CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46909|Reply: 336

[Tempatan] Ada pangkat boleh masuk masjid tunai solat. #3, Masjid Putra mohon maaf isu vide

  [Copy link]
Post time 11-9-2021 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-9-2021 01:07 AM

Ada pangkat boleh masuk masjid tunai solat

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... masjid-tunai-solat/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
11 September 2021, 11:03 am


Tangkap layar video menunjukkan jemaah menunggu di luar pagar masjid sebelum mendapat kebenaran masuk untuk menunaikan solat Jumaat.

PETALING JAYA – “Ada ‘kabel’ dan pangkat baru boleh masuk masjid”

Itu keluhan yang dapat didengari dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu dipercayai dirakam semasa solat Jumaat semalam.

Menerusi rakaman video itu, sekumpulan lelaki dilihat dilarang memasuki kawasan sebuah masjid.

Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.

Permintaan mereka supaya dibenarkan masuk untuk menunaikan solat tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.

Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 12:08 PM | Show all posts
memang realiti..kenyataan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 12:14 PM | Show all posts
Masjid Putra mohon maaf isu video tular

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... af-isu-video-tular/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
11 September 2021, 11:56 am


Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pihak pengurusan Masjid Putra memohon maaf sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular kononnya timbul layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di masjid itu di sini semalam.

Menurutnya, segala tindakan oleh pihak pengurusan masjid semalam dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga tidak menafikan bahawa Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak pukul 11 pagi bagi menunaikan solat Jumaat dan pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihatkan jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, katanya, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Pihak kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi dan sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
First come serve laa. Tak kira ko vvip atau org biasa.

Wakil masjid pun tak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh netizen
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
takde bideo ke?
biasa letew jgn dengki ngn ongkaya hihi

smlm tgk kapel africa malaysia tnjk kt belah guinea perempuan sana solat jumaat jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:25 PM | Show all posts
mikasa replied at 11-9-2021 12:19 PM
First come serve laa. Tak kira ko vvip atau org biasa.

Wakil masjid pun tak menjawab persoalan ya ...

slot tetap untuk AJK  masjid tu mmg termasuk dalam SOP dah... sejak PKP 1,0 lagi ... mana2 masjid seluruh malaysia pun macam tu...  adapun peraturan siapa awal dia dapat tu atau ikut giliran dengan Kad itu diputuskan oleh pihak pengurusan masjid.  manakala slot khas untuk VIP tu yg tu kena check betul ke tidak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2021 12:33 PM | Show all posts
Menunggu penjelasan pihak2 berkenaan. Lately byk benda aku baca kat online buat aku bitter. Risau kadang-kadang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dia insan VVIP tu ha?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 12:38 PM | Show all posts
edayildiz replied at 11-9-2021 12:24 PM
takde bideo ke?
biasa letew jgn dengki ngn ongkaya hihi

Kat sejid UIA pun pompuan semeyang jemahat.aku rasa satu2nya masjid di Msia yg kasi pompuan solat.tp mmg x salah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak menjawap soalan yg dipertikaikan kenapa vvip datang lambat tp terus je boleh masuk n tutup pintu.
Patutnya ada limit time pukul brp patut sampai kalau tak sampai tempat diberikan pada yg menunggu di luar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:42 PM | Show all posts
Siap ler nak menjawab di alam sini dan di alam sana
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 11-9-2021 12:38 PM
Kat sejid UIA pun pompuan semeyang jemahat.aku rasa satu2nya masjid di Msia yg kasi pompuan solat. ...

ikut mazhab mana tu? tp x digalakkan rasanya kan..tp kalau join blh jer pahala kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 11-9-2021 12:42 PM
ikut mazhab mana tu? tp x digalakkan rasanya kan..tp kalau join blh jer pahala kan.

Ustad kata makruh je x haram
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 11-9-2021 12:42 PM
ikut mazhab mana tu? tp x digalakkan rasanya kan..tp kalau join blh jer pahala kan.

X pyh solat zohor dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 11-9-2021 12:44 PM
X pyh solat zohor dah

baikkk


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
“Pihak kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi dan sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya.


.....sejak bila solat kt masjid jd pelanggan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk kayangan sajo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xdibenarkan melimpah jemaah sampai ke luar ruang? Biar je lah. Kat balkoni kat depan tangga hatta sampai luar pagar pon asalkan ada penjarakan sosial. Tak boleh eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 11-9-2021 01:28 PM

SOP utk ajk masjid aje
Jemaah tetap tak termasuk dlm list ye
No such SOP utk jemaah tetap dpt reserved slot
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shysari replied at 11-9-2021 12:40 PM
Tak menjawap soalan yg dipertikaikan kenapa vvip datang lambat tp terus je boleh masuk n tutup pintu ...

Tu la yg diorg viralkan, klau dh cukup kuota knp benarkan vvvvip masuk lg...kata 1st come 1st serve?.  AJK masjid ni pun x ikut sop jg...vvvvvvvip ni ramai2 masuk menonong x de plk cek suhu, my sejahtera bagai ntah2 cucuk pun blm....

....yg x menahan  last sekali dpt masuk mcm dgr komen perakam tu si driver vvvvvvvip pun dpt masuk tp guard mesjid bukak pintu kecik...kariah yg dok nenunggu ramai2 melopong jer tengok. Tau la ko ajk masjid tp jadahnya ada double std.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.322759 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list