CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11253|Reply: 101

[Tempatan] Shopping mall coklat,Haji Ismail Group sasar kembali 5,000 pengunjung Langkawi s

  [Copy link]
Post time 21-9-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Haji Ismail Group sasar kembali 5,000 pengunjung sehari

LANGKAWI – Kompleks beli-belah produk coklat popular, Haji Ismail Group (HIG) di sini menyasarkan kehadiran semula seramai 5,000 pengunjung sehari dalam tempoh dua minggu akan datang

Pengurusnya, Mahmuzi Osman berkata, sasaran itu berdasarkan kehadiran kira-kira 1, 000 pengunjung pada hari pertama pulau peranginan itu dibuka sempena projek rintis gelembung pelancongan pada 16 September lalu.
Beliau berkata, jumlah pengunjung terus meningkat secara berganda sehari kemudian dan trend itu dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini.

“Sempena gelembung pelancongan, pelancong semakin ramai masuk dan HIB mula diserbu pengunjung seperti bulan November dan Disember tahun lalu.

Kami menjangkakan, jumlah pengunjung akan bertambah lagi terutama pada hujung minggu dan menjangkakan jumlah jualan akan naik melebihi 50 peratus

Ini kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jualan HIG jatuh merudum sehingga 60 peratus. Namun sejak Langkawi dibuka semula, jualan mula naik semula.

“Malah jumlah pengunjung tidak putus-putus walaupun operasi kami bermula 8 pagi hingga 8 malam dan belum lagi dilanjutkan hingga 10 malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang membolehkan harga barang-barang d isini jauh lebih murah dibandingkan harga barang di luar sana.
Salah satu tempat pusat membeli-belah yang menjadi kemestian pelancongan adalah HIG yang merupakan syarikat perniagaan Bumiputera dengan menawarkan barangan yang diimport pada harga murah seperti pinggang mangkuk, kelengkapan dapur, coklat, bagasi, batik, kain pelikat dan sebagainya.

Mengulas lanjut, Mahmuzi mengucap terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang membuka semula sektor pelancongan di Langkawi kepada pelancong yang dianggap mampu mengatasi kelesuan industri berkenaan sebelum ini.

Ini kerana katanya, kebanyakan sektor pelancongan di pulau lagenda itu lumpuh akibat pelaksanaan PKP ekoran penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

“Saya mengalu-alukan keputusan tersebut kerana ia bakal merancakkan kembali perniagaan dan industri pelancongan di pulau tersebut.

“Saya mengucap terima kasih kepada kerajaan kerana memilih Langkawi sebagai pulau yang pertama dibuka program gelembung pelancongan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pelancong sama ada individu atau keluarga yang ingin melancong ke Langkawi, menjadi pelancong yang bertanggunjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana ia bakal menentukan nasib sektor pelancongan negara. MG

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 07:57 AM | Show all posts
Bestnye dpt berholiday dan bershopping….iols suka coklat…skrg pun mkn hari2..harap2 berat xnaik check up doc mggu ni…
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena check expiry date brg makanan sebelum beli ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kat Haniffa kat jln masjid india tu byk gak coklat imported and lokal bagai...mcm2 brand dr obersi ada.
takyah susah2 pi langkawi
ok done potong stim org nk pi langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Past aku pi Langkawi tahun 2007..mcm mana la rupa Langkawi la ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2021 08:14 AM
Past aku pi Langkawi tahun 2007..mcm mana la rupa Langkawi la ni

Aku rasa aku tiap2 thn p sana hahaha
Rasa syok mcm balik kampung,tak tau la dok rasa menggamit2 sj lngkwi tu kt aku hahaah
Mungkin aku ada darah mahsuri hahahahahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 21-9-2021 09:27 AM
Aku rasa aku tiap2 thn p sana hahaha
Rasa syok mcm balik kampung,tak tau la dok rasa menggamit2 s ...

Muahahaha.. Aku yakin mmg ada darah Mahsuri tu.. Tahun depan aku ingat nak kena gak pi Langkawi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je shopping kat shopee .. dh nak habis dh. Daim je tggl hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kompleks ni hauk tang counters
Tolong la bukak semua kaunter

Ni orang dok beratur.. orang nak pilih, dok lawan belek letak belek letak.. yang anak dok melalak guling2 ataih lantai makpak takmau beli cekelat hat depa nak

Aku tobat sungguh kalau sapa2 kirim cekelat

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:57 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-9-2021 08:08 AM
kat Haniffa kat jln masjid india tu byk gak coklat imported and lokal bagai...mcm2 brand dr obersi a ...

harga dia sama tak dgn langkawi hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-9-2021 09:57 AM
harga dia sama tak dgn langkawi hihi

Beza sikit je... +- kos lain2 kalau setakat nak coklat lebih baik beli di Haniffa saja
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:28 AM | Show all posts
white_musk replied at 21-9-2021 10:16 AM
Beza sikit je... +- kos lain2 kalau setakat nak coklat lebih baik beli di Haniffa saja

owh...good to know...thanks semua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2021 08:14 AM
Past aku pi Langkawi tahun 2007..mcm mana la rupa Langkawi la ni

dah lain dah chuols. kalo nak tau leh je tengok video youtube orang rakam tengah jenjalan kat cenang, lain gilaaaa. dah tak macam cenang seingat iols dedulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 21-9-2021 10:33 AM
dah lain dah chuols. kalo nak tau leh je tengok video youtube orang rakam tengah jenjalan kat cena ...

Huhuhu.. Kena pi juga la.. Tapi tahun depan..tahun ni bagi yg lain pi puas2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 21-9-2021 09:38 AM
Kompleks ni hauk tang counters
Tolong la bukak semua kaunter


Dah balik belum Langkawi.. Hehehee.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2021 11:46 AM
Dah balik belum Langkawi.. Hehehee.

Dakgi
Mak dok tanya dah

Minggu depan jela naik Roro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 21-9-2021 10:58 AM
Dakgi
Mak dok tanya dah


Hahahahaha.. Ingatkan dah balik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2021 12:07 PM
Hahahahaha.. Ingatkan dah balik..

Boarding penuh, nanti hantaq Oyen dulu
Meol nak balik kampung seminggu
Nak lepak Tanjung Rhu, jom
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Haji ismail complex tidak pernah ingin pergi ...pergi langkawi bukan untuk shopping... Selalu beli chocolate di small shop saja... Senang in and out...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 21-9-2021 12:13 PM
Haji ismail complex tidak pernah ingin pergi ...pergi langkawi bukan untuk shopping... Selalu beli c ...

Baguih kaka, like local gitu
Kaka takmau join travel bubble?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.467064 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list