CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 0

[Vehicles] PENGHANTARAN KENDERAAN KE SABAH SARAWAK CAJ MURAH

[Copy link]
Post time 14-9-2021 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nknrash at 15-9-2021 03:56 PM

Tahukah anda kos penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak kita boleh dapat serendah RM999?

Kepada yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia dan memiliki kenderaan, kini ingin membawa balik kenderaan tersebut ke Sabah atau Sarawak? Tentu ramai yang menghadapi masalah ini. Ramai juga yang membeli kenderaan di Semenanjung Malaysia dan menghantarnya ke Sabah atau Sarawak kerana harga kenderaan terpakai di Semenanjung jauh lebih rendah.

Persoalannya, bagaimana cara hantar kereta ke Sabah Sarawak?

Kali ini kami ingin kongsikan sedikit info cara dan harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak. Info ini juga mungkin berguna untuk tujuan yang sama iaitu pos kereta ke Semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak.

Senarai Harga Pos Kereta Ke Sabah Sarawak

Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika kita tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan / informasi yang cukup.

Ada yg tawarkan kos serendah RM999 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada juga yg tawarkan kos RM1800 walaupun jenis kenderaan dan destinasi yang sama.

Ini kerana harga pos kereta adalah berbeza mengikut jenis kenderaan, destinasi penghantaran dan agen perkapalan.

Pengguna yang bijak akan lebih cenderung untuk mencari informasi ini agar kenderaan tersayang sampai ke destinasi dengan selamat pada kos yang amat berpatutan.

Untuk kali ini kami kongsikan anggaran harga keseluruhan (all in) untuk urusan kirim kereta ke Sabah dan Sarawak. Kami telah membuat perbandingan harga dari dua buah syarikat RORO yg terkemuka di Malaysia iaitu Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dan Restu Ibu Services. Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat paling berpengalaman di Port Klang dan mempunyai jumlah penghantaran sebanyak 500-600 unit kenderaan setiap bulan.

Kos Penghantaran Kereta Ke Sabah

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia:

a. Passenger car (All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia etc)
* Kota Kinabalu – RM1300
* Lahad Datu – RM1800
* Tawau – RM2000
* Sandakan – RM1800
* Labuan – RM1750

b. Light Commercial Car (4×4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton etc)
* Kota Kinabalu – RM1400
* Lahad Datu – RM1900
* Tawau – RM2100
* Sandakan – RM1900
* Labuan – RM1850

c. Motorsikal – RM750 (Kota Kinabalu)

Kos Penghantaran Kereta Ke Sarawak

a. Passenger car (All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia etc)
* Kuching – RM1250
* Sibu – RM1850
* Bintulu – RM1900
* Miri – RM2000

b. Light Commercial Car (4×4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton etc)
* Kuching – RM1350
* Sibu – RM1950
* Bintulu – RM2000
* Miri – RM2100

c. Motorsikal – RM750 (Kuching)

Kategori perkhidmatan penghantaran kereta biasanya terbahagi kepada 4 seperti di bawah. Kategori yang anda pilih ini juga akan mempengaruhi harga.
* Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
* Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
* Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
* Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)

Kebiasannya kategori perkhidmatan yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah port to port kerana kosnya yang lebih murah.

Nota: Hasil pemerhatian kos terendah ialah RM999 iaitu dari syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.




Prosedur Pos Kereta:
Jadi, kalau hendak hantar kereta ke Sabah atau Sarawak bagaimana caranya?

1. Pilih agen perkapalan
Perkara pertama, anda perlu memilih agen perkapalan yang berpengalaman, mempunyai pejabat, staff professional dan berdaftar dengan SSM dalam perkhidmatan penghantaran kenderaan RORO. Kaji harga dan kekuatan sesebuah syarikat.

Dapatkan jadual kapal, tarikh kenderaan perlu diserah dan kos penghantaran dari agen perkapalan untuk kemudahan kita merancang.

