CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3119|Reply: 24

Kucing Punya Pasal, RM30,050 Lesap Ditipu Penjual

[Copy link]
Post time 29-7-2021 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Harga seekor kucing ditawarkan cuma RM500 tetapi seorang suri rumah kerugian hingga RM30,050 akibat ditipu oleh penjual haiwan jenis Munchkin itu, pada Isnin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa yang berusia 56 tahun berminat untuk membeli kucing berkenaan selepas ia diiklankan di Facebook.




Gambar hiasan




"Setelah berbincang melalui aplikasi messenger di Facebook, mangsa setuju membeli kucing itu dengan harga RM500 dan memberikan butiran peribadinya kepada pihak penjual untuk tujuan kiriman secara pos ke rumahnya.


"Bayaran tersebut adalah 50 peratus daripada harga jualan dan bakinya dibayar selepas menerima kucing. Pada hari sama, mangsa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM150 melalui pindahan dalam talian dan bukti bayaran diberikan kepada pihak tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.


Beliau berkata, sepanjang urusan pembelian kucing itu, mangsa berurusan dengan beberapa nombor telefon yang antaranya meminta wang sebagai penjamin; insurans pembelian kucing; lesen pemilikan daripada


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan upah kepada penghantar kucing.


"Mangsa dimaklumkan bahawa kesemua wang jaminan itu akan dipulangkan semula kepadanya jika proses selesai. Justeru, mangsa memasukkan kesemua wang tersebut ke dalam 10 akaun berbeza.


"Mangsa kemudian membuat laporan polis pada Rabu setelah menyedari ditipu selepas kesemua nombor telefon tersebut menyekat nombor telefonnya sehingga dia tidak dapat menghubungi mereka," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
"kita asing worang suka Malaysia..kalau kita tada kasi bodoh dia worang...sendiri boleh kasi sendiri bodoh ini Malaysia worang"Asing worang...

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pelik jer..xfhm sgt cite ni..mcm mudah sgt kena scam..xpyh beli kucing..bela jer stray cat pastu bwk p spa..bg mkn benda berzat..blh jer kucing gelandangan jd princess
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CASH CASH CASH dah tua pon takde empati pada kucing stray yg teringin merasa duduk rumah selesa dan disayangi, ko nakkk jugak beli ye makcik? adan ukee
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan beli munchkin
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Manakala di utube, seekor kucen kena scam kat spa di korea.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapala masih boleh ditipu... Aduhaii
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:37 PM | Show all posts
Itulah orang kata, kalau tak ada pengalaman nak beli kucing baka mahal ni, bertanyalah dalam group FB Kelab Kucing ke apa. Jangan main minat, nampak iklan terus contact penjualnya. Berdasarkan pengalaman sendiri beli kucing camni, deal sehabis boleh dan paling penting bersemuka dengan penjualnya. Dalam kes ni, Munchkin harga RM500? Macam tak kena. Time PKP main pos? Lagi tak kena. Kat situ boleh mula rasa curiga. Kalau ye pun, bersabarlah sampai tunggu PKP dilonggarkan. Nasib badanlah rugi sampai RM30K.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 06:52 PM | Show all posts
kalo dah harga mcm tu baik la beli kt kedai ko boleh tengok terus. adoyai! eh lupa kedai tutup
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau deal kucing harga 500 asal bayar sampai 30000?
Siap lesen pemilikan apa semua. Ruginya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaya Darul Scam
Malaya Darul Citizen Suka Kena Scam
Malaya Darul Citizen Purcaya Bolat2
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaya & scam bpisah tiada. Cni mmg lubuk scam. They NEVER learned. Toksah la beli apa2 dr fb ngn ig tuh. No money back guarantee. Beli kt platform niaga. Pet,kalo mgelumpoq sgt2 nk munchkin kaa maine coon kaa hat pelik2 tu p carik kt kedai. Buta2 burn 30k. Kucen xdpt,duit hanguss
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau dah rega mcm tu baik macit ni beli rimau jerr
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian akak ni kena scam. Skang ni mcm2 cara scammer nak tipu org, semoga kita semua dijauhkan dr penipuan scammers ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
calling2 @munchkin dah lama tak nampak kelibat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dalam fb tu, pernah ada orang post tanya macam mana nak buang microchip kucing & kata nak jual kucing tu.
1-2 hari lepas tu ada orang lain post kehilangan kucing yang sama. kucing tu kena curi rupanya.
cecepat pencuri tu hide post (tapi lepas tu dia up semula).
pasal scam kucing as pelaburan pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh hangus gitu je duit acik. 30k tu boleh neuter, vaksin & rawat banyakkkkkkkkk kucing2 gelandangan yang terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kt johor kan scammer jual kucing hrga rm30k tp xleh bawa balik cmna ntah
Last2 melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:30 AM | Show all posts
Aduii laa..30k blh dpt ragdoll dr russia lagi acik oii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075548 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list