Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, telah tampil menjelaskan bahawa dia turut mendapat tawaran untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza pada Jun lalu bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Menurutnya, tawaran tersebut adalah daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan mereka telah pun berbincang mengenai misi tersebut di dalam talian. Memang betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Kami juga dijangka akan ke sana pada Jun lalu. Namun, saya dimaklumkan projek itu tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab. Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka.
Ujarnya lagi, PU Riz turut mengatakan bahawa dia tidak mengetahui apa-apa yang berlaku selepas projek berkenaan tidak dapat dijalankan. Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah.
|