CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4437|Reply: 35

[Tempatan] Lagi pelajar UiTM raih keputusan cemerlang perakaunan profesional sesi Jun 2021

  [Copy link]
Post time 25-7-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar UiTM raih anugerah peringkat dunia
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA | | 25 Julai 2021

SHAH ALAM - Seorang pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai tempat pertama di dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional pada sesi Jun 2021.

Koordinator Komunikasi Korporat Fakulti Perakaunan, UiTM, Siti Aisyah Kamaruzaman berkata, pelajar berkenaan, Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi,21, dianugerahkan pencapaian tertinggi bagi dua peperiksaan yang diambilnya.

Menurutnya, Hannah Mumtazah berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan juga di dunia bagi peperiksaan ‘Financial Management’ (FM), manakala bagi kertas ‘Strategic Business Reporting’ (SBR), Hannah Mumtazah sekali lagi dinobatkan tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.

"Ini bukan kali pertama pelajar UiTM melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19, Fakulti Perakaunan UiTM sentiasa komited berusaha meningkatkan bilangan akauntan bertauliah di Malaysia.

"Pihak fakulti dan UiTM berbangga dengan pencapaian pelajar di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Diharap kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat pelajar untuk terus cemerlang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Hannah Mumtazah yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah berasa sangat bersyukur atas sokongan padu yang berterusan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah.

Dia berkata, kejayaan ini menguatkan lagi semangatnya walaupun berdepan cabaran sepanjang proses pembelajaran dalam talian.

Katanya, disiplin diri dan kekuatan mental merupakan cabaran terbesar yang dihadapi.

"Pengurusan masa yang baik adalah perlu dalam memastikan sesi ulangkaji dapat diatur tanpa mengorbankan waktu untuk diri dan keluarga.

"Perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekuliah juga merupakan kaedah yang selalu saya amalkan, selain pencapaian yang konsistensi sepanjang semester," katanya.

Tambahnya, dia meminati subjek Perakaunan sejak di bangku sekolah dan minat itu bertambah apabila ditawarkan untuk mengikuti program Jurusan perakaunan professional (JPPro).

Katanya, tempoh pengajian yang singkat dan prospek kerjaya sebagai akauntan bertauliah membuatkannya semakin yakin dengan pilihan untuk menyambung pengajian di UiTM.

"Saya masih mempunyai tiga kertas sebelum menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

JPPro merupakan program professional yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), UiTM dan ACCA Malaysia.

Melalui program itu, pelajar boleh terus mengikuti program ACCA tanpa perlu mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2021 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 02:51 PM | Show all posts


Keputusan SMA 2016 Selangor meningkat
Suzaini Sulaiman - Januari 19, 2017 @ 6:09pm

SABAK BERNAM: Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016 di Selangor menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 1.9 peratus berbanding 2015.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim, berkata tahun ini Selangor mencatatkan keputusan sebanyak 92.2 peratus berbanding 90.3 peratus pada 2015.

"Keputusan peperiksaan SMA bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor adalah cemerlang dengan kelulusan 96.1 peratus, meningkat 1.7 peratus berbanding 94.4 peratus pada 2015 manakala keputusan keseluruhan bagi Sekolah Menengah Islam Persendirian ialah 72.4 peratus berbanding 60.5 peratus pada 2015.

"Ucapan tahniah juga kepada Sekolah menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) kerana peratus kelulusan meningkat kepada 100 peratus berbanding 98.5 peratus pada 2015.

"Alhamdullilah, sukacita diumumkan, keputusan keseluruhan bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) pada 2016 kekal cemerlang dengan kelulusan 100 peratus manakala bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) keputusannya memberangsangkan iaitu 100 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SMA, SMATQ dan SMATD di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, di sini, hari ini.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Haris berkata, daripada 3,7718 calon yang menduduki SMA tahun lalu, seramai 884 memperolehi keputusan Mumtaz iaitu meningkat 23.8 peratus berbanding 606 tahun lalu; Jayyid Jiddan (1,176); Jayyid (769); Maqbul (600) dan Rasib (289).

Katanya, seramai 83 calon memperolehi Mumtaz bagi SMATQ, Jayyid Jiddan (91); Jayyid (lima) manakala tiada calon yang memperolehi Maqbul dan Rasib.

Beliau berkata, semua 18 calon yang menduduki SMATD, pertama kali diperkenalkan di Selangor tahun lalu, memperolehi keputusan 100 peratus bagi setiap matapelajaran.

"Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan SMA 2016 dimenangi Muhammad Aimi Shahriman Nor Hisham dan Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, dari Sekolah Agama Menengah Bestari USJ, Subang Jaya, dengan masing-masing memperolehi pencapaian 99.7 peratus dan 99.5 peratus," katanya.

Sementara itu, Muhammad Aimi, berkata doa ibu bapa, guru dan rakan-rakannya adalah antara kunci kejayaannya dalam peperiksaan SMA tahun lalu selain memahami apa yang dihafal.

Katanya, selepas ini beliau akan memberi tumpuan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak pasti sama ada beliau akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM).

