CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14311|Reply: 49

Diana: Teraniaya atau Menganiaya?

  [Copy link]
Post time 10-9-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by AnnaSendin at 10-9-2021 01:00 AM

Fenomena Diana, Puteri Wales (Diana, Princess of Wales) sangat hebat sekitar tahun 80an hingga pertengahan 90an. Wajahnya yang comel dan gaya rambut bobnya menjadi ikutan para wanita sezaman dengannya. Walaupun fesyen Diana mendapat kritikan terutama gaun pengantinnya yang terlalu besar dan berkeremuk, hampir semua wanita meniru gaya pemakaiannya. Populariti Diana adalah disebabkan beliau berkahwin dengan perwaris takhta Britain iaitu Putera Charles pada tahun 1980 ketika usianya 20 tahun.

Diana dilahirkan pada 1960 di Istana Althorp. Ketika Diana masih kecil, ibu bapanya bercerai. Ini menyebabkan Diana mengalami kesedihan. Tambahan pula beliau mendapat tahu bahawa antara sebab penceraian Earl Spencer dan Frances Shand-Kydd adalah mereka mahukan waris lelaki. Semasa Shand-Kydd mengandungkan Diana mereka teruja kerana menyangka anak yang bakal dilahirkan adalah seorang lelaki tetapi sebaliknya. Diana sering bermain bersama-sama anak-anak Ratu Elizabeth II dan baik dengan Putera Andrew kerana mereka hampir sebaya. Diana tidak cemerlang dalam pelajaran, tetapi beliau pandai bermain piano, berenang dan menari tarian ballet. Malah, beliau mahu menjadi penari ballet tetapi teroaksa melupakan hasrat itu apabila mendapati tingginya mencapai 6 kaki. Beliau tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana beliau merasakan beliau ditakdirkan untuk sesuatu yang istimewa.

Beliau bertemu dengan Putera Charles ketika putera raja itu dijemput oleh kakaknya, Sarah, yang ketika itu teman wanita Charles, ke rumah agam mereka, Althorp. Charles memandang Diana sebagai seorang yang menawan dan ceria. Hubungan Putera Charles dan Sarah terpaksa diputuskan apabila Sarah tidak mampu menghadapi asakan media dengan baik. Setelah beberapa siri teman wanita termasuk Camilla Parker-Bowles, Charles akhirnya memilih Diana yang dirasakan sesuai untuk dijadikan isteri disebabkan oleh latar belakangnya daripada golongan bangsawan selain masih dara. Keluarga Windsor juga merasakan Diana mampu memberikan nafas baru kepada institusi diraja. Perkahwinan Putera Charles dan Diana digelar oleh arbishop sebagai 'Fairytale Wedding'. Namun, terdapat perkara yang merisaukan Diana sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Diana sendiri buntu dan tidak pasti sama ada tunangnya ketika itu telah memutuskan hubungan dengan Camilla Parker-Bowles. Beliau terjumpa gelang yang mempunyai loket bertulis 'F&G' yang mahu diberikan Charles kepada seseorang. Apabila disiasat, barulah Diana tahu F&G bermaksud Fred and Gladys iaitu nama timangan Charles dan Camilla. Beliau hampir membatalkan perkahwinan itu namun kakaknya menyatakan ia adalah sesuatu yang mustahil kerana wajahnya dan Charles telah terpampang di tisu/kain lap. Ketika ditemubual setelah mengikat tali pertunangan, wartawan mengusik pasangan itu, "Semestinya kamu berdua sedang dalam percintaan."  Diana segera menjawab, "Sudah semestinya!" Charles pula membalas, "Apa sahajalah yang dimaksudkan dengan dalam percintaan." Diana menjadi bingung dengan jawapan Charles itu. Semasa berjalan ke altar, Diana terlihat Camilla yang menjadi tetamu dan berharap agar hubungan Camilla dan suaminya telah berakhir.

