CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29980|Reply: 186

[Tempatan] Nama penuh saya Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 30-7-2021 09:27 AM



am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Memang sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek namun lama-kelamaan saya belajar menerima dan menyukainya," kata Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah.
Nama unik gadis berusia 28 tahun ini tular di Twitter selepas rakannya berkongsi ciapan berserta gambar lesen memandu yang memaparkan namanya itu.

Menerusi perkongsian itu, rakannya mengakui terkejut apabila mendapat tahu nama sebenarnya itu kerana sebelum ini hanya memanggilnya dengan nama 'Belle' dan mengandaikan nama penuhnya ialah Nabila.
Turut dikongsikan, videonya menyebut nama 'Badjie Xatieqoutieqc' dengan betul.

Berkongsi lanjut, Badjie Xatieqoutieqc yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines Bhd berkata, selain namanya sukar disebut, rata-rata yang mengetahui namanya juga sering mempersoalkan asal-usul nama itu.
Katanya, idea sepenuhnya datang daripada bapanya, Ibadallah Kandar, 62, yang turut menamakan tujuh adik-beradiknya dengan nama bermula 'Badjie X...'.

Mereka tujuh beradik diberi nama Badjie Xietaqieullah, Badjie Xbietaquauallah, Badjie Xatieqieullah, Badjie Xatieqoutieqc (dirinya), Badjie Xaebcourieyiean, Badjie Xieslammillatiena dan Badjie Xwattaquoallah.

"Nama 'Badjie' adalah gabungan nama kedua orang tua saya sebagai menggantikan nama 'Raden' yang dulunya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang kami (Jawa Sunda).
"Memang kedengaran pelik, tapi itulah pendirian bapa saya yang mempunyai cita rasa unik dalam memilih nama anak-anaknya agar lain daripada yang lain," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, nama tujuh adik-beradiknya jika dibaca dengan betul sebenarnya membawa maksud bertakwa kepada Allah.
"Bapa adalah seorang jurutera yang suka berfikir di luar kotak dalam suatu hal.
"Dalam soal nama kami ini, bapa seolah-olah menggunakan 'kod rahsia' dalam menyuruh kami adik-beradik agar sentiasa bertakwa kepada-Nya," katanya.

Anak keempat dari tujuh beradik itu berkata, dia lebih suka orang lain memanggilnya dengan nama 'Belle'.
"Panggil saja saya Belle kerana ia juga membawa maksud yang baik. Kalau ikutkan saya nak orang panggil Xatieqoutieqc tapi akan jadi susah.
"Jadi, cukuplah Belle supaya mereka doakan saya yang baik-baik, saya pun tak buat orang susah nak panggil saya," katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Bercerita lanjut, Badjie Xatieqoutieqc berkata, dia kini menjadi anggota sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.
"Selepas enam bulan bercuti disebabkan kontrak ditamatkan, saya memilih untuk menjadi sukarelawan di sini.
"Kerja sukarelawan sudah menjadi minat saya kerana pernah aktif menyertainya ketika belajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dulu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada nampk semalam.nama.ni ada orang share.kat fb
Iols ingat.orang nigeria ke apa kan
Rupanya melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke cara sebut nama dia baji kati kutik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 09:42 AM | Show all posts
shernazz replied at 30-7-2021 09:34 AM
Iols ada nampk semalam.nama.ni ada orang share.kat fb
Iols ingat.orang nigeria ke apa kan
Rupanya ...

jenuh la akad nikah nti.dgn tok kadi skali pengsan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ffira Mikah pun nama malaikat katanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku baca satu2 merangkak rangkak
Sampai laki ku gelak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 30-7-2021 09:37 AM
Betul ke cara sebut nama dia baji kati kutik?


hahhahaha
nak dekat dah tu dengan nama makita
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:49 AM | Show all posts
bertakwa kepada ALLAH

Ittaqullah ?

as in


اتقوا الله‎
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dia asalnya dr Indonesia ya semua"-Indon Klaim
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la. Kesian kat anak tu nama pelik2 macam ni. Kalau silap masuk data lagi la nak kena ulang alik p office betulkan. Cikgu2 nak panggil kat sekolah pun susah. Makpak jgn la buat macam ni. Dahla anak tak mintak dilahirkan, pastu kena buli dgn nama pelik. Btw, ini pendapat General sahaja. Xda kena mengena dgn budak ni. Dulu kat sekolah Meols ada budak nama kemain letups tapi muka tak seberapa, kesian budak lelaki dok ejek2 kata nama x serupa muka la.. Etc...kalau sekolah oversea boleh la letak nama Jean pearre walaupun muka jawa, xdak sapa kesah, xdak sapa rasa pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hati mak bapak bagi nama yg susah disebut demi nak nampak kelainan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 09:56 AM | Show all posts
sfrnna replied at 30-7-2021 09:50 AM
Adoi la. Kesian kat anak tu nama pelik2 macam ni. Kalau silap masuk data lagi la nak kena ulang alik ...

takpa.janji dkt dgn Allah kata pak dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Baji katik kotek
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Barai ketawa aku baca komen korang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
badjie yg sulung tu sebaya meols tapi lain sekolah, badjie yg 2nd tu sebaya adik meols & satu sekolah dulu. semua org panggil badjie ittaqullah je, senang sikit sebut drpd ejaan tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian. nama dia baji zatikutik. ujungnya jadi belle.

code name la, raden la, bertakwa la. semua tak jadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
wait. apak dia paki ka? dulu ai ada klasmet paki ada nama Abdallah Kandar Khan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 30-7-2021 10:14 AM
kesian. nama dia baji zatikutik. ujungnya jadi belle.

code name la, raden la, bertakwa la. semua  ...

Kalau akak rakan sekolah yang jahat, akak dah panggey dia baji kote kote.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeee xsedapnya nama..konon unik sekali hauk jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Badjie Xatieqoutieqc after decode jadik Bella
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080506 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list