View: 10877|Reply: 89
|
[Tempatan]
Syaitan sedang mentertawakan kita semua, musuh kita pun sedang bergembira dengan
[Copy link]
|
|
Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong
Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah. Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah. Firdaus Wong berkali-kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.
Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ekstremis.
Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan
kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.
Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.
Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.
Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar China dan Filipina di PBB.
Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:
“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;
Janganlah mencari-cari isu;
Janganlah mencari-cari kesalahan;
Janganlah saling bersaing (dengan buruk);
Janganlah saling dengki-mendengki;
Janganlah saling memarahi; dan
Janganlah saling memusuhi!
Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
Hadis riwayat Muslim
Oleh: Abdul Muein Abadi
Hamba Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
setan jugak yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
ini la kesan berilusi taksub kunun tuhan syahdu dgn palestin ereb sampai ummah jadi biul gigih pi merangkak dlm terowong. sempat lagi mau salahkan setan tak mau kena gelak atas kebodohan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 23-7-2021 02:51 AM
dani-rox replied at 23-7-2021 01:35 AM
setan jugak yg salah
Gampang..
Orang ade duit macam ney la. Ade mase menulih berkajang2.. Dapor kekal berasap. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak salah setan, salah dajal
kalo tak dajal, agenda yahudi
mujur islam. kalo tak, dituduhnya gara2 banyak makan babi.
sikit pun umat tak mahu salahkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh: Abdul Muein Abadi
Hamba Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan
eh hanat. yang diketawakan dek setan tu kau sorang jah. cintakan perdamaian dan persaudaraan konon? dah kantoi buat fitnah baru kau terhegeh2 mintak maaf? gelak besar setan tu dengar ko punya perdamaian persaudaraan duk fitnah sana sini
|
|
|
|
|
|
|
|
MissCarcosa9753 replied at 23-7-2021 03:16 AM
Caprice tidak dinyatakan
Caprice tidak dianggap sebagai orang Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik syaitan bila baca tajuk tred ni... eh pehal babitkan aku plak ni
secara umumnya, boleh dibuat kesimpulan bahawa tokoh2 agama ni boleh je pilih utk berbincang secara baik... online je, x susah pun... tapi taknak... nak juga buat kenyataan masing2, xde komunikasi dua hala, pastu penyokong2 masing2 buat tafsiran masing2 ikut benak kepala otak masing2 tanpa betul2 ambil pandangan pihak yg satu lagi
agamawan2 ni pilih juga cara teknikal undang2, yang mana mmg betul diorg ada hak tapi kalau pikir secara baik, boleh je pilih utk berbincang secara baik utk selesaikan mana2 salah paham... tapi taknak... masing2 dgn ego masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikatnya ketiga2 ni x reti insaf dan berdamai?..elok tuhan humban ketiga2 ni ke neraka sebab mencemarkan agama..non muslim tersenyum sinis tengok pergaduhan mereka ni...
Hakikatnya kesemua ketiga2 mereka ni ada kepentingan...bila kepentingan tu bertembung maka terjadilah konflik sesama mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 23-7-2021 02:57 AM
kalo tak salah setan, salah dajal
kalo tak dajal, agenda yahudi
Mengekek aku gelak...lengkap semua dlm satu post. Daebak! |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 23-7-2021 06:11 AM
pelik syaitan bila baca tajuk tred ni... eh pehal babitkan aku plak ni
secara umumnya, bo ...
Dari awal lagi EGO je yg jadi punca maslah dorang ni. Sebab ego la xde tolak ansur, komunikasi dll. Benda boleh settle cara baik jadi panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 23-7-2021 01:35 AM
setan jugak yg salah
..... |
|
|
|
|
|
|
|
Setan kalau boleh saman.. Dia saman habis sapa2 yg dok salahkan dia walhal salah tu adalah dari sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong
aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
setan lagi suka kot kemungkaran terus dilindungi, kebenaran tak dibongkar? |
|
|
|
|
|
|
|
sy rasa penting utk jelaskan cerita di pihak masing2. sebab dah tersebar perkara2 yang mengejutkan dan mengecewakan umat islam di malaysia. namun semua yang berlaku ade hikmahnya. setelah mendengar pihak nadir n pihak ebit, sy boleh simpulkan beberapa pengajaran yg boleh kita boleh ambil:
1) ebit lew
kadang2 bila kita dah terlalu disanjung, sebagai manusia biasa, kita akan ada perasaan seolah kita ni deserve to be treated mcm tu selalu n mcm2 perasaan riak, ujub etc nauzubillah mudah timbul kdg2 tanpa kita sedar. anggapla apa yg berlaku teguran atau kasih Allah supaya ebit menjadi org yg sentiasa terbuka utk ditegur dan meminta maaf dan dijauhkan dari perasaan yang kita ni terlalu baik, terlalu bagus n terlalu byk pahala. rahsia utk ambil hati org melayu malaysia ni mudah, jika ade perkara yg kurg elok kita dah terbuat, just minta maaf dan mengaku kesalahan dan jgn bagi alasan nk menegakkan benang yg basah. inshaaAllah, org melayu akan mudah memaafkan. satu lagi, betul menderma melakukan kebaikan semuanya boleh dilakukan secara terang2 dan sembunyi tetapi mcm ebit cakap semuanya guna duit personal ebit sendiri, jadi adakah ebit mampu menepis perasaan ujub n bangga diri dgn terlalu kerap dan dengan sengaja mengupah team media/kamera untuk menonjolkan kebaikan diri kepada umum setiap masa dan setiap ketika. percayalah ebit kdg2 puji pujian tu lebih beracun dan berbisa daripada kata2 hinaan sbb kdg2 puji pujian tu lah yang akan menyebabkan kita lebih jauh dari redha Allah swt. nauzubillah minzalik.
2. nadir al nuri
segala pngorbanan nadir mmg tak dapat disangkal dan hanya Allah shj la yg dapat membalas segala usaha yg ikhlas. namun, bila kita sudah banyak berbuat kebajikan kdgkala kita juga tidak lari dari membuat kesilapan. kdg2 kita mahu membantu tetapi x semua org suka akan bantuan kita. anggapla ianya bukan rezeki kita utk menolong mereka dan jgnla menggunakan perkataan yg boleh mengguris hati org yg ingin buat kebajikan walaupun caranya x kena. just tegur dgn baik apa yg x kena and move on. ramai lagi ngo2 lain yg masih memerlukan nasihat nadir dan bantuan nadir. inshaaAllah semoga nadir sentiasa di lindungi dan di rahmati Allah.
3. utk peminat
sy sendiri merupakan peminat ebit. sangat minat. sgt menyanjungi ebit dan merasakan beliau terlalu baik dan suci sehingga saya rasa sy terlupa yg ebit ni adalah manusia biasa. baru saya tahu inilah kesilapan dan pengajaran terbesar utk sy. jadi bila berlaku perkara x kurg baik dilakukan oleh ebit sy rasa marah n kecewa dan x dpt terima apa yg ebit dah buat. sy dh sedar yg manusia tetap manusia kecuali yg telah diangkat maksum oleh Allah. x boleh menyanjungi manusia secara berlebihan dan sentiasa sedar sebaik mana pun seorg itu kelihatan dia tetap seorg manusia yg penuh dgn kelemahan dan mmg x lari membuat silap. jd kepada yg taksub, tolongla berhenti. ketaksuban membuat kita buta dalam membezakan apa yg salah tetap la salah walau satu dunia mengatakan ianya betul. semoga Allah melindungi kita semua dari menjadi org yg buta dan sentiasala cuba membaiki kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
salam jumaat utk semua..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|