong,ekzema dan asma, pendek kata gejala2 yang seringkali dialami oleh orang ramai. Maka produk yang mengandungi steroid akan dianggap produk ajaib untuk melegakan seribu satu gejala penyakit. WALAUPUN PENYAKIT YANG HENDAK DIRAWAT ITU SEBENARNYA TIDAK SEMBUH, HANYA GEJALA YG KURANG. Ia juga memberi kesan ke atas sistem saraf pusat (otak) dan peredaran hormon badan. Memandangkan ia boleh memberi banyak kesan ke atas sistem badan manusia, maka di samping gelaran "raja ubat", steroid juga adalah "RAJA PENYAKIT" sebab jika disalahgunakan, ia boleh menyebabkan seribu satu jenis penyakit. Maka orang yang menyalahgunakannya memang betul2 cari penyakit.

Jika saya senaraikan kesan sampingan pengambilan steroid tanpa nasihat doktor, maka rencana ini akan menjadi terlalu panjang. Jadi pembaca2 boleh melihat imej yang saya sertakan di bawah untuk mengetahuinya. Salah satu kesan sampingan yang serius adalah sejenis penyakit yang dikenali sebagai "Cushing's syndrome". Hampir semua kesan sampingan steroid boleh dilihat daripada penghidap "Cushing's syndrome". Pengamal steroid juga boleh mengalami satu, dua ataupun lebih kesan-kesan sampingan yang ditunjukkan.

NOTA: Jika berlaku kesan sampingan ubat/produk kesihatan, anda boleh membuat aduan melalui online:

Pengamal perubatan: http://npra.moh.gov.my/.../reporting-healthcare-professional

Orang awam: http://npra.moh.gov.my/index.php/reporting-consumer

Dato' Dr Rushdan Noor   
Ahli Medical Mythbusters Malaysia
24 hb Sep 2018








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list