CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40005|Reply: 313

[Tempatan] Pakar kanser kongsi pengalaman kena Covid-19. Peparunya rosak 50-70 peratus

  [Copy link]
Post time 29-7-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Pakar kanser terjangkit COVID-19, tak berani lelapkan mata setelah dipasang tiub
admin -
28 July 2021


KUALA LUMPUR – Pakar kanser, Datuk Seri Dr. Fong Kok Onn yang diselamatkan ketika berdepan ambang kematian setelah terjangkit  penyakit COVID-19 berkongsi pengalamannya yang menakutkan.

Saat paling ngeri berlaku sebelum dan semasa pemasangan tiub ventilator apabila beliau diberitahu mungkin mati bila-bila masa, sementara jururawat merekodkan kata-kata terakhirnya.

Kok Onn yang menerima pelbagai pengiktirafan dalam dunia perubatan berkata, beliau didapati positif COVID-19 pada 8 Julai dengan tanda-tanda ringan iaitu batuk kecil dan sakit tekak, satu keadaan yang membolehkan beliau menjalani kuarantin rumah.

Pada 13 Julai, keadaannya menjadi tenat dengan mengalami denyutan jantung yang pantas selain kesukaran bernafas, sekali gus dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberi oksigen.

Keadaannya menjadi lagi tenat pada malam iaitu pada tahap 4.5 dan doktor yang merawat mencadangkan Kok Onn dimasukkan tiub pernafasan.

“Penggunaan tiub bermaksud peluang saya diselamatkan adalah 20 hingga 30 peratus berbanding tanpa tiub sebanyak 50 hingga 70 peratus.

“Tetapi kalau tidak dipasangkan tiub, maka pesakit perlu melawan penyakit menggunakan keazaman diri dan penderitaan yang melampau ini bukan sesuatu yang semua orang boleh tahan.

“Disebabkan tidak boleh tahan dengan penderitaan tubuh, saya akhirnya bersetuju dipasangkan tiub walaupun tidak mahu sangat perkara ini berlaku,” katanya kepada China Press.

Menurutnya, semasa dipasangkan tiub, doktor berkali-kali mengingatkan supaya bersedia untuk berdepan kematian, sementara jururawat merekodkan kata-kata terakhir untuk ahli keluarganya.

“Doktor beritahu saya mungkin mati pada malam, jam seterusnya atau bila-bila masa.

“Selama lima hingga enam hari, saya takut sampai tidak berani lelapkan mata kerana bimbang tidak dapat buka semula mata buat selama-lamanya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Kok Onn bernasib baik kerana beliau akhirnya dikeluarkan dari ICU ke wad biasa pada 26 Julai.

Beliau kini perlu menjalani fisioterapi dan dijangka boleh keluar hospital pada akhir bulan.

Kata Kok Onn, peparunya mengalami kerosakan teruk dengan bahagian atas rosak antara 70 hingga 100 peratus dan bahagian bawah rosak 50 hingga 70 peratus dengan menunjukkan warna putih dan kelabu.

Katanya, kerosakan itu memerlukan masa dua hingga tiga tahun untuk mencapai pemulihan 50 peratus.

“Ramai pesakit COVID-19 mungkin berpendapat hanya perlu berehat di rumah apabila berasa lemah dan akan sembuh dengan sendirinya, tanpa sedar ramai pesakit telah meninggal dunia di rumah kerana berpendapat sedemikian,” katanya. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm tacodnya..sbb baca kes yg ditidorkn tu la rasa tacod sgt..
cikgu i pun ditidokn xbgn2..
adk i selalu ckp i paranoid..keluar tp tamo pgg pintutekan lift pun tamo..asyik she jer..tp i tacod nk wat camna..kalau keluar beli groceries ke apa balik tu trus mandi rendam baju sesiap.
tp mgu lps weols lapar sgt..keluar beli pisang goreng...pastu xde air nk bsh tgn..weols confident jer la makanlapar sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 29-7-2021 02:32 PM
hmm tacodnya..sbb baca kes yg ditidorkn tu la rasa tacod sgt..
cikgu i pun ditidokn xbgn2..
adk i  ...

Baguslah takut. Tekan lift pakai kunci ke apa. Lepas tu sentiasa sanitize tangan. Air takde pakai hand sanitizer. Jangan peduli orang kutuk kita paranoid ke apa. Yang mengadapnya kita juga. Adik uols tu picitkan dia hand sanitizer tiap kali dia pegang pintu dan tekan lift. Kalau dia positif, uols pun positif. Kira dia extension badan uols juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:42 PM | Show all posts
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. semangat dan doa keluarga dan sekeliling pun sama.. lepas tu aku kira obes jugak.. doktor pakar sekarang suruh turun kan berat badan.. obes antara punca covid susah nak sembuh... dekat 17 hari lah duduk hospital.. semoga mereka yang dijangkiti covid diberi kan kesembuhann segera..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 29-7-2021 02:38 PM
Baguslah takut. Tekan lift pakai kunci ke apa. Lepas tu sentiasa sanitize tangan. Air takde pakai  ...

mmg memasing bwk sanitizer..ni ada jiran weols positif..lg la tacod..
tu la adik kmbr i dk ckp i ni tacod2 pun at least dh dpt vaksin..she belum vaksin lg..
aritu weols pnh la keluar p beli groceries..balik tu dedua sakit tekak..dedua berdebar..trus telan vit c..pastu kitorg dk dendiam dlm umah..nsb baik xde pape.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:47 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 02:42 PM
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. seman ...

alhamdulillah pjg umur chuols... jom healthy diet kurangkan berat badan...buat walk exercise...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 02:53 PM | Show all posts
mejaputih replied at 29-7-2021 02:47 PM
alhamdulillah pjg umur chuols... jom healthy diet kurangkan berat badan...buat walk exercise...