Puteri Diana telah melahirkan dua orang putera iaitu William dan Henry (Harry). Walaupun Diana mengatakan Charles mahukan bayi perempuan untuk anak yang kedua, namun Charles tetap menyayangi Harry. Perkahwinan mereka menjadi bermasalah kerana tiada persefahaman antara mereka kerana sikap mereka yang berbeza. Putera Charles dilihat sebagai seorang yang tidak memberi perhatian kepada Diana dan menyerahkan kepada pihak istana untuk memberi tunjuk ajar kepada Diana tentang tatacara sebagai seorang puteri. Charles sering sibuk dengan tugasnya sebagai seorang putera sehinggakan ketika William dimasukkan ke hospital akibat tercedera, Charles meninggalkan anaknya yang sedang dirawat. Hanya Diana yang setia menunggu sehingga rawatan terhadap William tamat. Dakwa Diana, Charles juga telah kembali menjalin hubungan cinta dengan kekasih lamanya, Camilla Parker-Bowles yang dianggap lebih memahami dan menyokong Charles walau apa keadaan sekalipun. Camilla juga mempunyai minat yang sama seperti Charles iaitu menunggang kuda, manakala Diana trauma untuk berbuat demikian kerana beliau pernah terjatuh ketika melakukan aktiviti itu. Diana juga mengatakan Charles mengabaikannya sebaik Harry dilahirkan kerana Charles telah menjalankan tanggungjawab sebagai perwaris takhta dengan memberi keluarga diraja itu perwaris. Kesan perkahwinannya yang tidak bahagia itu, Diana menghidap bulimia sehingga badannya menjadi kurus kering.

Diana yang sudah tidak tahan dengan layanan pihak istana terhadapnya yang bagai acuh tak acuh terhadap masalah rumahtangganya, memilih untuk memberitahu kisahnya kepada orang ramai.
Andrew Morton, seorang penulis British, menulis buku yang bertajuk, "Diana, Her True Story- In Her Own Words" mengatakan bahawa beliau mendapat lampu hijau oleh Diana untuk menulis buku tentang rahsia perkahwinannya dengan Charles.
Diana juga ditemuramah oleh Martin Bashir dalam program Panorama yang disiarkan oleh BBC. Di situ, Diana menceritakan segala rahsia perkahwinannya dengan Putera Charles menyebabkan rakyat di seluruh negara terkejut dengan pendedahan tersebut. Putera William yang ketika itu masih di sekolah rendah, menjadi malu dan marah terhadap ibunya kerana memberi tekanan kepadanya. William mengasingkan diri daripada Diana beberapa hari. Kata Diana, William patut mewarisi takhta setelah kemangkatan Ratu Elizabeth II kerana William lebih berkelayakan. Charles memberi temuramah balas dengan mendedahkan perkara yang terjadi dengannya dan Camilla. Charles mengaku yang beliau menjalin semula hubungan dengan kekasih lamanya itu namun beliau melakukan itu setelah perkahwinannya bersama Diana tidak dapat diselamatkan lagi. Rakaman perbualan telefon Charles-Camilla (Camilla's Gate) dalam keadaan mengghairahkan telah tersebar. Rakaman perbualan telefon antara Diana dan rakannya James Gilbey turut tersebar. Ratu Elizabeth II yang tidak mahu maruah keluarga diraja Britain itu tercemar dengan lebih teruk mengarahkan pasangan itu untuk bercerai. Majoriti rakyat Britain ketika itu memilih untuk bersimpati dengan Diana yang dianggap sebagai 'People's Princess' da ln 'Queen of Heart'. Sementara itu, Putera Charles dan Camilla mendapat kecaman yang hebat dan dibenci oleh rakyat Britain kerana dianggap telah menganiaya Rose of England itu.

Namun, benarkah Diana, Puteri Wales ini benar-benar teraniaya atau menganiaya?

1. Diana: Pembuli sejak kecil
Kegagalan perkahwinan bapa dan ibunya menyebabkan Diana dan adik-beradiknya menjadi tertekan. Beliau merindui ibunya yang telah keluar dari rumah Althorpe untuk mengikut kekasih baru. Dalam temubual bersama Peter Settelen, Diana sendiri mendedahkan yang beliau sengaja memasukkan jarum ke dalam sofa yang sering menjadi tempat duduk pembantu rumah. Diana juga mencampakkan baju pembantu rumah itu keluar. Beliau juga mengatakan yang beliau menampar pipi bapanya kerana tidak setuju dengan hubungan cinta Earl Spencer dan kekasih baru, Raine. Ramai petugas istana juga dipecat oleh Diana kerana tidak mengikut kehendaknya.


