CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 18

[Tempatan] Remaja jadi mangsa rogol bapa saudara sejak Okt 2018

[Copy link]
Post time 25-7-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Bertahun remaja jadi mangsa rogol bapa saudara
Oleh Nuraliawati Sabri - Julai 25, 2021 @ 8:17pm

MELAKA: Seorang remaja perempuan membuat aduan polis mendakwa menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sejak dua tahun lalu di kediaman mereka di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Remaja berusia 18 tahun itu tinggal bersama pasangan ibu dan bapa saudaranya itu sejak berusia 10 tahun selepas kematian ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata siasatan awal polis mendapati perbuatan lelaki terbabit diketahui ibu saudaranya, yang juga adik kepada ibu mangsa sendiri.

Mangsa tampil membuat aduan polis pada Ahad lalu.

Katanya, dalam aduannya, mangsa mendakwa dirogol bapa saudaranya itu sejak Oktober 2018 dan perbuatan itu diketahui oleh ibu saudaranya.

"Kejadian (pertama) dikatakan berlaku pada Oktober 2018 kira-kira jam 5 pagi apabila mangsa dipanggil oleh ibu saudaranya masuk ke bilik konon untuk memeriksa sama ada mangsa masih dara atau sebaliknya.

"Selepas itu mangsa disuruh melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya yang juga suami wanita terbabit," katanya.

Beliau berkata, sejak kejadian itu mangsa mendakwa dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya itu.

"Kejadian itu didakwa diketahui ibu saudaranya namun wanita terbabit tidak mempedulikannya.

"Kali terakhir mangsa dikatakan dirogol adalah pada bulan ini sebelum dia tampil membuat laporan polis," katanya.

Mohd Sukri berkata, berikutan itu polis menahan ibu saudara mangsa yang berusia 37 tahun pada hari laporan itu dibuat manakala bapa saudaranya yang berusia 39 tahun pada ditangkap pada 22 Julai lalu di Kuala Sungai Baru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
La,i bini Syaitonnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mangsa mmg betul2 keseorangan ni

ibu saudara pun sama jahat???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 10:07 PM | Show all posts
di sini puncanya

Katanya, dalam aduannya, mangsa mendakwa dirogol bapa saudaranya itu sejak Oktober 2018 dan perbuatan itu diketahui oleh ibu saudaranya.

"Kejadian (pertama) dikatakan berlaku pada Oktober 2018 kira-kira jam 5 pagi apabila mangsa dipanggil oleh ibu saudaranya masuk ke bilik konon untuk memeriksa sama ada mangsa masih dara atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:09 PM | Show all posts
tahan lah bontot kau,. harap dapat 24 sebatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syaitan bertopengkan manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 10:14 PM | Show all posts
tip of the iceberg

tak cerita habis ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:35 PM | Show all posts
apa ke hal nak check dara ada ke tak...ingat boleh suluh ke..sedih bila org yg kita harap boleh lindung kita tp tikam belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dua2 suami isteri di hukum seberatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:04 PM | Show all posts
ni mesti laki bini jenis swap pasangan/ ajak kawan main ngan bini kat tumblr/ xhamster nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:42 PM | Show all posts
makin sakit manusia jaman now.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh? Ini kes bapa kepada penyanyi wanita terkenal, dan beliau juga adalah pemyanyi era 80an tu ke? Umor 65 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bangsat.. manusia makin tenat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 25-7-2021 11:43 PM
Eh? Ini kes bapa kepada penyanyi wanita terkenal, dan beliau juga adalah pemyanyi era 80an tu ke? Um ...

bukan rasanya.. kan ada nyatakan kes ni suspek umoo 39.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ciksaenara replied at 26-7-2021 12:02 AM
bukan rasanya.. kan ada nyatakan kes ni suspek umoo 39.

Ooo. Silap silap. Ada satu lg benang pasal penyanyi yg amang seksual jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
execute jelaa cara north korea style. tembak je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 06:30 AM | Show all posts
ashilalat replied at 25-7-2021 11:43 PM
Eh? Ini kes bapa kepada penyanyi wanita terkenal, dan beliau juga adalah pemyanyi era 80an tu ke? Um ...

2 kes berbeza
amang seksual - masukkan jari dlm kemaluan, korek2 apa yg patut

tempat berbeza
penyanyi tu di Puchong
yg kes ni di Melaka

tahun pun berbeza
yg ni 2018
kes penyanyi tu tahun lepas, 2020

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 07:00 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 25-7-2021 09:52 PM
mangsa mmg betul2 keseorangan ni

ibu saudara pun sama jahat???

pasti mak saudara dia gemuk macam gajah tak laku jika diceraikan- sbb tu beri laki dia merogol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:03 PM | Show all posts
Mohon laki bini gi mati awl ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064540 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list