Bagi Hannah Mumtazah, 17, setiap pelajar tidak seharusnya berhenti membantu rakan yang lain kerana doa kawan-kawan juga menjadi kunci kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..sbg alumni dip akaun dan Baac uitm kembang idung sat. Betul la my lec ckp dulu the best acc student ada dkt uitm. Dan kenangan pi uum bengkel acc rs kelakar gila. Exam mudah teruk. Tahap kuiz kami je.Tp pening sbb ms tu dia pakai BM.kami pakai english.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 04:08 PM | Show all posts
cupu replied at 25-7-2021 02:55 PM
Tahniah..sbg alumni dip akaun dan Baac uitm kembang idung sat. Betul la my lec ckp dulu the best acc ...

sori iols tak faham, JPPro tu dia amik masa kat uitm ke atau short course? maksudnya, dia sekarang tengah buat degree uitm, pastu dia buat jugak JPPro kat luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Uitm ni banyak external course accountancy. Lulus satu paper oun dah berharga. Lagi satu the best course in uitm adalah law. Kalau dulu grad je industri cari student engineering. Kelebihan kelas dalam bahasa inggeris jadi anak kampung pun lepas lah nak bercakap orang putih bila dah bekerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 08:20 PM | Show all posts
Edited by Nenolen at 25-7-2021 08:26 PM
hyie replied at 25-7-2021 04:08 PM
sori iols tak faham, JPPro tu dia amik masa kat uitm ke atau short course? maksudnya, dia sekarang ...

Mana2 student accounting yg degree program dpt accreditation dari ACCA (full exemption foundation papers) bole amik 4 professional papers masa tgh study degree...kiranya 2in1...

Kes adik Hannah dia kaka tak sure samada dia amik jln mcm yg kaka sebut kat atas tu ker tak...if bersandarkan dari berita tu...paper Financial Management tu paper foundation dan paper Strategic Business Reporting tu paper professional...kiranya dia mmg student ACCA..

Unless ada typo dlm berita tu...
Edited:

Adik Hannah mmg student ACCA berdasarkan statement nie...sebb 3 paper yg dia maksudkan adalah paper professional. If dia student degree perakaunan uitm...dia cuma perlukan 4 papers professional shj utk dptkan ACCA qualification...tak perlu amik foundation paper...

"Saya masih mempunyai tiga kertas sebelum menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)."






Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk ACCA,Examption paper tu subject to degree dari university tertentu .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 25-7-2021 02:55 PM
Tahniah..sbg alumni dip akaun dan Baac uitm kembang idung sat. Betul la my lec ckp dulu the best acc ...

Serius mmg uitm paling bagus utk perakaunan ke? Aku ingat UM paling bagus, sbb dlu kengkawan aku kata nak masuk UM akaun kena 3.8 ke atas waktu matriks. U lain mcm x kisah sgt nak pilih candidate sbb 3.0 pon lepas ke uitm. Kira dia sembang gebang je la ek..hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pon, tahniah adik..moga jadi akauntan terbaik di masa akan dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hebatnya adik ni..teringat lps hbs degree few yrs back..kwn2 i yg dpt buat acca kt dublin ngn uk ramai dak2 uitm dpt under mara..i ngn kembar i xdpt pun...so kwn2 kitorg ni mmg yg lain semua dpt..sedih sgt ok sbb nk g dublin.tp dorg separuh jalan..xhbs pun..i rasa sorg jer yg sempat hbs.
kira adik ni bijak nau nau la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 25-7-2021 10:59 PM
Serius mmg uitm paling bagus utk perakaunan ke? Aku ingat UM paling bagus, sbb dlu kengkawan aku k ...

Uitm matriks lg nak kn dpt 3.6 cgpa klu nak ambil accountancy...lain klu course business..cgpa 2.5 pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:10 PM | Show all posts
Ada boss dan pekerja company swasta cakap budak UiTM bengap! dan bergantung pada tongkat!! hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 25-7-2021 11:08 PM
Uitm matriks lg nak kn dpt 3.6 cgpa klu nak ambil accountancy...lain klu course business..cgpa 2.5 ...

Tapi kengkawan aku 3.0 matriks lepas je masuk uitm akaun. Yg kawan aku yg gebang tu mmg 4.0 lah dan dia pon mmg pilih UM. Dia la dok citer paling susah nak masuk UM akaun.

Tp pandangan aku plak maybe susah masuk UM sbb tempat limited. X berapa ramai la leh masuk. Kalo mcm Uitm akaun, rasanya bukan Shah Alam je ada. Sampai nun jauh di Machang, Dungun, Segamat semua pon ada degree akaun. Ni aku rasa lah. Sbb tu aku tgk kawan aku yg 3.0 lepas je masuk akaun kat uitm Segamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 25-7-2021 11:17 PM
Tapi kengkawan aku 3.0 matriks lepas je masuk uitm akaun. Yg kawan aku yg gebang tu mmg 4.0 lah da ...

Aah...acc uitm ada merata tapi segamat kira kampua utama utk dip acc..degree x sure kat mana...tapi kelebihan acc uitm..dia match dgn professional course mcm acca..cima etc....but i rasa ilmu tu x kisahlah belajar kat mana asalkan blh absorb dan buat keje dgn sempurna....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 25-7-2021 11:21 PM
Aah...acc uitm ada merata tapi segamat kira kampua utama utk dip acc..degree x sure kat mana...tap ...

Kawan aku tu degree kat uitm segamat gak. Dari matriks. Tp ye lah..kat mana pon belaja sama je. Kalau mcm adik ni, campak kat mana pon, dia dah mmg cerdik. Tak kira la dia masuk U mana, kompem die cemerlang.

Cuma kita lah, x leh nak lari dari ranking2 unibersiti segala bagai ni. Tu yg masing2 nak upkan U masing2. Hahaha. End up, kalau ko pandai, campak ke mana pon menjadi. Kalau dah mmg bodoh, bg U nombor satu dunia pon gitu lah keadaannya. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 25-7-2021 11:25 PM
Kawan aku tu degree kat uitm segamat gak. Dari matriks. Tp ye lah..kat mana pon belaja sama je. Ka ...

Betul tu..hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077773 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list