View: 11068|Reply: 22
|
[Tempatan]
Kalau nak berhimpun pun, bukan sekarang waktunya
[Copy link]
|
|
DI Kemaman, sekumpulan lelaki dikompaun RM2,000 setiap orang kerana melanggar bermain prosedur operasi standard (SOP) kerana bermain sepak takraw.
Kemudian di Seberang Perai, 49 jemaah solat sunat Aidiladha di uar Surau Taman Pelangi, Juru direman sehingga empat hari. Juga kerana melanggar SOP.
Peliknya, tidak ada seorang pun peserta 'Keluar dan #Lawan' yang berkumpul di ibu kota pada Sabtu diberikan kompaun.
Jumlah yang hadir dianggarkan dalam lingkungan 400 orang. Kalau main sepak takraw kena kompaun, yang solat berjemaah pun kena, kenapa mereka ini boleh terlepas?
Janganlah double standard!
Merak Jalanan bukan mahu menuduh tapi meluahkan rasa tidak puas hati kerana ketika ini perhimpunan ramai dan aktiviti awam masih tidak dibenarkan. Kes Covid-19 juga masih tinggi.
Apakah peserta perhimpunan ini tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sebenarnya boleh menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19?
Ketika ini bukan masa sesuai untuk berhimpun susulan negara berdepan situasi getir bagi mengawal penularan wabak itu termasuk varian baharu Delta yang boleh merebak dalam tempoh 15 saat.
Mereka berisiko mencetuskan kluster baharu ekoran terlalu ramai berkumpul di satu tempat pada masa sama sukar untuk menjaga penjarakan fizikal.
Merak Jalanan nak cadangkan kepada pihak berkuasa di negara ini supaya ikut macam polis India. Mereka guna rotan dan sebat rakyat yang degil keluar rumah.
Kepada peserta perhimpunan, kalau mereka kata kerajaan gagal, anda semua juga gagal mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya duduk di rumah dan mematuhi SOP.
Merak Jalanan nak kongsi satu WhatsApp daripada seorang rakan yang berbunyi: "Rakyat bangkit berbaju hitam. Jangan dua minggu kemudian rakyat tak bangkit kerana diselimuti kain putih."
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/153209/SUARA-SINAR/Pojok/Kalau-nak-berhimpun-pun-bukan-sekarang-waktunya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah yang hadir dianggarkan dalam lingkungan 400 orang. Kalau main sepak takraw kena kompaun, yang solat berjemaah pun kena, kenapa mereka ini boleh terlepas?
dah sah2 langgar SOP...harap tak pandang sebelah mata |
|
|
|
|
|
|
|
penjarakan 1 meter
tak nampak ke duk rapat2
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa saja yg Allah halal kan dan benarkan utk manusia buat memandai saja kerajaan zalim nih dan KKM haramkan ......tunggguuu banjir besar menenggelamkan malaysia lah ye kalau dok berkeras nak UBAH agama Allah sampai tahap tuu , merata dunia dok alami banjir dahsyat, lagi tak mahu bertaubat dan ambik iktibar , lagi nak seksa rakyat dgn SOP penyembah berhala WHO tuh , dasar kafir laknat tentera dajal camtu ler
|
|
|
|
|
|
|
|
Maximum $1000 je kan?... Darurat dah tamat |
|
|
|
|
|
|
|
photo yang iol tengok semua dia orang amalkan penjarakan sosial =p
|
|
|
|
|
|
|
|
pasti ke tgk semua?
jgn tgk masa depa duduk..tgk skali masa depa bergerak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat PPV berkumpul tak patuh SOP tak paaa plakkk , penyembah vaksin anggap tuhan WHO akan selamatkan yg gi tu dari covid ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Perancis tu 100K orang buat protest. Takde la pulak dengar kes mencanak2 naik lepas tu.
Takde pulak rakyat dieorang sendiri bising marah tak patuh SOP la, timbul cluster baru la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung kerajaan Malaysia bila ada Covid ni.
Selama ni kena maki memanjang, masa Covid, rakyat buat protest yg kena maki.
Yang selama ni kaki maki kerajaan pun tolong back up kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok gambar, tak ada beza pun berhimpun ramai2 buat protest dengan orang ramai berhimpun di PPV tu masa beratur di luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
main takraw,solat tu... 'BUKAN BERJUANG UNTUK PARTI POLITIK'....sb tu tadak orng peduli/marah mereka dikompaun. |
|
|
|
|
|
|
|
semua yg datang berhimpun ini dari KL ke......tiada yg rentas negeri dari Selangor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 2-8-2021 10:37 AM
cuba kalau pihak kilang atau company yg organise event jadi camtu, bukan saja kena maki hamun oleh penjilat KKM tapi jugak kena kompaun siap wujud cluster walau satu sekalipung di tutup berbelaas hari .....tup tup apabila pihak kerajaan tak kiralah kerajaan negeri atau pusat yg organise endup macam nak rak berkumpul rapat2 camtu ramai2 , boleh plakk terlepas dari maki hamun dan kompaun ..... itu lah SOP dajal laknatullah dan selayaknya di laknat Allah ler dunia akhirat sebab mengubah hukum hakam Tuhan dan menzalimi manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu....memang ada penjarakan sosial.....hak kebebasan bersuara...berhimpun kan kan kan.....nanti kalu tetiba sakit sbb covid....pastu masuk stage 4-5 jangan salahkan org lain plak....konspirasi politik bagai.....nasib baik hidup laa....nasib tak baik kasi tanam dlm lubang 6 kaki itu bg yg muslim dan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
yg berjalan2 sekitar bandar di kawasan terbuka dituduh salah konon tak ikut sop.
yg berkumpul kat rumah (dlm bangunan) pm keluar-masuk sapai lewat malam
takde plak dipertikai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua xbetul. Jadi, biar adil la.. yg buat open house n dtg beramai2 tu pun patut kena kompaun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|