Alhamdulillah... mmg selalu exercise jalan jer.. lg pun kecederaan paru-2 teruk so, doktor x bagi jogging tapi alhamdulillah skrg pun kurang rasa semput..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:57 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 02:42 PM
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. seman ...

Alhamdulillah... semoga kesihatan bertambah baik.
kena baru-baru ni ke?
lately ramai golongan muda yg obese kena happy hypoxia... tak sedar oxygen dah low  & dah affected paru-paru.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 03:06 PM | Show all posts
Thanatus replied at 29-7-2021 02:57 PM
Alhamdulillah... semoga kesihatan bertambah baik.
kena baru-baru ni ke?
lately ramai golongan mu ...

aah.. kena baru ni..masa raya hari tu.. masuk hospitl sg.buloh 27 mei keluar hospital 13 jun... boleh kata syawal tu habiskan dekat hospital.. betul happy hypoxia tu x ramai perasan.. ingat okey jer oxygen..aku pun masa kat CAC rasaa okey jer nafas.. tp dorang da perasan aku lemah.. tu terus dorang angkut ke HSB.. smpai sana dorang bg tau oksigen dah drop teruk.. tapi kita x rasa sessak nafas ke apa... lepas tu dia cakap kena tidurkan untuk rawatan.. sedar-2 dah kat ICU..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2021 03:10 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 02:42 PM
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. seman ...

masa 10 hari tu rasanya mcm mana?
ke sama mcm kita kena bius operation
memang tak sedar langsung
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:11 PM | Show all posts
edayildiz replied at 29-7-2021 02:32 PM
hmm tacodnya..sbb baca kes yg ditidorkn tu la rasa tacod sgt..
cikgu i pun ditidokn xbgn2..
adk i  ...

tacod ? apa tu ? perkataan baru meh ? maksudnya apa ... nak kata typo error asyik ulang je ... ke saya tertinggal train ?

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 03:06 PM
aah.. kena baru ni..masa raya hari tu.. masuk hospitl sg.buloh 27 mei keluar hospital 13 jun... bo ...


Alhamdulillah moga cepat sembuh sepenuhnya..boleh la share pengalaman di sini buat pedoman kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:16 PM | Show all posts
R2D2 replied at 29-7-2021 03:10 PM
masa 10 hari tu rasanya mcm mana?
ke sama mcm kita kena bius operation
memang tak sedar langsung ...

yang aku ingat masa sampai dekat pintu kecemasan.. ade doktor maklumkan kena tidurkan.. so, dari masa dia cakap tu hingga aku sedar.. tak ingat apa-2 langsung.. tapi wife je yg doktor update hari-2.. so, seram jugak la bila dengar apa yg doktor tu maklumkan kat dia.. dari segi pernafasan drop.. lepas tu kita dibantu mesin.. kira kalau tak pakai mesin tu.. kita tak boleh bernafas sendiri.. oksigen drop melampau..so, kira 50-50 lah nyawa kita masa tu.. cuma lepas keluar hospital ni.. aku makan ubat cair darah sebab ade darah beku dalam paru-2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
UMMI_MAI replied at 29-7-2021 03:11 PM
tacod ? apa tu ? perkataan baru meh ? maksudnya apa ... nak kata typo error asyik ulang je ... ke  ...

takut

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:19 PM | Show all posts
mrsamz replied at 29-7-2021 03:14 PM
Alhamdulillah moga cepat sembuh sepenuhnya..boleh la share pengalaman di sini buat pedoman kita  ...

Alhamdulillah.. yang penting sekali jaga SOP lah.. oxymeter tu sekarang benda wajib ade dirumah.. ICU mmg menyakitkan.. tapi Hospital Sungai Buloh.. servis dia 10 bintang.. salute dengan nurse dan doktor yang layan... baik-2 semua.. kita badan dah mcm x kuat.. jadi berak kencing semua dorang uruskan.. cakap dorang lembut jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:30 PM | Show all posts
menakutkan baca pengalaman doktor tu... takut melelapkan mata sebab mungkin tak tersedar lagi buat selama-lamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 03:16 PM
yang aku ingat masa sampai dekat pintu kecemasan.. ade doktor maklumkan kena tidurkan.. so, dari m ...

Rezeki betul dapat semua treatment on point..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2021 03:38 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 03:19 PM
Alhamdulillah.. yang penting sekali jaga SOP lah.. oxymeter tu sekarang benda wajib ade dirumah..  ...

ko rasa ko kena di mana Covid ni? tempat kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:43 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 02:42 PM
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. seman ...

Alhamdulilah.. dan tahniah jugek sebab kuat melawan diri.
sepupu ku dah takde semalam. 3 minggu jugek di icu htar.
hancur hati.. tp itu janji Allah swt.
6 ptg ni ambulan akan pusing jalan depan rumah dia di kg raja uda klang. sedara mara ada di rumah tu kemas2 rumah dan pack brg2.. sebab sepupu yatim piatu tggl sendiri.
minggu yg dia warded tu  rumah dah sanitize.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:44 PM | Show all posts
kurga replied at 29-7-2021 02:42 PM
aku pun kena covid stage 5..dan ditidurkan dekat 10 hari.. Alhamdulillah dapat peluang kedua.. seman ...

Syukur Alhamdulillah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083393 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list