CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3669|Reply: 9

Kemiskinan haid makin meresahkan

  [Copy link]
Post time 31-8-2021 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Kemiskinan haid makin meresahkan

AKIBAT rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang taboo untuk dibincangkan, ia terus jadi barah. - FOTO Google

Kemiskinan haid adalah situasi di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita atau tampon akibat kemiskinan atau beban kewangan.

Bukan itu sahaja, kemiskinan haid juga merujuk kepada kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitasi untuk menguruskan haid seperti tiada bekalan air atau tiada tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai dan privasi untuk menguruskan haid.

Situasi ini mungkin kedengaran janggal bagi kebanyakan masyarakat, namun ia adalah mimpi ngeri bagi beberapa kelompok berisiko termasuk wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar dalam menghadapi hari-hari mereka didatangi haid.

Keadaan dilihat menjadi lebih serius ketika ramai yang terkesan selepas kehilangan kerja dan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Isu kemiskinan haid ini bukan sesuatu yang baharu, namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang taboo untuk dibincangkan, ia terus menjadi barah dalam masyarakat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam International Islamic University of Malaysia (IIUM), Dr Nor Faiza Mohd Tohit berkata, akibat kemiskinan, ada yang terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama untuk tempoh yang lama.

"Lebih menyedihkan, akibat tidak mampu membeli tuala wanita, mereka hanya menggunakan kain buruk, sabut atau surat khabar lama sebagai ganti kepada tuala wanita.



BEBANAN kewangan akibat Covid-19 menjadikan kemiskinan haid semakin serius. - FOTO Google
"Ada pula yang menggunakan semula tuala wanita yang sudah dibasuh dan dikeringkan. Selain itu, ada juga yang terpaksa menggunakan bahan yang tidak sesuai sebagai ganti kepada tuala wanita," katanya.

Mengulas lanjut, semua tindakan yang tidak menitikberatkan faktor kebersihan ini boleh mengundang jangkitan kuman pada bahagian alat sulit wanita.

"Ia juga boleh menjangkiti saluran kencing dan organ peranakan. Jangkitan yang berulang-ulang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tahap kesuburan seseorang wanita," katanya.

Kajian dijalankan mendapati ada remaja dan kanak-kanak perempuan yang akil baligh tidak dapat hadir ke sekolah ketika didatangi haid kerana tiada tuala wanita atau hanya menggunakan alternatif lain sebagai ganti kepada tuala wanita.

Katanya, di kawasan majoriti penduduknya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, masalah sanitasi adalah sesuatu yang membimbangkan kerana sistem pelupusan sampah tidak diurus dengan baik.

"Ia diburukkan lagi dengan sikap segelintir penduduk yang tidak mengamalkan kebersihan dan kekemasan persekitaran.

"Di tempat pembuangan atau pengumpulan sampah, boleh dilihat tuala wanita yang sudah digunakan terdedah kepada penglihatan umum.

"Selain mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar, ia turut menyumbang kepada rasa malu dan tidak selesa dalam kalangan masyarakat setempat," katanya.


TIADA tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai. - FOTO Google
Tambahnya, dalam situasi pandemik ini, sasaran utama bagi setiap keluarga ialah menyediakan makanan atas meja untuk santapan seluruh keluarga.

"Keupayaan untuk menyediakan makanan untuk ahli keluarga adalah suatu cabaran bagi golongan miskin bandar dan miskin tegar.

"Jika menyediakan makanan sudah menjadi cabaran besar, pasti penyediaan keperluan asas selain makanan termasuk tuala wanita adalah bebanan besar kepada golongan ini," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Hal Ehwal dan Pembangunan Masyarakat IIUM, Dr Syarifah Fatimah AlZahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, kesedaran mengenai kemiskinan haid perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan pemegang taruh lain termasuk pihak berwajib yang berkait dengan institusi keluarga dan masyarakat serta pertubuhan sukarelawan.

"Individu yang terkesan juga perlu diperkasakan supaya dapat tampil membawakan isu yang mereka hadapi.

"Dengan adanya penggemblengan sumber dan tindakan dari semua pihak yang terbabit, isu kemiskinan haid ini akan dapat ditangani. Lebih utama, nasib mereka yang terkesan dengan masalah ini akan terbela," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Tak dapat bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunalah kain lebih baik dari tuala wanita, esp keadaan macamni.
Washable menstrual pad dari kain tu, takjugak cepat serap. Tak duduk diam pasal tak digam pada undies. Pastu biasanya pad kain berwarna hitam. Cuci was2 dah bersih dari darah ke belum, hitam tak nampak.

Pad pakai buang tu bukan je mahal tapi banyak toxin. Better pakai kain batik or kain lampin dipotong2. Pakai pad kain pastu lapik kain batik cepat serap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mak aku guna tuala good morning je weh..dapat juga 8 org anak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa wanita zaman mak nenek kita dulu blh je hidup tanpa tuala wanita, aku mula2  datang haid umur 12 pakai kain sbb malu nk mintak beli tuala wanita dr mak aku...dh skolah menengah baru bli pad guna duit belanja bapak beri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, antara yg boleh disumbang untuk charity toiletries, pad, mmg org guna

dari kita bising suruh org guna kain, baik contribute sikit belikan pad letak dekat food bank ke apa, bukan mahal sangat pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ajar pakai menstrual cup walau aku pun takut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 05:39 PM | Show all posts
umbut replied at 3-9-2021 10:07 AM
Kena ajar pakai menstrual cup walau aku pun takut

untuk yang single and tak pernah dibolos
aku rasa ngeri plak nk guna menstrual cup
walaupun lebih environment friendly



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 04:19 PM | Show all posts
gekkou replied at 3-9-2021 05:39 PM
untuk yang single and tak pernah dibolos
aku rasa ngeri plak nk guna menstrual cup
walaupun lebi ...

i pun terfikir mcm tu..kalau dah kawen nanti, nak belajar pakai menstrual cup atau tampon..leceh la pakai pad nak kene basuh bagai..buang pulak x boleh sebarangan tempat, dapat tong sampah yg terdedah tu malu la jugak walau org tak tau sape punya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 06:15 AM | Show all posts
Pads should be free.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.160268 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list