CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 12

[Politik] UMNO hanya tolak Muhyiddin tetapi tetap bersama PN

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:52 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan parti itu tidak menolak Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, ketetapan yang dibuat oleh parti itu ialah tidak menyokong lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tegas beliau, kenyataan bahawa semua 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Muhyiddin adalah tidak tepat.

"Apa yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ialah menarik sokongan kepada Muhyiddin.

“Jadi saya ingin menjelaskan bahawa UMNO tidak menarik sokongan kepada kerajaan campuran PN.

“Oleh itu saya kira ada kesilapan kesefahaman dari kenyataan itu, kerana terdapat dua perkara yang berbeza mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan berita secara langsung sempena ulang tahun Sinar Harian ke-15 di sini pada Sabtu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang cadangan sebuah kerajaan interim, Ahmad berkata, buat masa ini UMNO masih mahu meneruskan kerajaan PN memandangkan gabungan tersebut mempunyai majoriti 115 sokongan ahli Parlimen.

“Jadi pada kita, setelah UMNO membuat keputusan dalam Perhimpunan Agong UMNO 2020, iaitu tiada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada DAP, maka untuk bersama dengan pihak sebelah sana adalah satu perkara yang tidak akan berlaku,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berpendapat, saranan penubuhan kerajaan interim bukan kekal sehingga tahun 2023, sebaliknya ia akan wujud sehingga negara mencapai immuniti kelompok.

Menurutnya, kerajaan boleh mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih parti sesuai selepas dua bulan daripada tempoh immuniti kelompok tersebut.

“Maksudnya kerajaan interim itu bukan sehingga 2023, tetapi kerajaan itu ialah sehingga kita mendapat immuniti kelompok.

“Selepas kita capai immuniti kelompok iaitu 80 peratus rakyat divaksinasi, maka kita boleh kembalikan mandat kepada rakyat dalam tempoh dua bulan selepas itu.

“Katakan jika immuniti kelompok dicapai pada bulan November tahun ini, maka tempoh dua bulan iaitu pada Januari 2022 boleh diadakan pilihan raya dan kita serahkan kembali kepada rakyat,” menurutnya.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen yang terdiri 38 UMNO, dua daripada MCA, seorang MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pi-tetap-bersama-PN
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Abes tu, kalau PN majoriti nak kekalkan pm sedia ada?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 07:32 AM | Show all posts
Nico_Robin replied at 1-8-2021 07:29 AM
Abes tu, kalau PN majoriti nak kekalkan pm sedia ada?

dia sokong PN tapi tolak PM..dia nak jadi PM kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
yang penting gaji jalan + lepas dari mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:48 AM | Show all posts
UMNO ni dulu pengemes
diambil PN.
dah senang nak halau PN.

dahlah korup gila kuasa muka tebal

tak malu ke dgn rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 1-8-2021 07:32 AM
dia sokong PN tapi tolak PM..dia nak jadi PM kot

Haa tau takpa. Sesama diorang pun macam ni pening ler kite nak undi nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2021 08:03 AM | Show all posts
TOPwind replied at 1-8-2021 07:48 AM
UMNO ni dulu pengemes
diambil PN.
dah senang nak halau PN.

geng2 tu muka tembok,mana reti malu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 1-8-2021 08:03 AM
geng2 tu muka tembok,mana reti malu

Aku setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang i jugak la...i tak benci umno tp benci  pemimpin umno mcm zahid, najib, ku nan etc...pak mail tak pulak i benci
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbelit belit lah UMNO ni. Mail baru je ckp sokong midin
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:39 AM | Show all posts
dasar gila kuasa....mcm la bagus sgt...mesti nak lepaskan kes kes mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening lalat ka apa umeno ni..dah sah2 PM tu kepala PN, if ko tak sokong PM silalah keluar PN. Berani keeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno yg tamak haloba..dahlah ada pemimpin2 umno yg harta berbilion tapi napa x masuk dlm senarai billionnaire negara ...something must be wrong somewhere tapi parti politik yg lain pun sama je x guna...benci betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.080330 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list