CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1254|Reply: 0

DAS badan bebas, tiada pengaruh parti politik

[Copy link]
Post time 25-7-2021 12:17 AM | Show all posts |Read mode
DAS badan bebas, tiada pengaruh parti politik
Oleh Zaidi Mohamad - Julai 22, 2021 @ 3:00pm
zaidim@bh.com.my


Delegasi Anak Seni lancar kempen Apa Khabar Anak Seni untuk ambil tahu keadaan mental, emosi, kewangan dan kehidupan penggiat seni ketika era pandemik ini.

KUALA LUMPUR: Kumpulan menggelarkan diri mereka, Delegasi Anak Seni (DAS) yang melancarkan kempen Apa Khabar Anak Seni melalui media sosial atas tujuan murni, bulan lalu, menjelaskan badan itu tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan politik atau individu.

DAS yang dinaungi penggerak seni kreatif yang lebih cenderung bekerja di belakang tabir tanpa mendedahkan identiti diri, menjelaskan badan itu dihidupkan atas inisiatif pekerja industri kreatif membantu kesejahteraan pekerja industri dan masyarakat.

"DAS tidak terbabit atau bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam sebarang bentuk inisiatif seperti kutipan derma amal, bantuan bakul makanan, percetakan barang dagangan menggunakan logo DAS atau logo kempen #ApaKhabarAnakSeni," katanya kenyataan DAS.

Bulan lalu, atas nama solidariti dan empati penggerak industri kreatif, DAS melancarkan kempen Apa Khabar Anak Seni melalui media sosial atas tujuan murni.

Sejak itu, tanda pagar #ApaKhabarAnakSeni dan logo memaparkan genggaman dua tangan mula dikongsi penggiat seni dan penyokong industri kreatif.

DAS melancarkan kempen Apa Khabar Anak Seni untuk mengambil tahu keadaan mental, emosi, kewangan dan kehidupan semasa pekerja industri kreatif termasuk dalam aspek menggunakan kemahiran diri demi survival pada masa mencabar ini.

Dalam kenyataannya, DAS berterima kasih kepada seluruh anak seni dan masyarakat yang bersama mengeratkan silaturahim melalui kempen #ApaKhabarAnakSeni.

"Jelas dapat dilihat kekuatan dan kebersamaan kita secara harmoni atas nama seni dan kesenian.

"Walaupun kita masih tidak dapat bergiat seperti dahulu, namun, ia bukan penghalang untuk terus berkarya dan menyumbang hasil kesenian kepada negara dan masyarakat," katanya.


Sejak dilancarkan, kempen Apa Khabar Anak Seni menarik perhatian penggerak industri kreatif termasuk Bront Palarae, Sharifah Amani, Que Haidar, Nora Danish dan Jasmin Hamid.

DAS menambah, objektif badan itu adalah mengajak anak seni Malaysia terus mencipta dan berkongsi produk kesenian melalui bidang masing-masing di laman sosial.

"Usaha ini dapat dimanfaatkan masyarakat dan negara. Melalui pendekatan ini, DAS yakin ia akan memberi gambaran murni terhadap kepentingan kelangsungan industri kreatif melalui sumbangannya kepada negara dan masyarakat selama ini," katanya.

DAS berpendapat penutupan industri kreatif di bawah fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara langsung memberi impak besar terhadap rohani dan jasmani penggiat seni.

"Sehubungan itu, DAS sedar dengan kewujudan kempen #ApaKhabarAnakSeni ini akan membantu pihak berwajib untuk membuat penilaian semasa sekali gus mempercepatkan pembukaan semula operasi industri kreatif tempatan," katanya.

Kenyataan DAS menambah, penggiat seni dan orang ramai boleh merujuk semua inisiatif DAS di laman sosial rasmi badan itu di Instagram (IG).

"Seni dan kesenian menjadi antara teras pembangunan sahsiah masyarakat. Sekali lagi DAS menyeru semua anak seni agar terus berkarya demi bangsa dan negara," katanya.

Kempen dianjurkan DAS bertujuan mengeratkan silaturahim atas penggerak industri kreatif terutama dalam berdepan halangan mencari rezeki di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PPN.

Sejak dilancarkan, kempen Apa Khabar Anak Seni menarik perhatian penggerak industri kreatif termasuk artis seperti Sharifah Amani, Que Haidar, Bront Palarae, Nora Danish dan Jasmin Hamid.

Turut serta penerbit Fadzil Teh dan Shahrulezad Mohameddin yang melaungkan semangat kebersamaan.

Sehingga kini, tanda pagar #ApaKhabarAnak Seni meraih lebih 1,300 entri di Instagram (IG). Maklumat mengenai aktiviti

DAS boleh didapati di IG atas nama akaun @DelegasiAnakSeni.

Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.226889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list