CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7493|Reply: 56

[Tempatan] Love Scam. Wanita, 37 tahun kenal jejaka melalui Linkedln. Kongsi pengalaman hid

   Close [Copy link]
Post time 14-9-2021 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Wanita rugi RM37,300 ditipu Love Scam
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap - September 14, 2021 @ 4:32pm

JEMPOL: Seorang wanita dari Bandar Seri Jempol di sini, kerugian RM37,330 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang lelaki dikenali menerusi laman Linkedln pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai ejen broker sebelum itu berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Ali Rahman di laman sosial berkenaan.

Katanya, selepas itu mangsa kerap berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan berkongsi pengalaman hidup serta isu berkaitan kejuruteraan.

"Pada 14 April lalu, suspek memberitahu mangsa mengenai bayaran baki akhir bagi kerja kontrak sebuah syarikat dari Turki berjumlah AS$850,000 dan kononnya meletakkan nama mangsa sebagai penerima manfaat.

"Suspek menyatakan bayaran akan dibuat melalui sebuah syarikat Unisys Security Agency Company dari United Kingdom dan meminta mangsa menghubungi ejen syarikat di negara itu bagi menuntut baki bayaran kontrak berkenaan.

"Selepas itu, mangsa dihubungi ejen syarikat terbabit dan meminta mangsa membuat sejumlah pembayaran termasuk bayaran insurans, duti setem Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa melakukan lapan transaksi pembayaran ke enam akaun berbeza berjumlah RM37,330.

Katanya, mangsa yang mengesyaki ditipu kemudian datang membuat laporan di Balai Polis Bahau selepas masih diminta membuat pembayaran tuntutan berkenaan.

"Semakan menerusi sistem rekod jenayah komersial mendapati akaun digunakan suspek ada rekod sejak Mei lalu bagi jenayah penipuan.

"Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua wanita perlukan kasih sayang lelaki.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:41 PM | Show all posts
baru berangan nak dapat jejaka idaman...
melepassss...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:47 PM | Show all posts
kena belajar dengan friska afrika cara mengurat jusa c minus
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..dah takdir
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-9-2021 05:47 PM
kena belajar dengan friska afrika cara mengurat jusa c minus

kakak cili catut lg nama kakak friska
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiyaiii oghang baru baru sorting ko ni.....g konal2 ngan oghang pasoh jolah....x pon jolobu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti org pompuan mmg byk duit drpd lelaki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 06:01 PM | Show all posts
Bila berurusan dengan kenamaan, or sesiapa saja yang nampak on fleek, jangan hilang jatidiri.
Diri kita lebih berharga, jangan sia2kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..mesti sedih sebab asyik2 dikecam andartu x laku...jd main sauk je la yg mana ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah borak2 pasal isu kejuruteraan ....kesian btul lah.....ramai je engineering graduate kat luar negara ni jobless....last2 jd scammer kelas atasan...siap gune LinkedIn....kot lah

Bg iols...eloklah kenal org yg depan mata yg mmg kite tau buruk baik busuk wangi nye.....org jejauh ni even bukan scammer pun kdg kite nampak wangi sbb x bau kentut die lg.
Kdg nmpk org tu nampak indah hasil delusi bayangan imej hasil ciptaan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Guccibamboo replied at 14-9-2021 06:24 PM
Dah borak2 pasal isu kejuruteraan ....kesian btul lah.....ramai je engineering graduate kat luar neg ...

Maybe ilusi di mata haters la..dimata org yang berkenan memang wangi seantero alam.

Iols belum menipu or kena tipu bab love2 ni. Bab bisnes mmg my weakness. Pro macamana pun..terkena jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 14-9-2021 06:34 PM
Maybe ilusi di mata haters la..dimata org yang berkenan memang wangi seantero alam.

Iols belum ...

Terkena dgn siape? , Byk x kene tipu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:38 PM | Show all posts
edayildiz replied at 14-9-2021 05:51 PM
kakak cili catut lg nama kakak friska

cautut kalau dalam bahasa melayu maksudnya isap paip, ice
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:42 PM | Show all posts
sape nk bg kat u 850K camtu je ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki memang akan gunakan alasan bisnes untuk scam pengusaha wanita. Tengok je DSV. Target biasa.

Pernah terkena few times dengan scammer sebab ghairah nak naikkan bisnes. Ada je yang gila macam dajjal taktau macamana mental masa tu tak kebal.

Ni zaman2 iols tak pandai report polis lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-9-2021 06:38 PM
cautut kalau dalam bahasa melayu maksudnya isap paip, ice

eh yela..baru tau..i google cautu keluar psl syabu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kes love scam tp masih ada yg bodoh lg..lebih baik duit tu sedekah kt anak yatim saja drpd bg free kt love scam
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 14-9-2021 05:38 PM
Semua wanita perlukan kasih sayang lelaki.....

Ada tak kes lelaki yang kena love scam??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah la utk mangsa…. Byk dh kes2 camni kenapa still lg senang2 percaya org yg tak dikenali.. yg tak pernah jumpa  depan mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075475 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list