CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6067|Reply: 38

[Tempatan] Rupa2nya... 'Call room' pernah jadi mimpi ngeri bekas raja pecut Asia Tenggara l

  [Copy link]
Post time 8-9-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Punat_button at 9-9-2021 11:01 AM

'Call room' pernah jadi mimpi ngeri bekas raja pecut Asia Tenggara
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
01 September 2021


NAZMIZAN

SHAH ALAM - Kegagalan meraih pingat hanya disebabkan oleh isu teknikal mahupun peraturan sudah pasti melukakan hati buat para atlet yang sudah bertungkus-lumus mempersiapkan diri tambahan pula dirinya menjadi pilihan utama merangkul emas.

Itulah nasib yang menimpa jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkifli yang secara sah dinafikan pingat emas dalam Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Puncanya seperti yang dinyatakan Olahraga Para Dunia adalah Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia terlewat melaporkan diri di Call Room.

Difahamkan Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit.

Bagaimanapun, Ziyad bukan satu-satunya atlet dari Malaysia yang pernah berdepan dengan situasi berkenaan.

Sekitar 23 tahun lalu, seorang atlet remaja negara berusia 17 tahun turut dinafikan untuk beraksi di pentas final walaupun dia diletakkan sebagai calon utama untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Remaja Dunia Moscow 1998.

Atlet itu merupakan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad.

Mengenang kembali detik yang mengecewakan buat dirinya itu, dia hanya tinggal selangkah untuk meraih pingat emas sulungnya di pentas dunia.

‘Call Room’ menjadi mimpi ngeri buat Nazmizan sama seperti Ziyad.


Aksi Ziyad ketika bertanding dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik pada Selasa.

Nazmizan ketika itu layak ke pentas final sebagai pilihan utama untuk merangkul pingat emas.

“Call room ini seperti tempat pendaftaran. Saya tidak membuat pendaftaran Call Room pertama. Waktu itu saya cirit-birit. Jadi saya selesaikan masalah saya dulu dan saya terus keluar panaskan badan.

“Ketika itu baru saya sedar, saya tidak lapor diri. Saya pergi ke Call Room pertama tetapi dimaklumkan pegawai sudah hantar pendaftaran ke Call Room kedua dan pegawai di situ sahkan pendaftaran saya.

“Call Room ketiga turut disahkan pendaftaran saya tetapi bila nak masuk berlari, saya tidak dapat sertai sebab saya tidak mendaftar di Call Room pertama,” kongsinya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Apa yang berlaku itu kata Nazmizan cukup melukakan hatinya.

“Terus terang saya katakan, saya menangis sepuas-puasnya. Saya ketika itu berada dalam prestasi terbaik untuk emas.

“Hanya kesilapan teknikal, peluang saya berakhir,” katanya.

Pun begitu, kegagalannya itu dijadikan sebagai pengajaran dan pemangkin untuk dirinya terus berjaya.

Lima tahun kemudian, ketika berusia 22 tahun, Nazmizan muncul sebagai raja pecut Asia Tenggara dalam acara 100 meter (m) dalam Sukan SEA 2003 di Hanoi.

Kejayaannya itu menamatkan penantian 36 tahun negara merangkul emas 100m selepas kali terakhir dimenangi G Rajalingam pada Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara) 1967 di Bangkok.

Lebih membanggakan, anak jati Terengganu itu turut merangkul pingat emas dalam acara 200m.

Bagaimanapun menurut Nazmizan, kekecewaan yang dia hadapi tidak sehebat Ziyad.

Ini kerana katanya, Ziyad dibenarkan bertanding walaupun lewat mendaftar di Call Room.

“Saya tidak dapat bertanding tetapi Ziyad bukan sekadar boleh melontar malah turut memecahkan rekod dunia melalui lontaran 17.94m.

“Sudah pasti emas miliknya, tetapi kemudiannya dinafikan. Sebab itu kekecewaan saya tidak seperti Ziyad,” katanya.

Biarpun begitu Nazmizan yakin apa yang berlaku terhadap Ziyad akan menjadi pemangkin buat dirinya bagi tahun-tahun mendatang.

“Apa yang berlaku itu menjadikan satu suntikan semangat buat Ziyad bagi mengharungi tahun 2022 dan seterusnya Paralimpik Paris 2024. Ini adalah satu motivasi yang tinggi untuk Ziyad terus bersinar.

