View: 6672|Reply: 51
|
[Tempatan]
Tak malu ke orang cina lagi pandai JAWI dari orang melayu?
[Copy link]
|
|
'Orang muda dah tak reti tulis Jawi'
Kuah Leong Chuan, menulis nama dengan tulisan Jawi di atas batu nisan. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah tidak kenal akan tulisan Jawi," kata seorang pengukir batu nisan berketurunan Cina.
Kuah Leong Chuan, 65, yang memiliki pengalaman lebih 40 tahun mengukir batu nisan granit menggunakan tangan, meluahkan rasa kekesalan itu kerana tulisan Jawi yang dahulunya menjadi tulisan rasmi negara mungkin akan hilang begitu sahaja.
"Sepatutnya ada orang atau pihak yang meneruskan tulisan Jawi ini. Dahulu ada orang minat Jawi, tahu baca. Sekarang kena sambung (perkasakan lagi) sebab ini bahasa kita.
Tidak boleh tinggal begitu sahaja. Ini tulisan kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui di bengkelnya di sekitar pekan lama Kuala Selangor berhampiran Bukit Melawati.
Jelasnya kemahiran menguasai tulisan Jawi oleh semua kaum di Malaysia bukan satu kerugian malah menjadi kelebihan bagi setiap rakyat, untuk mengekalkan identiti sebagai orang Malaysia.
Kuah berkata, beliau sebelum ini mempelajari tulisan Jawi daripada ayahnya dan pelanggan yang datang bagi mendapatkan khidmat mengukir batu nisan sejak beliau berumur awal 20-an.
Kuah Leong Chuan, 65, memecahkan batu granit.
Namun, katanya, minat yang mendalam untuk mempelajari tulisan berkenaan perlu ada, khususnya bagi golongan muda kerana ia kini bukanlah tulisan yang digunakan dalam urusan harian seperti dahulu.
Dalam pada itu, Kuah yang merupakan generasi kelima keluarganya yang mempunyai kemahiran mengukir itu, sehingga kini masih aktif dan kuat dalam meneruskan warisan nenek moyangnya melahirkan kegusaran, sekiranya kemahiran tersebut tidak dapat diwariskan kepada anaknya.
"Anak pun tidak yang minat (kemahiran mengukir). Saya suruh belajar tulisan Jawi sahaja cukuplah. Budak sekarang mana minat, jadi pendekatan saya adalah jika tiada minat jangan paksa," katanya.
Mengenai perniagaan yang diusahakan beliau, Kuah berkata, sepasang batu nisan granit setinggi dua kaki boleh disiapkan kira-kira tiga hari bermula dari proses memotong batu hinggalah proses terakhir, iaitu mengukir serta memahat maklumat di atas batu nisan menggunakan tulisan Jawi.
Menurut Kuah, batu granit tersebut dipotong dengan alat bermata 'berlian' iaitu sejenis mata khas untuk memotong batu yang sangat keras dengan setiap harga batu nisan bergantung atas saiz permintaan pelanggan.
Di samping membuat batu nisan bagi orang Islam, beliau turut mengambil upah mengukir batu nisan bagi agama lain dan juga lesung batu atau batu giling, sekiranya ada yang menginginkan hasil tangan daripada beliau.
Kuah Leong Chuan, 65, membawa batu nisan yang telah siap dengan tulisan Jawi untuk disimpan sebelum diserahkan kepada pelanggannya. FOTO BERNAMA
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Warga emas cina mmg la pandai. Yang generasi baru, manakan nak belajar...pandang pun tidak |
|
|
|
|
|
|
|
i tak malu sebab i pandai baca dan tulis jawi.
Anak2 i seawal umur 7 tahun dah pandai menulis dan membaca jawi…. i tak ajar pun, depa tetiba pandai.
Kalau sembang warga emas seusia tahun merdeka Msia, malas nak kagum tapi kalau warga strawberry, ye boleh la nak kagum. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg hendak diherankan - dia belajar maka pandailah dia/
ramai juga melayu pandai tulis Jepun Rusia hindi Frence Arab
\tak hebuh pun
|
|
|
|
|
|
|
|
tak malu sebab memang pandai baca dan tulis jawi
cina banana pon ramai ada depa malu? takdeeee bangga lagi ada |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dah pernah ada je cerita mengenainya satu ketika dulu |
|
|
|
|
|
|
|
tak malu ke bangla pakistan lebih fasih cakap bahasa melayu walau baru 6 bulan kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 17-9-2021 11:33 AM
i tak malu sebab i pandai baca dan tulis jawi.
Anak2 i seawal umur 7 tahun dah pandai menulis dan m ...
pandai la sangat...
lain dieja lain dibaca...
[youtube]MVTMOyAiJx8[/youtube]
kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya !!!
actually baik je belajar jawi
sebab okay je pun , kan?
tak perlu nak berbantah over the top bagai , bila nak belajar jawi pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi nak tanya apek ni pandai baca statistik tak biostats ke ape ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Apek tau cara2 tayammum tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku vote tak malau.ape nak heran berjuta org melayau pandai tulis jawi berbanding sorang dua apek jah |
|
|
|
|
|
|
|
DAP pun dah pandai JAWI walaupun tolak JAWI |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur aku pandai tulis n baca jawi |
|
|
|
|
|
|
|
Anak raja mana? Cakap apa ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
xmalu langsung..i pandai jah baca jawi..belajar kt sekolah agaknya..xingt pun ada belajar tak tp boleh jah nk baca..tulis nama sndiri..
belajar kt kls fardu ain dulu kot agaknya khenzz..tp byk2 bhs..bhs arab susah..bg i le |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aku pandai
so takde la malu |
|
|
|
|
|
|
| |
|