CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20635|Reply: 128

[Tempatan] PAS dakwa wujud gerakan jatuhkan kerajaan PN

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 30-7-2021 12:30 PM


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujud gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan apa cara sekalipun.
Beliau berkata, gerakan itu wujud kerana penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif dalam mentadbir negara.

"Gerakan itu juga kerana dominasi umat Islam dan kalangan (kumpulan) yang tidak ekstrem, yang dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat Islam.

"Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir perosak yang berpakat menyingkirkan Islam dalam negara ini," katanya dalam Minda Presiden PAS dikongsikan menerusi Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Hadi meminta pemimpin negara bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam berdepan rancangan menyingkirkan Islam di negara ini seperti dilakukan di beberapa negara luar.

"Apatah lagi adanya ejen-ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
"Kalau dulu ditipu penjajah British, janganlah pula hari ini berulang ditipu sehingga berkali-kali," katanya.

Merujuk kejatuhan beberapa negara Islam yang didalangi ejen barat, Abdul Hadi berkata, barat terus menyokong kewujudan kerajaan Islam sekular seperti pembahagian kuasa diamalkan penjajah British di Tanah Melayu dulu dan penjajahan barat di negara Islam lain.

Beliau menjelaskan, ketika penjajahan British di negara ini raja hanya menjadi ketua agama dan umat Islam tidak berkuasa penuh, dan mereka hanya berkuasa dalam hal ehwal agama yang dihadkan tanpa kuasa untuk mentadbir negara sepenuhnya.

Katanya, di negara yang pernah dijajah barat yang masih mengekalkan konsep kerajaan Islam sekular, negara berkenaan sehingga kini ketinggalan, tidak bangkit untuk menjadi negara yang maju dan kuat.

"Sebenarnya itulah bentuk penjajahan baharu dengan pendekatan menyekat penentangan umat Islam terhadap penjajah asing yang telah ditukar dengan penjajah tempatan dibentuk oleh mereka.
"Akibatnya, walaupun penjajah asing itu sudah pulang ke negeri masing-masing, tetapi agenda penjajahannya masih tetap berlangsung hingga hari ini.

"Pengaruh dalam lapangan politik, ekonomi dan budaya yang ditinggalkan, diteruskan pergantungannya kepada bekas penjajah masing-masing," katanya.

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, negara Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu barat terus menjadi negara besar yang maju dan kuat, dengan sumber kekayaan dan tenaga manusia daripada negara umat Islam.

Katanya, dunia Islam yang luas wilayahnya, ramai tenaga manusia, banyak hasil bumi dan kedudukan yang strategik dalam peta dunia masih tidak mampu menjana semula kekuatan menjadi bangsa yang mulia dan perkasa.

"Kini, kita menyaksikan kebangkitan semula Islam dan merudumnya kekuatan negara besar penjajah.
"Namun, mereka tetap menghalang segala usaha mengembalikan semula kepada Islam yang sedang diperjuangkan di seluruh negara umat Islam termasuklah di Malaysia," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dakwaan lg dah, memang btul pun… rakyat pun dah bosan dgn muka penyangak2 PN…
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bn,pn,ph......2x5.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun...tp pas kena cerdik..jgn jd bodoh sombong...ujung2 rakyat rela je bang non atau umno yg haprak tu jd gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dia nak tuduh Agong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa alasan hadi awang tak datang sidang parlimen? Aku tak perasan pulak muka dia atau dengar dia bercakap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau korang bagus xde org nak jatuh kan KO la......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la...aku mmg x blh tgk muka lebai sekor ni...muka dia jahat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 30-7-2021 01:00 PM
dia nak tuduh Agong ke?

lebih tepat lagi tuduh agong jd ejen penjajah yg nak menyingkirkan Islam dari muka bumi Malaysia..

itu yg aku paham
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 30-7-2021 02:00 PM

PN/PAS jatuh=jatuhkan islam....ni je lah modal lobai penunggang utk memperbodohkan melayu smpai kiamat..

pastu dok merepek pusing2 out of topic psl penjajah yg xde kena mgena pon dgn situasi politik semasa negara.Apoo
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyokkk...ayah chik lupa pasal langkah sheraton ka? Org yg yg pernah buat perkara yg sama je dibayangi benda tu. Terasa macam nak kene khianat kan. Terasa macam nak kena jatuhkan. Isnin ni pi parlimen tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara sbb kita x semaju negara barat adalah pemimpin yg tak guna mcm lebai dinasor ni la. Diorg ni cuma expert bab tunggang agama dan poligami je
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu semakin banyak perubahan positif sejak pn memerintah, semalam tambah 17k lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:21 PM | Show all posts

setuju2x.dulu ramai nak PH memerintah..dah dapat memerintah lebih kurang jugak
ada orang tu jawap "you ingat senang ke jadi menteri. you jadilah tengok"


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:23 PM | Show all posts

If you can do it to the previous  gomen
What make you think people can't do it to you
lousy basket
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
izzah_mia replied at 30-7-2021 02:21 PM
setuju2x.dulu ramai nak PH memerintah..dah dapat memerintah lebih kurang jugak
ada orang tu jawap ...

ahli politaik semua ptt berundur..bg profesional tadbir dan urus negara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 02:27 PM | Show all posts
Sebab tu jangan cepat perasan orang sentiasa memerhati dan menilai pencapaian masing2
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:38 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 30-7-2021 02:21 PM
setuju2x.dulu ramai nak PH memerintah..dah dapat memerintah lebih kurang jugak
ada orang tu jawap ...

ahli politik sebelum dpt kuasa dia punya karektor seorg yg prihatin, pejuang rakyat, pro rakyat, apa rakyat mintak semua dia akan kata masuk akal dll....bila dh dpt kuasa dia akan jadi seorg kena balancekan kehendak rakyat dan juga golongan kapitalis disamping kehendak sendiri....itu biasa....suruh bang non jadi PM sama je nanti....dia akan lantik org2 dia.....org2 dia pun bukan kaleng2 jerung....ikan paus gak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:58 PM | Show all posts
ni je la modal ahli politaik malaysia...ulang2 smpai AJM
no wonder la Msia takat tu je
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerakan oleh pas sendiri. Takiri tak kuarantin. Takiri rentas negeri dan langgar roadblock dengan selebrity bukan mahram. Taki isytihar lawan agong dalam parlimen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.519400 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list