CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19822|Reply: 95

Adehh lawak la dia ni, Nourul Depp tak sampai2 pun ke Bali

  [Copy link]
Post time 17-9-2021 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Nourul Depp, keluarga kini tunggu tarikh terbang ke Bali


NOURUL bersama suami dan anak-anak.

Kuala Lumpur: Penyanyi Nourul Depp, 42, memanjatkan kesyukuran dan lega diberitahu Indonesia sudah membenarkan kemasukan ke sana selepas hasrat keluarganya berpindah ke Bali pada Julai lalu terbantut.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mengakui rasa tidak keruan selama lebih sebulan akibat masih terkandas dalam negara kerana Indonesia menutup sempadan susulan situasi pandemik Covid-19 tambah membimbangkan.

"Alhamdulillah, dalam sehari dua lagi kami akhirnya dapat pindah ke sana (Bali). Kami diberitahu, kerajaan Indonesia sudah membuka semula kemasukan tapi masih menunggu tarikh untuk terbang.

"Difahamkan, mereka juga sedang mempersiapkan sistem keselamatan di lapangan terbang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Baguslah kerana mereka betul-betul menitikberatkan aspek itu.

"Semestinya, saya lega dan gembira sebab sudah boleh masuk mengikut visa kami. Lebih sebulan kami tertunggu-tunggu tanpa sebarang kepastian, memang tak keruanlah jadinya," katanya.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu mendedahkan, mereka sekeluarga terpaksa bersabar dan berdoa selama lebih sebulan ini agar urusan perpindahan ke sana dipermudahkan.

"Sepanjang menunggu dari 22 Julai lalu, setiap minggu rasa berdebar sampai rasa tertekan juga. Ramai yang nak masuk sebab berpindah dan bekerja, terkandas.

"Walaupun emosi agak terganggu juga sebab banyak hal tergendala, kami cuma tawakal dan tabahkan hati. Kami fikir mungkin Allah memang nak selamatkan kami daripada wabak ini," katanya.

Dalam pada itu, Nourul mengakui agak gementar untuk mula berkelana di negara orang. Namun baginya, pengembaraan itu pasti mengujakan kerana dia sendiri ingin cuba angin berbeza di tempat baharu.

"Gementar campur teruja apabila memikirkan untuk sesuaikan diri di tempat orang. Apapun, saya 'go with the flow' saja dan jadi diri-sendiri di sana nanti," katanya.

Pada Jun lalu, Nourul memaklumkan mereka sekeluarga bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian.

Dia dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 11:08 AM | Show all posts
dia punya sembang nk pindah2 sampai ke sudah x pindah2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii batak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr gebang punyer lama
Lana kenzi senyap2 da blepas ker yuessey
Ko tetapler bergebang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:45 AM | Show all posts
Pindah ni kan personal. Patut simpan ja.
Dah settle down kot nak cerita terpulang.
Lain orang lain cara gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lana nordin pun dh selamat smpi US
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2021 11:55 AM | Show all posts
elok la kembali ke tanah leluhur
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la achik. Dah sampai epot bali baru la sembang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la cakap penang pun muka tetap hazab dan jongos tak macam orang sini. Rupanya tanah asal di leluhur pulau hindu. Nak minta Depp tolong doakan di pura bali supaya covid reda dan seluruh ekonomi kembali ke era sebelum covid.

Nanti kalau open order babi golek atau rattan bag pape roger iols tau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jage2....kat sna bule hunter bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Errrrr..canang nk pindah tp bilanya? Org yg x kecoh2 da slmt fly pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
laaaa tak pergi lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:01 PM | Show all posts
bali je pun.. pindah la switzerland ke, austria ke, yang pemandangan cantik2 baru bleh bangga
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat bali, indon je pon. Apekeheinya tak pindah2 lagi. Lembab betul. Selamat la nak uruskan imigrasi pindah sana. Sediakan duit banyak nak rasuah bapak2 sana bangga sangat dengan indon kan puihhh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 04:49 PM | Show all posts
KARI POLEY btul la
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 05:11 PM | Show all posts
Ya ampun masih lagi di bumi Malaysia ke? Ingatkan dah pindah Nali sejak zaman tok Adam fok parpu nak pindah nak pindah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:20 PM | Show all posts
tak pindah lagii keeee. lamanya . tak jumpa rumah lagi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo. Ko pindah diam2 sudahlah. Semak! Sampai sudah tak pindah2, sembangggg
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dpermudahkn urusan acik nurul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.083520 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list