2. Perosak hubungan cinta/rumahtangga
Majoriti rakyat dunia menganggap Camilla telah merosakkan rumahtangga Charles dan Diana. Tetapi ramai yang terlupa bahawa hubungan cinta Charles dan Camilla telah terjalin sejak sekian lama. Namun, Camilla bukan calon isteri yang sesuai kerana beliau bukan anak dara ketika itu. Percintaan ini juga diketahui oleh Diana sebelum bertunang dengan Charles. Namun, beliau tetap meneruskan perkahwinan dengan Charles dan berharap agar satu hari nanti Charles akan mencintainya sebagai seorang isteri dan meluoakan Camilla.
Rasa tidak bahagia menyebabkan Diana mencari cinta di luar perkahwinan. Beliau mempunyai beberapa siri 'teman lelaki'.

i) Barry Mannakee
Mannakee adalah pengawal peribadi Diana. Diana berasa selamat dan bahagia apabila melihat Mannakee di sisinya. Mannakee telah berkahwin. Namun, ia tidak menghalang untuk Diana meluahkan bahawa beliau sanggup meninggalkan segala-galanya untuk mengikut Mannakee ke mana sahaja Mannakee pergi. Gosip perhubungan  ini diperkuat apabila pengawal Putera Charles terserempak dengan Diana dan Mannakee dalam keadaan yang mesra.

ii) James Gilbey
Gilbey adalah rakan Diana sejak remaja, dan mereka bertemu 2 tahun sebelum Diana berjumoa dengan Charles. Skandal Diana dengan Gilbey terbongkar apabila wartawan menemui pita rakaman perbualan telefon antara keduanya. Menerusi panggilan telefon yang dibuat pada malam Krismas 1989 itu, Diana meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Charles. Diana menggelar Gilbey sebagai Squidgy manakala Diana dipanggil Darley oleh Gilbey. Perbualan ini disalin dan diterbitkan oleh akhbar The Sun dan sesiapa sahaja boleh meminta The Sun untuk memutarkan perbualan yang telah ditapis.

iv) James Hewwitt
Diana berjumpa dengan Kapten Hewitt, yang bertugas dalam tentera British ketika kejohanan polo. Diana bercakap secara terbuka tentang perasaan cintanya kepada Hewitt dalam temubual bersama Panorama pada tahun 1995. Namun, Hewitt adalah seorang pencinta wanita. Beliau juga menjual cerita cintanya dengan Diana yang menyebabkan Diana rasa dikhianati.

iv) Oliver Hoare
Oliver Hoare adalah rakan kepada Putera Charles dan dari keluarga asal Perancis kaya yang terlibat dalam industri minyak. Beliau telah berkahwin dengan Diane de Waldner. Ketika dijemput ke Istana Kensington, Diana dan Hoare mengorat sesama sendiri sebelum kedatangan Putera Charles dan ibu kepada Ratu Elizabeth. Ura-ura skandal Diana dan Hoare dibuktikan dengan penemuan pengawal istana terhadap Hoare yang memasuki apartment Diana. Namun hubungan mereka terputus kerana Hoare tidak mahu menceraikan isterinya. Keadaan ini membuatkan Diana kecewa dan hilang arah dan menelefon Rumah Chelsea milik Hoare sebanyak 300 kali.

v) Will Carling
Carling merupakan seorang bintang ragbi pada zamannya dan dikatakan menjalin skandal dengan Diana setelah mereka bertemu di Kelab Chelsea Harbour ketika melakukan senaman. Carling menafikan khabar angin ini. Media melaporkan penceraian Carling dengan isterinya ketika itu adalah disebabkan gosipnya dengan Diana.

Pada tahun 1996, Putera Charles dan Diana bercerai. Pasca penceraiannya, Diana menjalin hubungan cinta bersama-sama Dr. Hasnat Khan, seorang pakar bedah jantung dan paru-paru namun beliau terpaksa memutuskan perhubungan tersebut kerana Khan tidak mahu ceritanya bersama Diana yang popular itu mengganggu kerjanya. Kemudian, Diana bercinta dengan Dodi al-Fayed, anak kepada pemilik Harrods, Mohammad al-Fayed yang menjemput Diana dan dua anaknya untuk bercuti di atas kapalnya di selatan Perancis. Percintaan mereka berakhir dengan tragis apabila kedua-duanya mati dalam kemalangan jalan raya ketika kereta mereka memecut laju untuk mengelak daripada dirakam oleh paparazi. Mereka dilaporkan sebelum itu makan di Ritz Hotel (kepunyaan al-Fayyed).

