View: 11247|Reply: 51
|
[Tempatan]
Wajarkah kanak-kanak 12-15 tahun diberikan vaksin Covid19?
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 21-9-2021 10:38 AM
Pada sidang media Menteri Kesihatan di Putrajaya semalam, Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa program vaksinasi remaja (12-17 tahun) sangat penting kerana terdapat peningkatan kes kematian akibat Covid-19 berbanding tahun lepas.
Namun persoalannya, adakah benar telah berlaku peningkatan kes kematian yang ketara melibatkan golongan tersebut?
Berdasarkan kenyataan yang di buat semalam, pada tahun 2020 terdapat 6 kes kematian daripada 12,620 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan berlaku melibatkan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.
Jika dinilai jumlah peratusan yang sembuh adalah sebanyak 99.95%, dan ia jauh lebih besar berbanding peratusan kecil yang meninggal dunia.
Pada tahun 2021 pula (setakat 16hb September), terdapat 62 kes kematian daripada 400,668 kes jangkitan yang dilaporkan berlaku.
Ini bermakna kira-kira 0.015% kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia, berbanding 99.98% yang telah sembuh.
Faktanya, peratusan kanak-kanak yang sembuh daripada Covid-19 telah meningkat berbanding tahun lepas dan jika ditolak kes komorbiditi, mungkin kadar kematian kerana Covid-19 jauh lebih rendah.
Oleh itu, apa perlunya kerajaan memberi vaksin kepada kanak-kanak yang sihat sedangkan hanya 0.016% sahaja yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19?
Kerajaan perlu menilai semula program vaksinasi untuk remaja terutamanya kanak-kanak berusia 12-15 tahun.
Cadangan penilaian semula ini bukan semberono bahkan panel penasihat vaksin di United Kingdom juga menolak cadangan pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah.
Sepatutnya kerajaan memikirkan polisi atau protokol kesihatan yang lebih baik supaya kes jangkitan yang melibatkan kanak-kanak ini dapat dikurangkan tanpa bergantung kepada vaksin.
Mereka adalah generasi pelapis kita dan perjalanan hidup mereka masih lagi panjang, dan tidak sepatutnya mereka menerima vaksin yang masih lagi berstatus kegunaan kecemasan (EUA). -T.T
|
|
|
|
|
|
|
|
'mari kita tengok sapa yang kena'.-Pak Brahim |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ke tak ok ni oiii.. aku query skit la bdk itam ni.. dia bkn doc.. anak aku nak kena cucuk.. anak budak hitam ni cucuk ke idak |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bermakna kira-kira 0.015% kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia, berbanding 99.98% yang telah sembuh.
wajar
even sembuh tanpa vaksin sebanyak 99.98% sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun I tolak vaksin tapi I vote untuk wajarrr... padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
My niece dan nephew umur 12 dan 15 respectively sudah register untuk divaksinkan. Okay je adik saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sy ok jer... macam kita amik vax influenza tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang mak pak semua menolak takde la depa nak paksa gak
Tp ramai je yg nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 21-9-2021 11:11 AM
Walaupun I tolak vaksin tapi I vote untuk wajarrr... padan muka.
Sebab ko takde anak kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 21-9-2021 11:11 AM
Walaupun I tolak vaksin tapi I vote untuk wajarrr... padan muka.
Huhu. Me too |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu, apa perlunya kerajaan memberi vaksin kepada kanak-kanak yang sihat sedangkan hanya 0.016% sahaja yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19?
alasan penolakan vaksin kerana kurang meninggal dunia boleh dipersoalkan.. kerana ketiadaan alasan bersifat negatif untuk proses pemvaksinan, jadi kenapa perlu tolak?.... contoh kesan negatif pemvaksinan ialah sekiranya kita tak mampu untuk pemvaksinan pelajar bawah 15 kerana kita miskin.....
uk tak mahu vaksin bawah 15 kerana berlakunya kes heart inflammation.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 21-9-2021 04:13 PM
Sebab ko takde anak kan??
Bergantung pada definisi 'anak'. |
|
|
|
|
|
|
|
I tolak utk anak i 12thn...buat masa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
what if they hv allergies?..my kid isn’t getting this.. |
|
|
|
|
|
|
|
X paham betul la..at least tunggu la budak tu 16 tahun. Kalut apa la nk cucuk budak2. Statistik pun berapa orang jer budak2 besar ni meninggal. Ni semua bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
Can sambedi pliz shut this Oxford poser up? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kott penat2 mengandungkan anak 9 bulan jaga dari kocik tetiba nak serah anak utk di suntik vaksin yg tak pasti lagi tahap keselamatannya..memang tak lerrr
Ni sekolah nak bukak aku mmg plan xnk anto anak ke sekolah lantak la org nak cakap apo |
|
|
|
|
|
|
|
Niece i umur 12 tahun ok je nak register vaksin...wajar je utk protection |
|
|
|
|
|
|
| |
|