CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21478|Reply: 148

Nourul akhirnya terbang ke Bali, selepas beberapa benang dibuka...

  [Copy link]
Post time 20-9-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode

Nourul mengambil keputusan berpindah ke Bali demi pendidikan anak-anak.
Nourul akhirnya terbang ke Bali

PETALING JAYA – Hampir dua bulan menunggu, Nourul Depp akhirnya ‘terbang’ ke Bali, Indonesia bagi memulakan kehidupan baharu bersama keluarga seperti yang dirancang sejak lalu tahun lalu.

Penyanyi itu kini dalam penerbangan ke pulau peranginan berkenaan selepas mengambil keputusan berpindah demi pendidikan anak-anak.

“Hari ini adalah harinya. Alhamdulillah, selamat ‘check-in’. Terima kasih kepada yang mendoakan. Bukan mudah berjalan dengan anak kecil, tetapi Allah mempermudahkan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan lapangan terbang dan imigresen. Sayang anda semua,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam perkongsian itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, memuat naik video detik menunggu penerbangan bersama keluarga.

Perpindahan ke kediaman baharu bersama suaminya, Eric Daniel itu disertai tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Manakala anak sulung hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah, 23, tidak ikut serta sebaliknya menguruskan operasi perniagaan Diva Kurus di tanah air.

Terdahulu, pelantun lagu Kerana Terluka itu memaklumkan penghijrahan yang sepatutnya dibuat tahun lalu tergendala disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Dia dan Eric yang mengendalikan bisnes makanan kesihatan terkemuka nekad memilih pulau berkenaan bersandarkan masa depan serta prospek pendidikan anak mereka.

Malah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2012 itu sudah mendaftar di sebuah sekolah berkonsepkan kemahiran sejak awal tahun.

Pada masa sama, Nourul mengakui suaminya mahu berhijrah ke destinasi terkenal itu kerana pernah menetap selama dua tahun di sana.

Sebelum itu, dia pernah menyuarakan rasa sedih apabila keputusan untuk berhijrah mendapat kecaman teruk daripada netizen. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hijrah ke sana, buka restoran halal. Situ susah nak cari restoran halal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:10 AM | Show all posts
mereka jual Herbalife...bagi sihat ...bukan restoren bagi makan kenyang....suka tgk anak anak laki dia..lasak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayu tu buat apa sekarang selain bisnes? Dulu wartawan kata bijak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:57 AM | Show all posts
Penyanyi itu kini dalam penerbangan ke pulau peranginan berkenaan selepas mengambil keputusan berpindah demi pendidikan anak-anak.


Maksudnye ape ye? Bukan nk hentam.
Just curious.

And, Nurul(ejaan lama)/Nourul(nama glamour)/Noorul(nama sebenar), semoga dapat apa yang dicari di sana. Jgn bila kat sana, banding2 kan pula dengan di sini. Mcm sejenis manusia yang ada kat Aussie tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
fry replied at 20-9-2021 08:10 AM
mereka jual Herbalife...bagi sihat ...bukan restoren bagi makan kenyang....suka tgk anak anak laki d ...

Anak anak dia nampak bijak semua.... yang ni iolls tabik dgn Nurul ni, pandai jaga anak (dari segi membijakkan anak anak)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 20-9-2021 08:57 AM
Maksudnye ape ye? Bukan nk hentam.
Just curious.


Perangdina ke hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:05 AM | Show all posts
Education dekat Bali memang bagus ke? Senang nya nak migrate ke Indonesia, macam tak ada strict requirements macam kat sini, sini nak hire expats for 3 years contract pun have to go through lengthy procedure.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Expat mcm mana chuols? Bangla kait buah sawit ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:07 AM | Show all posts
Knowlee replied at 20-9-2021 08:05 AM
Hijrah ke sana, buka restoran halal. Situ susah nak cari restoran halal kan?

mmg susah, area tertentu je ada makanan halal
pegi tempat area tarian kecak tu langsung tkde
aku melayan wong solo je berhari2. mujur ada cawangan kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 20-9-2021 10:07 AM
mmg susah, area tertentu je ada makanan halal
pegi tempat area tarian kecak tu langsung tkde
aku ...

I tak pernah pegi sana lagi. Cuma dengar saja drpd cerita org yg pernah pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Letop ke sek sana? Napa x pindah france
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:18 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-9-2021 08:57 AM
Maksudnye ape ye? Bukan nk hentam.
Just curious.

dia kata kt sana ada sek berasaskan kemahiran bukan semata2 akademik shj
dia dh buat kajian la tu
lagipun lakinya dulu penah dok bali. sbb tu agaknya laki dia nampak peluang pendidikan tu lagi baik
tapi mmg pun skrg ni yg ada kemahiran lg senang dpt keje berbanding yg ada sijil akademik
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 20-9-2021 10:07 AM
mmg susah, area tertentu je ada makanan halal
pegi tempat area tarian kecak tu langsung tkde
aku ...

Betul, susah jgk restoren sana byk jual babi, kena cari resto nasi padang atau kt mall je
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:26 AM | Show all posts
anak dia skolah kat Green School Bali kah,
skolah anak orang ado2 dia bali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sana kos hidup rendah. Bukan education kot punca theyols migrate. Plus scenery sana cantik & tenang je.

Alhamdulilah norul akan selamat migrasi ke kepulauan hindu leluhur sheols. Jangan lupa berdoa hari2 di pura untuk minta covid19 ni reda.

Kalau ada open order rattan beg, patung nonek kayu atau babi golek dan satay babi boleh try open order dekat forumer2 mana tahu ada yang berminat. Dapat la jugak komisyen ala2 jual cyster herbalife.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:30 AM | Show all posts
Anak-anak dia masuk Green School ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:34 AM | Show all posts
"Berpindah demi pendidikan anak-anak"

Baguslah kalau itu tujuan dia ke sana ...

Sama mcm Edry sanggup berpindah demi his austistic son
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:54 AM | Show all posts
aku suka tengok family nurul ni... cara dia layan anak2.. hubungan dia ngan makpak  mertua dia yg hanya tau french tp dia dgn selamber bantai cakap utagha dengan dorang... husband dia pun sempoi..  memang elok hajat dia berpindah demi masa depan anak2 (mcm Edry kru dulu)... memang di masa depan ni rasanya kemahiran & akademik memang kena seiring... skrg ni pun akademik menggunung tinggi tapi kemahiran takder payah nak cari kerja dah.... rata2 majikan nakkan kemahiran... semoga Nurul & family aman2 saja di sana.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073357 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list