3. Diana: Tahu tapi tetap mahu
Sebelum berkahwin dengan Putera Charles, Diana telah diberi penerangan tentang tatacara, cabaran dan cara membawa diri sebagai seorang Puteri Wales dan isteri kepada perwaris takhta. Diana tahu bahawa Charles akan selalu sibuk menghadiri mesyuarat dan jamuan makan, namun beliau tetap mahukan perhatian daripada suaminya itu. Diana juga tahu tentang sikap keluarga diraja Windsor yang dingin namun beliau masih mahu menyertai keluarga tersebut. Diana tahu tentang peraturan keluarga diraja Windsor tetapi cuba untuk mengubahnya mengikut citarasa sendiri sehinggakan petugas istana buntu untuk melakukan tugas mereka. Semua ini diketahui Diana sebelum menjadi isteri Charles namun dek kerana dia telah memuja putera itu sejak zaman sekolah, beliau tetap setuju untuk berkahwin dengan perwaris takhta itu. Bahkan, rakan baik Diana mengatakan Diana akan balik semula ke pangkuan Charles jika dijemput semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian pulak kt lady diana ni..oh sheols kerabat jgk ke? pernah baca dorg sedara bau bau bacang gitoh..tp bethol ke sheols dibunuh sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:56 AM | Show all posts
Diana ni mmg betul punya fall in love dgn charles, tapi charles kahwin dgn dia pun sbb terdesak je pd pandangan aku. dia mmg cinta mati dgn camilla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnnaSendin at 10-9-2021 02:08 PM
edayildiz replied at 10-9-2021 03:00 AM
kesian pulak kt lady diana ni..oh sheols kerabat jgk ke? pernah baca dorg sedara bau bau bacang gito ...


Nasab sheols bersambung dengan Charles melalui King Charles II.

"Diana is descended from not one, but two illegitimate children of King Charles II of England: Henry Fitzroy and Charles Lennox, via two of her great-grandmothers, Adelaide Seymour and Rosalind Bingham."

Pasal sheols dibunuh atau memang eksiden, masih jadi misteri. Bapak Dodi yakin menghencap British Royal sebagai pembunuh deols. Ada catatan yang ditulis oleh Diana tentang plan Charles nak bunuh sheols tapi catatan tuew dikatakan palsu. Plus, Diana nieyh sejenis paranoid, sheols tertipu dengan Martin Bashir yang dakwa BRF pasang spy untuk intip segala pergerakan sheols, nak buat pakatan hancurkan sheols. Sebab tuew sheols setuju untuk ditemuramah oleh Bashir kerna sheols nak sokongan rokyat ketika tuew.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:27 PM | Show all posts
kucingitam replied at 10-9-2021 03:56 AM
Diana ni mmg betul punya fall in love dgn charles, tapi charles kahwin dgn dia pun sbb terdesak je p ...

itula..kesian diana ni..cantik menawan tp x bahagia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 10-9-2021 11:56 AM
Diana ni mmg betul punya fall in love dgn charles, tapi charles kahwin dgn dia pun sbb terdesak je p ...

Yes. Camilla memang cinta mati Charles, dan Camilla pun cinta mati dengan Charles. Nenek heols tau dan siap bagi Charles bercintan cintun di rumah sheols. Charles pun pilih untuk tinggal dekat dengan Camilla ketika heols baru kawen dengan Diana. Diana nieyh ibarat pembawa waris dan penyeri Windsor ajer. Tuew sebab bawak ke usia kertu pun masih kawen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2021 01:58 PM | Show all posts
kalau laki dia layan dia dgn baik, tkde la dia berskandal dgn lelaki lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:35 PM | Show all posts
I find the british royal family ni hypocrite. Bukan main tak boleh ni tak boleh tu
scandal merata alam.  Uncle Elizabeth tu abdicate sebab kawin janda. Abis tu Charles nanti?
Kaka masih simpan buku dan magazine banyak tentang lady Diana ni.  Unfortunate, sebab perkhawinan dia sudah diatur, untuk baik pulih rupa paras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 10-9-2021 02:35 PM
I find the british royal family ni hypocrite. Bukan main tak boleh ni tak boleh tu
scandal merata a ...

