Rasanya sudah beberapa kali, Mira Filzah menjadi sebutan peminat Jisoo yang mana dia dikatakan mempunyai iras dengan penyanyi dari Korea itu.
Pun begitu, berikutan satu keping foto iaitu foto ketiga yang dimuat naik olehnya, Mira Filzah menjadi bualan netizen lagi apabila rakan selebriti, Adriana Adnan mengatakan makeup foto yang ketiga dia dilihat seperti Jisoo.
Sehingga apabila menjenguk ke komen rakannya itu, ramai yang setuju dengan ratusan tanda suka ditinggalkan.
Dalam pada masa yang sama, melalui posting foto-foto itu netizen menghujani dengan respon memuji kecantikan Mira Filzah yang sentiasa kelihatan cantik.
“Setuju!! Ramai cakap muka Kak Mira macam Jisoo”
SUMBER
MIRA FILZAH