CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4261|Reply: 31

[Tempatan] 10 kenderaan misi bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Dana Kita diarah patah b

[Copy link]
Post time 23-7-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode
10 kenderaan misi bantuan Dana Kita diarah patah balik

https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... diarah-patah-balik/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
23 Julai 2021, 4:17 pm


Pemandu lori misi bantuan Dana Kita menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan selepas diarah berpatah balik di SJR Bentong pagi ini.

BENTONG – Sebanyak 10 buah kenderaan termasuk lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) diarah berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentonag pagi ini kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua kenderaan itu diarah berpatah balik kira-kira pukul 1 pagi tadi kerana gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (PKOB).

“Kalau ada surat kebenaran ditetapkan MKN tiada masalah, jadi kesemua kenderaan diarah berpatah balik dan tidak dikenakan kompaun.

“Polis di SJR perlu berlaku tegas dan adil, jika tidak prosedur operasi standard (SOP) itu tiada maknanya dan jika tidak bersetuju dengan SOP MKN boleh minta MKN pertimbangkan semula SOP berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Pada 20 Julai lalu tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan PKOB di SJR Plaza Tol Bentong.

Dalam pada itu, menurut kenyataan daripada Facebook Dana Kita, misi bantuan berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dalam perjalanan menghantar bantuan ke Terengganu.

Katanya, selepas diarah berpatah balik pasukan berkenaan meneruskan perjalanan melalui Perak dan Gua Musang, Kelantan sebelum sampai ke Terenganu yang mengambil masa kira-kira 21 jam. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke nak ambik gambar tgh solat tepi jalan tu. Apa motif.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif pic ni?? Sedih saya melihatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 23-7-2021 04:47 PM
Perlu ke nak ambik gambar tgh solat tepi jalan tu. Apa motif.

Baru iols nak komen yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hitam betul hati i tgk org solat belakang lori pun i xblh husnudzon
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 23-7-2021 04:47 PM
Perlu ke nak ambik gambar tgh solat tepi jalan tu. Apa motif.

Susah zaman skrg...semua nak tunjuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 23-7-2021 04:54 PM
hitam betul hati i tgk org solat belakang lori pun i xblh husnudzon


kann..mcm modus operandi uel sgt, gune airmata, gune simpati, tunjuk warak sket alim smbhyg tepi jalan pastu pose amik gmbr, iols syak dieorg amik gmbr dr 3 sudut bbeza utk kesan emosi yg maximum, and seperti biasa netizen bagaikan minyak disimbah api mule menyerang kjaan atau start trolling mcarut maki hamun..so cliche
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu kao kasi tao..ko sampai jugak Terengganu ikut Perak dan Gua Musang.

Apa yang Dana Kita ni nak tunjuk? Nak tunjuk tak dapat lalu SJR Bentong...tapi boleh lalu SJR kat Grik, Perak ngan SJR Gua Musang.

Ko tunjuk jelas...ko langgar undang undang. Membelakangi SOP dan Prosedur MKN.

Pokchik harap jelas dan bukak mata la Bukit Aman...ambik segala bukti yg semua lori tu dah sampai Terengganu. Kompaun la sebesar besar kompaun.

Bukan masalah bagi sumbangan....Tapi pergi la hantar mengikut aturan yg dah ditentukan.  

Satu fon call ja ke Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu...MKN negeri Terengganu la tu ... Wassup gambar barang yg nak dibawa dan nombor2 lori  dan nama petugas sumbangan...screenshort invois belian dan resit.  Sekejap ja MKN Terengganu akan kasik surat pengesahan untuk menghantar sumbangan.

Bukan nya bila kata suruh contact Jawatankuasa Bencana Negeri atau Daerah tu maksudnya kena mesti serah sumbangan pada diaorang atau MKN Negeri....Ko pergilah hantar ke tempat yg diprogramkan tu...JKBN atau JKBD atau MKN cuma nak pantau dan statistik ja sumbangan ja.

Apa yg payah sangat nih???
Motiff langgar peraturan ??

Bukit Aman....sila saman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 23-7-2021 05:26 PM
Lepas tu kao kasi tao..ko sampai jugak Terengganu ikut Perak dan Gua Musang.

Apa yang Dana Kita n ...

Pochik suspek.....bila tak lepas nak redah SJR Bentong tanpa surat.... bila lalu SJR Grik dan SJR Gua Musang....mesti tukar modus operandi pakai pulak surat MITI kepunyaan company transport lori lori tu.

Polis....Saman !!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:29 PM | Show all posts
edayildiz replied at 23-7-2021 04:54 PM
hitam betul hati i tgk org solat belakang lori pun i xblh husnudzon

Meleis ni klu berhiba hiba,meratap bersendu mmg juara. So kenalah tunjuk solat kat tepi jalan utk tunjuk kat org ramai kononnya mereka di zalimi. Bawa bantuan kemanusiaan pun kena halang. Pfff!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
X bahaya ke solat tepi jln tu? Carila tmpg yg sesuai, yg tukang amik gmbr nape x ikut jd makmum?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
See..sebab kan EL buat dulu, ngo lain pun cuba nasib redah tanpa ikut prosedur yg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat ke nak mintak kebenaran? Rasanya pihak polis bagi je lepas untuk benda macam ni. Saje je nak tunjuk teraniaya... Main emosi.. ikut je la emosi tu.
Sokong sangat di saman mana2 ngo degil dan play victim ni.
Bukan main lagi tangkap gambar sambil sujud. Dramaaa betul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 23-7-2021 09:06 AM
kann..mcm modus operandi uel sgt, gune airmata, gune simpati, tunjuk warak sket alim smbhyg tepi ...

beberapa tahun dulu ada petugas-petugas lebuhraya meninggal kene sapu dgn treler kan. padahal dorang tepi jalan.  
dorang2 ni tak sedar bahaya berhenti tepi jalan dan berada di tepi jalan.
demi sebuah content.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 nak tunjuk champion bab agama
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis nak buat kebaikan dgn membelakangkan peraturan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tulis klau redah pun Allah sayang...klau kena kecam nanti delete la
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dana kita ni yg cikgu fadli salleh tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 23-7-2021 04:52 PM
Motif pic ni?? Sedih saya melihatnya..

Sayu hari ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 23-7-2021 04:54 PM
hitam betul hati i tgk org solat belakang lori pun i xblh husnudzon

I suggest u beli Clorox murah2 kat kedai eco tu pastu cuci hati bagi bersih..jgn habiskan sebotol,share dgn I sbb hati I pon hitamm...tolonglah jgn tunggang agama..sebagai umat Islam I malu tgk semua benda nak ditayang kat umum..sorry xberkenan purposely tunjuk solat tepi jalan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.074202 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list