View: 5600|Reply: 36
|
[Tempatan]
UPDATE Bayaran i-Citra bagi bulan kedua bermula 1 September
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 27-8-2021 10:37 PM
i-Citra mula dikreditkan 2 Ogos, ini nasihat pakar kewangan!
Hasimi Muhamad
Ogos 2, 2021 20:01 MYT
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pengguna (KWSP) yang bakal menikmati manfaat daripada kemudahan i-Citra yang mula dikreditkan secara berperingkat bermula hari ini dinasihatkan merancang perbelanjaan mereka.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata seperti semua sedia maklum, wang simpanan tersebut bukan untuk dibazirkan memandangkan ia adalah simpanan untuk hari tua.
Menyedari situasi semasa, Mohd Afzanizam berkata pengeluaran i-Citra dilaksanakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Justeru, tujuan penggunaan i-Citra ini sebaiknya adalah untuk tujuan yang asas dan penting supaya ia dapat menepati tujuan utama kenapa program ini diperkenalkan iaitu untuk meringankan dan melegakan beban kewangan terutamanya bagi mereka yang terkesan.
"Pilihan di tangan para pencarum untuk membuat keputusan yang sebaik-baiknya kerana berdasarkan kelayakan dan syarat-syarat, saya kira ramai yang memenuhinya. Justeru para pencarumlah yang sebaik-baiknya membuat keputusan terbaik bagi diri mereka," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan kemudahan i-Citra akan memanfaatkan seramai empat juta ahli KWSP.
i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID- 19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.
Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam berkata pakej rangsangan yang disediakan oleh kerajaan ketika ini dilihat memadai.
Bagaimanapun ia perlu dipastikan sampai kepada golongan sasaran dengan kadar segera, katanya.
Selain peruntukan kerajaan, beliau menambah apa yang penting adalah untuk mempercepatkan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya dalam memastikan kelestarian dan pemulihan ekonomi.
"Tanpa pembukaan ekonomi secara menyeluruh, maka kita akan sentiasa berhadapan dengan keadaan kelembapan ekonomi kerana terdapat pelbagai sektor yang akan mengalami pelbagai kekangan dari sudut pemoperasian.
"Sebagai contoh seperti sektor berkaitan pelancongan, makanan dan minuman, atau industri logistik terutamanya penerbangan. Jadi, akibat ekonomi yang masih lagi terlalu banyak kekangan, adalah amat penting untuk kita menentukan bilakah ekonomi itu dibuka. Segala usaha perlu digembleng untuk ke arah ini termasuk program-program vaksin yang saya kira telah mencapai tahap yang baik," ujar beliau.
Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan sentiasa dalam keadaan bersiap-sedia untuk menyediakan pakej rangsangan lain bergantung kepada keadaan semasa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tertunggu2 iols dari siang hari namun sendu di aidilfitri jah akaun bank Islam iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Xmasuk lg..nak simpan dlm asb or tabung haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Msg2 dah boleh beratur kt kedai emas |
|
|
|
|
|
|
|
Meols doakan semoga iCitra ni serba sedikit dpt membawa sinar kepada siapa2 yg memerlukan. Spend your money wisely |
|
|
|
|
|
|
|
MoneyMatters replied at 3-8-2021 12:18 AM
Meols doakan semoga iCitra ni serba sedikit dpt membawa sinar kepada siapa2 yg memerlukan. Spend you ...
Aminnnnnnnn..nama id sis pn meyakinkan..hihihi~
Harapnya guna dgn cermat lah..jgn terpengaruh dgn sale 8.8 nanti.. kekeke~ |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 3-8-2021 12:17 AM
Msg2 dah boleh beratur kt kedai emas
beratur virtually jahh.. kdai omeh tutop.. kehkehkeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
@R2D2 article ni asal in english ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 3-8-2021 12:48 AM
Aminnnnnnnn..nama id sis pn meyakinkan..hihihi~
Harapnya guna dgn cermat lah..jgn terpengaruh dgn ...
Hahaha thank u uols. Ginilah hidup org kira duit siang malam.. Tapi x kaya kaya juga haha..
That aside, I honestly pray takde acik2 sibuk beli emas pula or up video beli emas kat emak di kg guna iCitra hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Semak status iCitra...nnt dia habaq berapa hb masuk...tak yah tertunggu2...hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
BM
tak jumpa pulak artikel asal
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku masuk UT…pastu weols cancel amik mora..rugiii…byr je la loan kete mcm biasa… |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 3-8-2021 12:17 AM
Msg2 dah boleh beratur kt kedai emas
Kodai ttp sis
Rasanya kali ni kedai emas tk ramai |
|
|
|
|
|
|
|
kan, syukur alhamdulillah. terkejut tgk masuk awal. heheheheee
|
|
|
|
|
|
|
|
*sambil tengok jiran mana yang renovate rumah lepas dapat citra* |
|
|
|
|
|
|
|
MoneyMatters replied at 3-8-2021 01:24 AM
Hahaha thank u uols. Ginilah hidup org kira duit siang malam.. Tapi x kaya kaya juga haha..
Tha ...
Hahaha..tulaa..dpt gaji,habis gitu je.. kekeke~
Betul2..tp ai xsure laa,org beli emas kan sbb dorg ckp future investment..dunno laa..zakat emas xbayar plak..hihihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dah let go semua komitmen - sekarang dapat je apa-apa gaji/income/durian runtuh terus je boleh berbelanja menikmati kehidupan.
yang mana rumah berhutang 4-5 bijik, all the best lah ye! sekarang pun aku keep moving AirBnB je! seronokk tukar-tukar kondo dan merasa duduk hotel cantik-cantik yang bertukar jadi service apartment.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah saper2 yg dah dpt. Spend wisely guys. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali kuar cerita psl mora, duit kwsp ni komen lbh krg jah.
nak masuk asb, th, ut, beli emas, simpan blablabla. iyerrr acik2 sekalian semua sedia maklum yg x terkesan tu suke hati la nak boh mana pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|