View: 1258|Reply: 7
|
[Tempatan]
Tiada acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos
[Copy link]
|
|
Gambar Hiasan.
Tiada acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos
PUTRAJAYA – Buat tahun kedua berturut-turut, tiada acara rasmi Ambang Merdeka pada lewat malam 30 Ogos ini di seluruh negara susulan situasi semasa penularan wabak Covid-19.
Menerusi laman web rasmi Bulan Kebangsaan 2021, www.merdeka360.my yang diselaraskan Jabatan Penerangan Malaysia, acara itu tidak disenaraikan dalam takwim program, sebaliknya, hanya 15 aktiviti selain lapan acara berbentuk pertandingan disusun urus setia sambutan induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepanjang bulan ini dan bulan depan.
Antara yang sudah dimuktamadkan pihak sekretariat sambutan tersebut ialah Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 pada Sabtu ini, namun lokasi program berkenaan untuk peringkat kebangsaan yang sepatutnya di Terengganu, belum diputuskan lagi.
Pada 7 Julai lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, turut membayangkan berlaku perubahan tempat termasuk lokasi pilihan kedua di Putrajaya sebagaimana pertukaran acara perbarisan Hari Kebangsaan 2021 dijadualkan di Kuala Lumpur ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat itu.
Tahun lalu, Ambang Merdeka dibatalkan berikutan keadaan pandemik Covid-19 ketika itu dan digantikan dengan program Konsert Kita Merdeka 1957-2020 di Angkasapuri Kuala Lumpur bagi mengelakkan orang ramai berkumpul dalam keadaan sesak di lokasi tumpuan bagi menyaksikan pertunjukan bunga api dan acara hiburan.
Tema Hari Kebangsaan 2021 masih lagi kekal Malaysia Prihatin seperti tahun lalu dengan sambutan sederhana serta pematuhan protokol kesihatan ketat bagi mengekang kes Covid-19. -K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NI NENEK AKU DLM KUBUR PUN TAW.... xpyh la nk bg taw baghal |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah,
hari merdeka tahun nih kita bakal sambut dgn rasa paling meriah
walaupun tak dibenarkan sambut oleh pihak penderhaka agong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya tiadakan sekali perarakan dan perbarisan pada pagi Merdeka sekali. Biar rakyat Malaysia beraya pada 31 Ogos tanpa acara berkenaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala napew xdeww.x miah la cemniyy |
|
|
|
|
|
|
|
we wanna know what are the next steps and measurements for the country and the people? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambutan ulangtahun kemerdekaan adalah antara acara yang Ngah nantikan setiap tahun.
Sama seperti tahun lepas, kami cuma raikan di rumah. Gantung Jalur Gemilang dan menonton filem-filem patriotik negara serta duduk bercerita tentang perjuangan dan pahlawan negara bersama anak-anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung bendera pun hokey la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|