CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 4

'Ada yang geli, tak nak salam saya' - Penghidap hiperhidrosis, peluh banyak di t

[Copy link]
Post time 10-8-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode


Alor Setar : "Bukan setakat geli malah ada yang sampai enggan bersalaman dengan saya kerana mengalami masalah ini," kata Nur Sabrina Saifu'd-din yang menghidap hiperhidrosis iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan peluh dikeluarkan secara berlebihan melebihi kadar normal.

Kisah Nur Sabrina, 19 yang juga penuntut Diploma Seni Kulinari di Institut Makanan Malaysia (FIM) dekat Petaling Jaya, Selangor mendapat perhatian selepas berkongsi penyakit dihidapinya menerusi video di TikTok.

Bercerita lanjut, Nur Sabrina yang menetap di Kampung Titi Gajah, di sini berkata, dia mengalami penyakit itu pada kedua belah tapak tangannya dan menyedarinya ketika berusia 12 tahun.

Menurut Nur Sabrina, dia tidak pernah dibawa bertemu pakar dan penyakitnya semakin serius hingga menyebabkannya hilang keyakinan diri.
"Dulu tidak teruk tetapi sekarang serius juga hingga hendak sentuh skrin telefon bimbit pun susah kerana tangan berpeluh.

"Itu belum lagi jika dalam keadaan gementar dan kedua tapak tangan saya tidak hanya berpeluh ketika cuaca panas tetapi juga di tempat yang mempunyai penghawa dingin.

"Penyakit ini memang mengganggu tumpuan dan menyukarkan saya untuk memegang pen terutama ketika menjawab soalan sewaktu peperiksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, setiap kali berpeluh, dia hanya mampu mengelap kedua tapak tangannya dengan baju atau kain dibawa bersama.

Selain itu, Nur Sabrina juga akan kerap mencuci tangan untuk menghilangkan rasa tidak selesa apabila berpeluh.

"Dalam keluarga, hanya saya dan kakak sulung (Intan Shakirah, 29) mengalami penyakit ini.

"Cuma, keadaannya (kakak) tidak serius seperti saya namun melihat ruangan komen di TikTok, ada segelintir berkongsi yang mereka mempunyai penyakit sama.
"Ramai juga beri kata semangat dan saya hargainya malah mesej cuba disampaikan menerusi perkongsian video itu adalah supaya orang ramai peka dan tahu adanya penyakit ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahlah sis..
aku faham situasi dari pihak dia dan di pihak yang enggan salam
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols pun ada penyakit ni tapi selamat dah jadi doktor sekarang ni. Dulu2 memang rasa agak geli juga nak pegang tangan dia tapi lama2 okay je, bukan nak bertogether2 sangat pun. Iols sejantina dgn kawan iols tu, anyways.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau byk peluh ni kiranya kena selalu minum air la kan...nak cover air yg hilang dlm badan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik meols kene mcm ni. Dulu2 masa remaja...lepas dia guna kete...kat stereng tu mesti bergaram2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055917 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list