CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3374|Reply: 29

[Tempatan] Tindakan pembatalan Ordinan Darurat selaras peruntukan undang-undang, Perlembaga

  [Copy link]
Post time 29-7-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kerajaan berpandangan semua tindakan mengenai pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Perdana Menteri menekankan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.
"Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan kerana melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai.
"Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun lalu yang antara lain menekankan darurat tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021 dan perlunya Parlimen bersidang secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, berdasarkan titah pandangan itu, kerajaan memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai.
"Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil beberapa ketetapan.
"Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu selepas darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos ini," katanya.
Menurutnya, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Baginda sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.
"Susulan ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Ordinan ini memperuntukkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuat kuasa pada 21 Julai.
"Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya Ordinan Darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Baginda mengenainya," katanya.
Pejabat Perdana Menteri berkata pihaknya mengambil maklum sebagaimana dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum Baginda perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara 40 (1) memperuntukkan pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
"Selain itu, Perkara 40 (1A) pula memperuntukkan menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu," katanya.
Katanya, susulan itu, Yang di-Pertuan Agong pada 24 Julai menitahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Peguam Negara menghadap untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai nasihat itu.
"Apabila Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai, semua Ordinan Darurat dibentang di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
"Namun, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya Dewan Rakyat mengungkaikan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.
"Susulan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kerajaan iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan untuk membatalkan Ordinan Darurat berkenaan.
"Ini adalah suatu kenyataan fakta yang bertujuan memaklumkan kepada Dewan Rakyat keadaan sebenarnya secara telus," katanya.
Menurutnya, pemakluman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menimbulkan persoalan mengenai status perkenan Yang di-Pertuan Agong ke atas Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021.
"Oleh itu, Perdana Menteri dan Peguam Negara memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai, jam 12 tengah hari untuk menjelaskan kedudukannya.
"Pada sesi menghadap ini, Perdana Menteri sekali lagi memberikan nasihat Jemaah Menteri mengenai pembatalan Ordinan Darurat serta membuat penjelasan atas kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat.
"Perdana Menteri juga menyembah maklum pandangan kerajaan kesemua Ordinan Darurat tidak perlu diungkaikan Parlimen memandangkan Jemaah Menteri pun menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkannya," katanya.
Menurutnya, sidang Parlimen yang berlangsung adalah Mesyuarat Khas yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang agendanya adalah penerangan menteri dan tiada sebarang usul untuk mengungkai Ordinan Darurat.
"Oleh sebab itu, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat sebelum Mesyuarat Khas Parlimen bermula," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa bertenang dan InsyaAllah isu itu akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.
sumber : HMetro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 07:40 PM | Show all posts

MUHYIDDIN Yassin. FOTO arkib NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 29-7-2021 07:54 PM

Si Kitol is truly real!!!

"Selain itu, Perkara 40 (1A) pula memperuntukkan menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu," katanya.


If not what then si Kitol???  Muke tak tau malu, terciret-biret dalam pampers udah ko lupe hari ko terbongkok2 angkat sembah then angkat sumpah mintak jadi piyem aritu?  Ko ingat ko yang menasihati Agong lantik bontot ko jadi piyem ke hape???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya  semua salah, kerajaan PN yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:17 PM | Show all posts
haha. drama lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oang suruh bentangggggg bentang kat parlimen..klo dah bentang n kensel ordinan i think tuanku ok je

Ni PENIPU

Lain suruh lain buat...anak haram PNni sme..haram jadah!!

Mampus laa pn pas ni...semburit gatal bontot nk lari mana? Siam ok kut..sandakan kaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 29-7-2021 08:26 PM
Oang suruh bentangggggg bentang kat parlimen..klo dah bentang n kensel ordinan i think tuanku ok je
...

Dia pusing selagi boleh daaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru sehari 2 bsidang. Dh mcm2 plot twist.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
PN nk kata agong salah.. Taki betol..

Dolat soltan taki

Btw..jika dibiarkan apa yg PN buat ni bakal jadi kes prima facie..kerajaan kerajaan lepas ni termasuk kerajaan DAP boleh la buat mcm yg kerajaan PN buat ni andai depa rasa depa goyang x dpt sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:22 PM | Show all posts

habis tu dah memang perlembagaan yg diwarisi dari lord reid gitu nak wat cemena lagi??? hang rasa kalau diusul pindaa perlembagaan untuk bagi agung kuasa lebih untk buat keputusan... ahli2 politaik setuju kaaa????? tobaaattt... termasuklah yg dok guna prekataan durhaka durhaka tu... semuanya hipokrit
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
elok ubah ler kuasa tu.. bg agong kuasa lebih skikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:27 PM | Show all posts
malas lah layan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh wowwwwww... Hebat kerajaan pintu belakang.. Lagi manly tun..tak dak majoriti terus letak jawatan

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 29-7-2021 09:48 PM
Ohhh wowwwwww... Hebat kerajaan pintu belakang.. Lagi manly tun..tak dak majoriti terus letak jawata ...

Hahaha. Itupun ada org marah knp atok letak jawatan. Resign salah x resign pun salah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam makan diri je tindakan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:10 PM | Show all posts
Hindustan pun kalah dia punya spin
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hal ni nampaknya abahcow betul. Kerajaan dah buat semua yang perlu. Takde sebab untuk nasihat kerajaan tu tak diikut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:43 PM | Show all posts
Babai replied at 29-7-2021 10:15 PM
Dalam hal ni nampaknya abahcow betul. Kerajaan dah buat semua yang perlu. Takde sebab untuk nasihat  ...

Saya rasa perkenaan tu memang tiada masalah, cuma mungkin Agong belum berikan secara rasmi, dan lebih lagi Agong mencadang kan supaya di bentang kan di parlimen. Sebab tu Taki tak berani nak confirm dan deny semasa di asak persoalan tersebut. Kalau ikut explanation PMO, sehari selepas tu PM dan Peguam Negara menghadap untuk memohon perkenaan lagi dan mencadang kan untuk tidak di bentang kan di parlimen.


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 29-7-2021 10:15 PM
Dalam hal ni nampaknya abahcow betul. Kerajaan dah buat semua yang perlu. Takde sebab untuk nasihat  ...

Angkot je pegi istane sekor2 kasi tempeleng je muke tu.  Strip them down.  Tell them to crawl then terajangkan bontot tu..  Finish them off.

Tu pase orang macam aku takleh jadi raje.  Tiap hari aku akan suroh muntri aku merangkak..  Itu macam baru aku kasi gaji.  Kah2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 1.326861 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list