CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 1

[Dunia] Perlindungan vaksin berkurangan dalam tempoh kurang enam bulan

 Close [Copy link]
Post time 25-8-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
London: Perlindungan daripada dua dos suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkurangan dalam tempoh kurang enam bulan, dengan cadangan suntikan penggalak diperlukan untuk memastikan perlindungan berpanjangan.

Berdasarkan kajian dari Zoe, aplikasi yang memantau perkembangan Covid-19 di seluruh dunia, suntikan vaksin Pfizer berkesan 88 peratus selepas sebulan dari dos kedua, namun ia berkurangan kepada 74 peratus selepas lima hingga enam bulan.


Kajian berkenaan menggunakan data sebenar yang dikumpul daripada lebih sejuta pengguna aktif aplikasi berkenaan, yang memasukkan maklumat vaksinasi dan keputusan ujian, yang kemudiannya dianalisis penyelidik di King's College London.

Kajian itu membabitkan lebih 1.2 juta keputusan ujian dan penyertaan.

Perlindungan daripada vaksin AstraZeneca pula berkurangan ke 77 peratus dalam tempoh sebulan selepas dos kedua hingga 67 peratus selepas empat hingga lima bulan.

Ketua saintis aplikasi berkenaan, Prof Tim Spector berkata, lebih banyak data diperlukan untuk mengetahui bagaimana keberkesanan vaksin berubah mengikut kumpulan umur berbeza.

Kes di United Kingdom (UK) dilihat meningkat ketara selepas larangan sosial ditarik balik pada Julai namun, kadar kemasukan ke hospital semakin stabil sejak bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa kemerosotan keberkesanan vaksin dalam kalangan golongan rentan mungkin menyebabkan jumlah kemasukan ke hospital dan kematian meningkat pada musim sejuk nanti.

"Pada pandangan saya, keadaan terburuk yang mungkin berlaku apabila kadar perlindungan berada bawah 50 peratus dalam kalangan warga emas dan kakitangan kesihatan pada musim sejuk nanti.

"Kita perlu membuat perancangan untuk mendapatkan suntikan penggalak," katanya.

Beliau berkata, UK juga perlu menilai semula tumpuan untuk menyuntik kanak-kanak memandangkan matlamat utama adalah untuk mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 08:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.098070 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list