CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6610|Reply: 34

[Tempatan] Cameron Highlands : Rumah ranap, warga emas dipercayai maut tertimbus tanah runt

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 16-9-2021 10:30 PM

Cameron Highlands: Seorang tertimbus dan seorang cedera, manakala dua lagi selamat selepas kediaman keluarga mereka di Sungai Palas berdekatan jalan utama Brinchang, di sini, ditimpa tanah runtuh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, wanita warga emas berusia 59 tahun yang tertimbus tanah runtuh itu dipercayai meninggal dunia.

Difahamkan, hujan lebat dua jam sebelum kejadian itu mencetuskan pergerakan tanah di kawasan kediaman mengakibatkan rumah roboh dan tertimbus tanah runtuh.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, ketika kejadian empat sekeluarga berada dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, wanita warga emas berkenaan terperangkap dalam runtuhan itu dan tertimbus tanah dengan anggaran kedalaman satu meter.

Katanya anak perempuannya berusia 29 tahun tercedera, manakala suami anak perempuannya itu dan cucu perempuan berjaya menyelamatkan diri.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 3.30 petang dan mendapati sebuah rumah kebun runtuh.

"Kami melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas itu di kawasan runtuhan terbabit sebelum ditemukan pada 5.41 petang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro masih menunggu maklumat lanjut, termasuk perincian mengenai identiti mangsa daripada polis berhubung kejadian tanah runtuh itu.

Disiarkan pada: September 16, 2021 @ 8:30pm


Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/755753/rumah-ranap-warga-emas-dipercayai-maut-tertimbus-tanah-runtuh-metrotv

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya penduduk2 yang terjejas..takziah biat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 10:45 PM | Show all posts
takziah pd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah……. Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah..semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak dapat nak tahan marah tiap kali ada berita tanah runtuh kat CH.

Greed causing all this
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah diucapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu kesiannye tertimbus 1meter...lemas...salam takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru je cakap tak bahaya ke g CH musim2 skrg ni takut tanak runtuh sekali kuar berita nih.

Skrg ni mcm musim tanah runtuh plak sblm ni kat sabah n kat petaling jaya kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-9-2021 02:31 AM
Iols baru je cakap tak bahaya ke g CH musim2 skrg ni takut tanak runtuh sekali kuar berita nih.

S ...

Betul cuols… tahun ni mcm setiap minggu je ada hujan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepda kluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokey2 sedap bukak tanah haram, kesan kena pada org kampung, sampai maut. Tido ke apa state govt ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
royaldanish replied at 17-9-2021 10:43 AM
Betul cuols… tahun ni mcm setiap minggu je ada hujan

Kt ch ke?
Kalau kt kl ni start bulan ni baru kerap hujan...bulan2 sblm ni berminggu2 tak hujan sampai boleh perah lah rambut ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah pd keluarga yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 17-9-2021 11:21 AM
Tokey2 sedap bukak tanah haram, kesan kena pada org kampung, sampai maut. Tido ke apa state govt ni

state gomen boksit kan...kalo dah boksit tu, apa nak diherankan
gitu jeee leee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 11:50 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Takziah buat keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:56 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau.  Bila tiba musim hujan mulalah mereka yang tinggal dikawasan tanah tinggi risau bimbang berlakunya kejadian tanah runtuh macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Takziah buat keluarga mangsa.
Sungai palas ni ke yang tahun lepas2 runtuh jugak tu??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.717782 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list