“Kalau kita nak bercakap mengenai peraturan, semua itu tidak boleh dijadikan isu. Kita perlu kehadapan dan berfikiran positif. Kalau kita bercakap isu yang sama, keputusannya tetap sama,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 12:18 PM | Show all posts
ya allah takde briefing ke sebelum join the game pasal prosedur call room nie? naya kat atlet je klu dorg tak aware pasal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebak2 orang ganu nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengurus buat apa ya sampai cuai wakru call room, baik atlet urus sendiri je kalau pengurus tak berfungsi. Atlet takda ke yg kawal pemakanan diorang sampai cirit birit ni, low class betul pengurusan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:38 PM | Show all posts
bila suka naw ambik mudah "kejap.. sempat.." sekian kbai
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"JANJI MELAYU" xkan hilang di dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah nyaa bukan ziyad sorg jee yang lambat. Atlet dri ecuador n australia pon lambat gak. So pendapat iolss sahh pengurusan yang salah.. Kalau ziyad sorg jer yg lambat blh laaa kta janji melayu kan..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 01:01 PM | Show all posts
CikYaYaYa replied at 8-9-2021 12:52 PM
Masalah nyaa bukan ziyad sorg jee yang lambat. Atlet dri ecuador n australia pon lambat gak. So pend ...

so pepatah janji melayu kena tukar jadi janji ecuador atau janji oz ka camner sister?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikap kena ubah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 8-9-2021 01:01 PM
so pepatah janji melayu kena tukar jadi janji ecuador atau janji oz ka camner sister?

Bhaahah ponn boleyyy kakaaa. Bru mcm meletopp top top sikitt Janji malay-oz-ecua n seiring dgn peredaran zaman gitchuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan pihak pengurusan tak blh bgtau yg mamat ni tengah memerut... Kayu ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:50 PM | Show all posts
Minta mahap ckp ye
Ape jugak alasan diberi......mcm mana usin bolt dan yang lain2 boleh berlari di arena dunia.....
disiplin! disiplin! disiplin!
P.S.  saya tak menyalahkan athletes semata2.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 03:13 PM | Show all posts
matamata replied at 8-9-2021 01:21 PM
Takkan pihak pengurusan tak blh bgtau yg mamat ni tengah memerut... Kayu ka apa?
Jadi saya selesaikan masalah saya dulu dan saya terus keluar panaskan badan.

masalah 'cirit-birit' ni pun macam dah lama berakar umbi dalam budaya melayu kan sis? yang bestnya selesai memerut aman2 ja terus warm up


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
At least Nazmizan mampu berfikir sendiri dan tahu kesilapannya. Kes Ziyad, kesilapan pegawai pengiring dan Ziyad menjadi mangsa. Namun, syabas buat Ziyad yang mempunyai hati yang besar dan tidak marah atau terkilan pun. Syabas Ziyad! You are the real champion.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 8-9-2021 01:50 PM
Minta mahap ckp ye
Ape jugak alasan diberi......mcm mana usin bolt dan yang lain2 boleh berlari di  ...

Strong point... Aku setuju
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 8-9-2021 01:50 PM
Minta mahap ckp ye
Ape jugak alasan diberi......mcm mana usin bolt dan yang lain2 boleh berlari di  ...

Yes, that's the point. Kenapa nak ambik contoh orang yang lewat, sedangkan ramai lagi yang mampu tepati waktu. This should be a wake up call to Malaysian delegate. Jangan salahkan alasan, salahkan pengurusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 8-9-2021 12:18 PM
ya allah takde briefing ke sebelum join the game pasal prosedur call room nie? naya kat atlet je klu ...

Apalah guna pegawai gomen yg ramai2 ikut p sana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 8-9-2021 07:47 AM
Apalah guna pegawai gomen yg ramai2 ikut p sana tu?

Setuju. Apatah lagi mereka ni masuk sukan paralimpik yg kita tau di kalangan oku. Pegawai pegi sana dok melepak ke tk aware dgn peraturan dan jadual di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kita tau benda ni bukan pertama kali terjadi

For all you know amalan ni dah jadi kelaziman cuma kali ni baru kantoi big time

Terima kasih kepada sikap menepati masa orang Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 8-9-2021 12:23 PM
Hebak2 orang ganu nih

Apa yg hebat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081252 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list