Nota: Antara syarikat terawal dalam bidang penghantaran kenderaan dan mempunyai infrastruktur logistik dan kemudahan ialah Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dan Restu Ibu Services.




2. Dokumentasi dan kewangan
Anda perlu sediakan beberapa dokumen kenderaan yang hendak anda hantar seperti salinan kad pengenalan pemilik, salinan kenderaan kad pemilikan kereta dan surat kebenaran dari bank jika kenderaan yang masih ada baki pinjaman bank. Pastikan dokumen- dokumen ini discan dengan jelas dan diemail / whatsapp kepada syarikat perkapalan.

Selain itu juga anda perlu sediakan wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan mereka. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum kapal berlayar.

3. Servis tambahan
Terdapat agen perkapalan yang sentiasa meningkatkan servis perkhidmatan mereka. Ada syarikat menawarkan polisi insurans marin dalam melindungi kenderaan kesayangan pelanggan-pelanggannya.

Insurans marin ia adalah perlindungan tambahan kenderaan sepanjang perlayaran kapal sehingga kapal sampai ke pelabuhan destinasi. Tuntutan ganti rugi boleh dibuat jika berlaku perlanggaran kapal atau kapal tenggelam.

Pengguna perlu berhati-hati ada syarikat yang memaklumkan insurans dibuat secara berkelompok dan akhirnya bila berlaku kemalangan anda akan berputih mata.

Insurans marin yang sah MESTI mempunyai polisi insurans lengkap nombor pendaftaran kenderaan dan didokumentasi (duti stem).

Nota: Hasil pemerhatian kami hanya sebuah syarikat RORO yang berdaftar sebagai wakil insurans bertauliah iaitu anak syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd (Ventura Agency).




Muatan dalam Kenderaan

Barang atau muatan dalam kenderaan adalah DILARANG sama sekali kepada semua pelanggan. Namun atas permintaan pelanggan pihak agen perkapalan memberi keizinan dengan syarat pelanggan TIDAK BOLEH membuat sebarang tuntutan atau ganti rugi JIKA berlaku kerosakan atau kehilangan barang atau muatan tersebut.

Tiada kos tambahan dikenakan sekiranya tuan/puan ingin membawa muatan barang di dalam kenderaan yang ingin dihantar. Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd ada kongsikan beberapa tips kepada pelanggan-pelanggannya yang ingin membawa muatan di dalam kenderaan masing-masing.

Syarat-syarat meletakkan muatan barang dalam kenderaan adalah seperti berikut:
* Muatan barang tidak mengandungi bahan beracun atau toksik.
* Barang berharga seperti Kad kredit, kad debit, kad Touch n Go, Smart Tag, telefon pintar, laptop atau wang tidak dibenarkan sama sekali.
* Makanan mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak dibenarkan.
* Haiwan hidup atau haiwan ternakan juga dilarang.
* Muatan barang mestilah TIDAK menyalahi undang-undang.
* Muatan barang mestilah TIDAK berbahaya (bahan api atau mercun) dan berisiko.
* Dokumen penting seperti sijil- sijil, kad pengenalan atau passport tidak dibenarkan.
* Muatan barang BOLEH memenuhi ruang tempat duduk belakang dan bonet belakang.
* Tidak dibenarkan untuk membawa muatan barang terlalu banyak sehingga melebihi paras cermin dan mengganggu pemanduan.
* Sekiranya kenderaan tuan/puan dipasang aksesori yang mahal seperti power am, pre amp, tweeter, sila buka dan simpan dahulu didalam kotak bagi mengelakkan daripada berlakunya kehilangan.
* Semua barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, oven dan lain-lain tidak dibenarkan.
* Barangan peribadi mestilah diletakkan atau dimasukkan ke dalam kotak atau beg dengan berat barangan tidak melebihi dari 10 kg bagi setiap kotak/bag

Maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua di luar sana . Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda.









Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari official website Ventura Trans & Agency dengan mengelik link yang tertera di bawah
Link Website Ventura Trans & Service

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline Number yang tertera dibawah
0103851177

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.099167 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list