CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 7

'Hargai selebriti buat kerja sukarelawan, bukannya cari silap' - Fizo Omar

[Copy link]
Post time 25-7-2021 09:53 PM | Show all posts |Read mode
'Hargai selebriti buat kerja sukarelawan, bukannya cari silap' - Fizo Omar


Antara aktiviti bantuan dilakukan Fizo ketika di PPV.

Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, 36, menyarankan supaya netizen lebih memandang kepada aktiviti kesedaran dilakukan selebriti yang membuat kerja sukarelawan berbanding mencari kesilapan mereka di media sosial.

Terdahulu, pelakon Daiyan Trisha menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, mendedahkan dia difitnah seorang individu di Twitter mendakwa dirinya antara selebriti yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk sesi bergambar, bersosial dan balik selepas 15 minit bertugas sebagai sukarelawan.

Fizo berkata dia sebenarnya bangga apabila kini semakin ramai selebriti turun padang menjadi sukarelawan untuk memberi kesedaran kesihatan di PPV untuk pengambilan vaksin dan sebagainya.

Saya lebih menghargai selebriti yang turun padang jadi sukarelawan, dan buat 'posting' (hantaran) di media sosial. Kerja itu memanglah kita kena buat juga, tapi pada masa sama ada buat 'posting' kesedaran.

"Ia bertujuan pertama, membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beri kesedaran berkenaan vaksin. Kedua, kita nak tunjukkan bagaimana pengendalian vaksin dan ketiga, mengalakkan juga orang awam yang lain menjadi sukarelawan di PPV.

"Jadi, saya mengharapkan netizen lebih memandang kepada platform digunakan oleh selebriti untuk memberi kesedaran, kerana itu lebih bernilai selain dari segi sumbangan tenaga saja," katanya kepada Harian Metro.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berkata tidak ada makna juga sekiranya seseorang selebriti turun padang jadi sukarelawan, tapi tidak membuat 'posting' kesedaran di platform media sosial mereka

"Pembabitan selebriti di PPV ini, selain sumbangan tenaga, paling utama untuk beri kesedaran menerusi pengaruh di platform media sosial yang mereka ada. Memang ramai orang boleh jadi sukarelawan, tapi selebriti berbeza sebab mereka dah ada peminat dan ramai pengikut.

"Jadi, bila orang nampak selebriti sibuk bergambar, itu betul sebab menjadi peranan mereka (selebriti) nak buat 'posting' kesedaran dengan cara mereka. Pada saya, dalam hal ini orang negatif akan tetap berfikiran negatif. Tapi, orang yang positif akan pandang bagus sebab selebriti turut buat kesedaran," katanya.

Mengulas juga kecaman netizen, Fizo berkata warganet patut lebih hargai pembabitan selebriti sebagai sukarelawan berbanding cuba mempersoalkan mereka buat kerja ke tidak. Apatah lagi, setiap 'posting' di media sosial itu dipercayai dibuat selebriti secara percuma, tanpa sebarang bayaran.

"Netizen pun sebenarnya bukan nak kecam sangat, tapi mereka guna platform selebriti ini untuk cari perhatian dengan menentang arus memberi komen-komen negatif dan mendapat perhatian.

"Pada saya, netizen yang mencari publisiti murahan dengan komen-komen kurang baik. Sebelum ni, orang kata selebriti mencari publisiti murah tapi sekarang kita nampak semua orang nak dipandang di media sosial dengan menggunakan artis.

"Tapi, itu hak masing-masing dan untuk saya lebih memandang pembabitan selebriti sebagai sukarelawan di PPV adalah satu usaha yang patut diteruskan dan juga dihargai oleh netizen. Bukannya untuk mencari kesilapan," katanya.

Fizo sebelum ini bersama beberapa rakan selebriti antaranya Nazim Othman, Amelia Henderson dan Puteri Aishah pernah menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So? Special sangat ke retis jadi sukarelawan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula..blajo IKHLAS wat pe pun keje yer dol

Oang hargai ke benci..up to them

Ko beri barang..oang tak ckp terimakasih..ko nk kecik hati ke dol

Ko wat keje nk oang puji..hargai tu dgn puji laaa takkan kecam ..btui dol

So blajo bab ikhlas..zikir bnyk2..sholawat..mende ni bersihkan hati..just beri n no taken pe pun

Aku pahammm..maksud ko..aku tauu ..tp itu masalah hati dol..ade cite Fatimah ra minta hamba dari nabi pasal jiran dia suruh sb ciannn tgk fatimah tadak khadam walhal ayah..fuhhhh

Nabi kata ...kamu tak penat..HATI KAMU yg penat..pastu nabi kasi zikir apa tah aku lupa..sejak tu dia tak rasa letih wat keje..HATI
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:55 PM | Show all posts
So yang bukan retis x payah hargai kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah volunteer tu kenapa nak tagih penghargaan? mcm le ppv tak berfungsi tanpa retis
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ala contoh amek gambar selfie ramai2 semua nak masuk dlm gambar. tak jaga sop. kena covid. lahar kan aje… dulik la ko retis…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dh jd volunteer, dpt vaksin awal la eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pulak, banyak orang komplen cakap belum dapat date vaccine n susah nya nak dapat slot waktu az tu dulu

Sama banyak dengan orang yg perli orang taknak vaccine n bagi konon kesedaran suruh vaccine

Sebenarnya golongan kedua tu cakap pasal siapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.465970 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list