View: 67402|Reply: 437
|
Anak Ozlynn-Johan ke Ireland, bakal doktor
[Copy link]
|
|
ANAK pasangan Ozlyn dan Johan, Ariq kini menyambung pengajian dalam perubatan di Ireland.
Anak Ozlynn-Johan ke Ireland, bakal doktor
PETALING JAYA – Gembira dalam sayu. Itulah yang perasaan yang dilalui pasangan selebriti, Ozlynn Waty dan Johan apabila anak sulung mereka, Ahmad Ariq Hanania berlepas ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di sebuah universiti di sana Ahad lalu.
Meluahkan kerinduan terhadao si teruna berusia 18 tahun itu, Ozlynn berkongi momen manis mereka sekeluarga sebelum Ariq meninggalkan tanah air.
“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkan urusannya, tenangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya menempuh ujian-Mu, berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang Kau berikan. Amin.
“Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama takkan pernah berhenti selagi bernyawa. Kami sayang kamu Ariq Hanania,” kata pelakon itu.
Menerusi hantaran sama, Johan dilihat bergurau sambil mendukung anak lelakinya itu, manakala anak-anak lain turut meminta bapa mereka berbuat perkara sama.
“Anak siapa ni? Tak malu dah besar panjang minta dukung, minta suap makan, minta korekkan telinga, potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh buka pintu, selamba dia buka.
“Tidur bawah ketiak papa lagi, kadang-kadang minta papa buatkan susu sebelum tidur. Ada ke yang macam dia? Tapi itu masa manja, masa mengaji tak dapatlah bermanja macam tu,” kata Ozlynn lagi.
Biarpun sering bergurau senda dan memanjakan anak, Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim sangat tegas dalam mendidik ke semua cahaya mata mereka terutama Ariq selaku anak sulung.
“Tapak kaki dia masih kena libas kalau buat salah, menyakat adik, adik melalak (menangis), semua kena libas.
“Masih baby di mata papa dan mama. Sekarang baby besar ni dah mula berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua sudah tiada siapa nak suapkan,” tambah Ozlynn.
Selain Ariq, rumah tangga mereka diserikan lima lagi permata hati iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru dilahirkan.
Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 39, kini masih dalam pantang selepas melahirkan anak ke enam pada 3 September lalu.
Nyata, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti turut merasa syahdu dengan coretan tersebut selain menzahirkan ucapan tahniah kepada Ariq yang bakal menempuh fasa mencabar untuk bergelar doktor.
Sebelum ini ramai menjadikan Ozlynn dan Johan sebagai ibu bapa contoh yang mengutamakan pendidikan seimbang kepada anak mereka malah turut mengajar mengaji sendiri di rumah. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk ank ozlynn-johan? bukan ank ozlyn-xxxxx ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Curious ni. Sponsorship gomen ke company?
Congrats boy. Ireland tuuu.
By the way, kenapa nama dia tak guna Lim juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya Ireland..
Semoga dipermudahkan
Jadi doktor bertauliah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut baka bapa ex datuk FK..atok dia doktor juga kann..bolehlah Fk claim anak ni balik |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira pengajian bayar sendiri ke eh.. kaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh ireland.! Gudluck ariq.! Study baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.
Rezeki mereka dpt anak bijak.
Harap nanti balik Malaysia jadi Doctor dan menyumbang jasa utk rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
So anak2 dorang lain ada nama Lim ke?
Kalau semua ada kecuali dia, hmmm paham2 sendiri laa. Jgn pening2 kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
dah berjaya jd doktor pakar sok mesti ada org dtg nak claim balik budak ni
gaji doktor pakar ratus2 ribu sebulan ya kalo di private |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia ni ada iras bapa sebenar x? mcm sebijik muka Ozlin |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la... kita pun move on la sama2 ozlynn n johan... dah xxx pun tanak ngaku...0 |
|
|
|
|
|
|
|
antara anaak selebriti yg BERJAYA? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 21-9-2021 08:14 AM
dah berjaya jd doktor pakar sok mesti ada org dtg nak claim balik budak ni
gaji doktor pakar ratus2 ...
Kalau Tak malu,mau dia claim gak tu.hahaha.
Ada ai baca kat fb,sorang ni post dia ckp ozlyn Kawin Johan baru 12 tahun,mana dtg yg sulung ni.
So ada la yg komen2 ckp diaorg dah kawin rahsia awal sebelum Johan glamer. Senyum jahhh ai.
Ada jgk yg ckp anak dgn si dia tu,tapi ada yg reply kelakar.mustahil. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..
Moga berjaya dunia dan akhirat
Dan jadi kebanggaan mama dan papa awak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape nama nuniversiti nya? 18 tahun. Baru lepas SPM kan?
#biarbetul
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya dengan cemerlang Ahmad Ariq.. jaga diri baik baik kat negeri orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang cina mak johan kan? bukan bapak..
mungkin anak anak dah 1/4 cina, dia merasa tak perlu letak nama Lim tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegi sana buat A level dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|