Yaa ampuun kaka kejam tapi memang kaka, brf slack part ropa paras. Dari moyang sampai ke charles and siblings, yang herloks sikit Andrew ajer. Sebab ittuew deols nak Diana, tanak Camilla.. DNA dah repair lepas tue, tambahan pulak William kawen dengan Kate. Lagilah herloks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 10-9-2021 01:58 PM
kalau laki dia layan dia dgn baik, tkde la dia berskandal dgn lelaki lain

Betul uols tapi royal nieyh memang cold dari dolu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Camila Charles cinta mati porever katenyerr. Then lady D pun rebel byk boipren. Kalau laki sheolls jaga elok, oke je kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Taniajingga replied at 10-9-2021 04:51 PM
Camila Charles cinta mati porever katenyerr. Then lady D pun rebel byk boipren. Kalau laki sheolls j ...


Tapi Diana pun satu. Dah tau Charles gilakan Camilla sedari dolu, sheols nak jugak masuk jarum. Kalau iols, sejak iols jumpa gelang F&G, memang iols dah kabur dari yestana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 08:04 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 10-9-2021 02:49 PM
Betul uols tapi royal nieyh memang cold dari dolu.

Mendiang Prince Philip paling cold uols. Kalau tak takkan derang buang mak dia dekat Asylum. Paduhal lahir di Buckingham Palace Princess Alice tu. Tengok Charles ada thaw sikit cold heols sebab kawin dengan Princess D yang riang ria. Tengok camner keluarga tu buang si Sarah Ferguson. Pada dasar hati theyols batu beku.  Apa lagi si Meghan yang ada darah "hitam".. lagi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 08:10 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 10-9-2021 07:32 PM
Tapi Diana pun satu. Dah tau Charles gilakan Camilla sedari dolu, sheols nak jugak masuk jarum.  ...

I think Diana memang cinta maut and dang naive in my opinion.  camilla pulak tu dah kawin, so dia anggap charles is over it. Lagipun everybody manouver  charles kawin dengan dia..I guess she was  swept off her feet by the most eligible bachelor on the planet at that time.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnnaSendin at 10-9-2021 08:22 PM
xAthenax replied at 10-9-2021 08:04 PM
Mendiang Prince Philip paling cold uols. Kalau tak takkan derang buang mak dia dekat Asylum. Paduh ...


Boley giler menantu2 yang masuk keluarga diraja nieyh. Dengan muka memasing stoned ajer, pastu memasing dah dilatih ikut rules. Pastu tak dapat jumpa pasangan memasing selalu. Perhatian pun kurang. Jadi anak deols pun gitulah. Prince Charles jadi sejuk beku pun sebab heols sedari dolu pun dilayan gitu. Bayangkan nak jumpa mak sendiri kena berbaris dengan pegawai2. Dah tu jumpa, salam dan queen pun berlalu pergi. Hugs pun tade. Nieyh Charles citer sendiri dekat Diana. Mak favours Andrew, bapak favoured Anne. Charles asyik kena hencap sebab heols kena betul jadi perwaris yang berkaliber. Tuew lah kot memberontak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 08:23 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 10-9-2021 08:19 PM
Boley giler menantu2 yang masuk keluarga diraja nieyh. Dengan muka memasing stoned ajer, pastu m ...

kan? royalty europe yang lain2  okay jah kaka tengok
British royal ni yang stoned semedang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 10-9-2021 08:10 PM
I think Diana memang cinta maut and dang naive in my opinion.  camilla pulak tu dah kawin, so dia  ...

She always adored Charles from her start to her end. Masa sheols dekat sekolah pun, sheols ada gambar Charles dekat loker. So sad. She wanted Charles but Charles has been in love with Camilla since they met. Even when she was asked by a friend (at that time she was dating Dodi), if Charles wants you back, will you accept? She said i will. Sedihkan? Sampai sheols meninggal, Charles tetap di hati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Camilla??? Even sheol time muda pun macam susu basi
Diana is/was forever the people's princess
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 09:31 PM | Show all posts
sampai sekarang iols rasa muka charles ni hodoh sangat tak tau lah kenapa...hitam kah hati meols?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Diana ni forever in my heart. Tak tau pasai apa, apa orang nak cakap, cakap lah I tetap crush dengan dia sejak I di primary school. Dia meninggal I sedih betul,,, sebab dok hostel tak boleh tengok live pengkebumian dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065194 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list