CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4506|Reply: 43

[Tempatan] Menteri Sarawak-pergi pasaraya boleh,pilihanraya pun mesti boleh

  [Copy link]
Post time 29-7-2021 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 29-7-2021 09:29 AM


Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bahawa beliau percaya pilihan raya umum boleh diadakan tahun ini, walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Jika orang ramai boleh pergi ke pasar raya, makan di restoran, dan bersiar-siar dengan mengikut SOP seperti pantau dan periksa suhu, jadi mengapa kita tidak boleh adakan pilihan raya?” katanya pada sidang media di Kuching ketika ditanya sama ada pilihan raya perlu diadakan.

Namun, beliau berkata ini hanya dapat dilakukan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperkenalkan mekanisme pengundian dan SOP yang lebih baik bagi memastikan keselamatan masyarakat.
“Semuanya terpulang kepada SPR,” katanya, sambil menambah bahawa garis panduan tersebut harus dirangka secepat mungkin.

Katanya, jika ada kebimbangan mengenai kakitangan yang belum diberi vaksin, misalnya, maka hal ini harus dimaklumkan kepada kerajaan.
Karim turut menekankan bahawa beliau bukan menggesa pilihan raya yang pra matang, katanya, pilihan raya adalah perlu bagi memastikan mandat rakyat.

“Tidak bagus menunda pilihan raya ini,” tambahnya.
“Jika ada pembubaran DUN, pemerhatian peribadi saya adalah, peranan kita sebagai anggota DUN sudah tidak lagi sah kerana penggal jawatan itu sudah berakhir.”

Karim, yang merupakan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan Sarawak, berkata bahawa pilihan raya negeri harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak mungkin pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan Ogos.

“Saya fikir, ia tidak akan berlaku pada bulan Ogos kerana apabila ada pembubaran, speaker harus beritahu SPR bahawa DUN telah dibubarkan.
“Mereka harus bertemu dengan SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya,” katanya, sambil menambah bahawa persiapan untuk pilihan raya boleh dilakukan lebih dari sebulan.

Beliau juga turut menggesa SPR untuk mengambil langkah proaktif bagi memudahkan pemilih keluar mengundi ketika zaman pandemik.
“SPR mesti sudah maklum sama ada mereka mempunyai cukup kakitangan di lapangan untuk melancarkan perjalanan pilihan raya,” katanya.

“Sarawak adalah negeri yang besar, jadi mereka harus dapatkan maklum balas dari semua pegawai daerah. Hal ini akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan, dan ia tidak dapat dilakukan dalam masa sebulan.

“Jadi, kemungkinan besar pilihan raya diadakan pada September. Dan malahan jika diadakan pada bulan September, ia tidak mungkin diadakan pada awal September. Ia mesti pada akhir bulan. Itu pandangan peribadi saya.”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:50 AM | Show all posts
Pergi pasar tak berjadual berbanding pilihan raya yang menetapkan hanya pada hari tersebut sahaja boleh mengundi dan ini akan menyebabkan kesesakan pada satu tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah pening lalat jugak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nak masuk sarawak still kena swab test and kuarantin 2 mgu lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:27 AM | Show all posts
overdose gambir ke macam mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat pilihan raya..tapi gomen sarawak kena tegaslah ..xde siapa dari luar sarawak boleh masuk berkempen..yg berkempen orang2 sarawak saja...x perlu sesiapa dr semenanjung ker..dr sabah ker nak tolong berkempen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnt org luar srwk dtg bkempen despite tgh2 pandemic. Then balik semenanjung or sabah munteri ckp xperlu kuarantin. Ulang2 la sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan lebih penting ke dari nyawa,x mati pun x mengundi tahun ni tapi kalau dijangkit covid confirm goal kalau suda tahap 4 n 5...nak2 lagi varian2 sekarang yg tengah mengganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 11:57 AM | Show all posts
Dia ni lagi..
Suka sangat buat statement yang minta kecam
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau cuba berpantun ke tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni skolah tak? Srp pass tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:05 PM | Show all posts
Nak buat PRU rasanya xder masalah sangat pun PADA HARI PENGUNDIAN

Yang meggusarkan adalah tempoh berkempen, tu yg masalah besar yg akan jadi punca mala petaka.....HARI MENGUNDI bukan masalah

apa kata buat NORMA BAHARU, xyah kempen lah...terus ngundi jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkempen tu keluar masuk kampung bawak penyakit salam2 orang tua eh farkk lah. Padan rushing bagi vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat pilihanraya tapi xyah kempen. Ada bran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 29-7-2021 01:17 PM
Nak buat pilihanraya tapi xyah kempen. Ada bran ke?

Setuju. Bijak sis. Ada bran ka dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-7-2021 01:05 PM
Nak buat PRU rasanya xder masalah sangat pun PADA HARI PENGUNDIAN

Yang meggusarkan adalah tempoh  ...

kempen jer kat socmed yb2,website parti... udah....pastu pi ngundi ikut sop yg betul2 ketat...selesai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 01:27 PM | Show all posts
Skuau replied at 29-7-2021 01:23 PM
kempen jer kat socmed yb2,website parti... udah....pastu pi ngundi ikut sop yg betul2 ketat...sele ...

Masalahnya kalau kempen kat socmed xleh hulur2 bantuan kain pelikat bagai....tu jer cara nak beli undi.....

Aku mmg setuju dari awal ura2 nk adakan PRU masa pandemik, dgn syarat mmg kena buat NORMA BAHARU dlm berkempen...xder direct contact, xder rapat umum, xder door to door campaign........sbb masalah yg akan timbul adalah masa berkempen tu lah...

Hari NGUNDI pun dilarang buka pondok panas....

Voters datang ngundi dan balik, xder berkumpul2
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-7-2021 01:27 PM
Masalahnya kalau kempen kat socmed xleh hulur2 bantuan kain pelikat bagai....tu jer cara nak beli  ...

ikut turn.....penyelaras kena tetapkan berapa ramai boleh berada kat tempat pengundian pada satu2 masa...kat kampung benda ni senang buat...sb x la ramai sgt...kat bandar yg ramai pengundi x pasti...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-7-2021 01:05 PM
Nak buat PRU rasanya xder masalah sangat pun PADA HARI PENGUNDIAN

Yang meggusarkan adalah tempoh  ...

Kempen kat tv je pun boleh. Bagi slot untuk setiap parti. Dulu kan KJ kata bagi 4.4 juta vaksin utk rakyat dewasa Sarawak supaya boleh mengundi.  Apa cite yg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tiber rindu nk g srwk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.129818 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list