View: 19729|Reply: 135
|
[Tempatan]
Wanita diceraikan suami lepas 13 hari lahirkan anak ke 3,punca cerai sebab si is
[Copy link]
|
|
Edited by JohnyEnglish at 2-8-2021 10:54 PM
NILAI - Dugaan buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini apabila dia diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.
Wanita kelahiran Sabah itu diceraikan suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
Menurutnya, dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
"Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.
"Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa," katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.
Wanita tersebut turut menerima kunjungan Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa.
Semarak Resource Centre merupakan pusat komuniti flat berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, penceraian berkenaan merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 2018, bagaimanapun dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.
Jelasnya, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, mereka tidak mempunyai banyak masalah.
"Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19," katanya.
Wanita tabah itu berkata, dia tidak lagi mahu mengenangkan apa yang berlaku dan mahu membuka buku baharu demi anak-anaknya.
Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi masalah kepadanya ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami.
Sementara itu, Muzaliza berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat, dalam masa sama beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban keluarga tersebut.
"Dari segi barangan makanan dan keperluan, ia mencukupi buat masa ini tetapi apa yang jadi kebimbangannya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung selepas ini," katanya.
Bagi mereka yang mahu membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada pihak membantu..
Kesian sgt ... .
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai pastu ibu kena tanggung kos anak2 sorang2 . sorry aku ada masalah pemahaman ke atau mmg dunia mmg camni |
|
|
|
|
|
|
|
Wokeh esok wosim iwak kotok iwak leleww datang segerombolan bayorkn rumah
Takburrrr..
Harummm mewangi nama nya
Audit mana |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 2-8-2021 11:02 PM
Wokeh esok wosim iwak kotok iwak leleww datang segerombolan bayorkn rumah
Takburrrr..
Harummm ...
harus lelew terpaling dtg besok ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa pompuan ni panas baran. Pasal buku koyak pun nak mengamuk. Kau kata marahkan laki tu perkara kecik, dah tu buku koyak tu besar ka dik?
Dah pernah bercerai pun sebelum ni terbukti the two of you memang tiada kesabaran for each other. Move on ja lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm kesiannya, be strong. Ada anak-anak kecik lagi. Insyallah kita sama bantu. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 2-8-2021 11:06 PM
harus lelew terpaling dtg besok ni
Datang dgn sayu mayu pilu mana tau ada rejeki abis edah jd bidadaior |
|
|
|
|
|
|
|
26 dh 3 org ank..hebat..
camna la jaga ank.xsusah ke eh sbb tgk kecik2 lg...xdapat imagine kalau i jd mak mcm dia ni
agaknya husbaby sheols tgh stress kot sbb pandemic..ke dh nak cerai..saja cari psl..semoga dipermudahkan urusan..dh la mak ayah jauh kt sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
org pompuan ni satu aje...mulut dia tak jaga...'kerana mulut badan binasa' |
|
|
|
|
|
|
|
Baru berapa tahun je kahwin dah 2 kali cerai. Kesian anak2 kecik2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 2-8-2021 11:13 PM
org pompuan ni satu aje...mulut dia tak jaga...'kerana mulut badan binasa'
ade setak ckp.. perempuan ni mlut dia diam kalau mati je.. |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 2-8-2021 11:01 PM
Bercerai pastu ibu kena tanggung kos anak2 sorang2 . sorry aku ada masalah pemahaman ke atau mmg dun ...
dunia mmg kijam & tak pernah adil.. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 2-8-2021 11:13 PM
org pompuan ni satu aje...mulut dia tak jaga...'kerana mulut badan binasa'
Aku pun sama jugak.. dah pencen ni baru aku baik.. anak abak pun ckp aku dah baik |
|
|
|
|
|
|
|
dosa wanita adalah pada mulut dan auratnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak dosa dgn suami ni...
kena minta ampun dan bertaubat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgok gak keadaan si suami.. Kan ditulis suami stress sbb covid19 & kena kuarantin sbb positive covid19... Sedikit sebanyak jd stress sbb dipulau orang lain di samping kerja mungkin gaji kna potong |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya.. dia sorang jer ke yg akan jaga anak3 tu?
Bekas suami tinggalkan dia mcm tu jer? Senangnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|