CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8293|Reply: 28

[Tempatan] Kerajaan luluskan cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan luluskan cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun
Diterbitkan:  Sep 20, 2021 9:37 PM




PARLIMEN | Kerajaan hari mengesahkan mereka memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.

Hal itu dinyatakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

"Untuk maklumah ahli Dewan (Rakyat), Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun 2021," katanya.

Tengku Zafrul memberitahu hal itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.


Terdahulu Mahfuz meminta Tengku Zafrul menyatakan berapakah jumlah cabutan khas nombor ramalan yang dibenarkan kerajaan sepanjang tahun ini.

Untuk rekod sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kekerapan cabutan khas oleh syarikat perjudian itu menjadi hanya lapan kali setahun.

Bagaimanapun ia kembali menjadi 22 kali selepas kerajaan baru dibentuk pada akhir Feb tahun lalu.

Ia tidak termasuk caburan biasa yang diadakan beberapa kali setiap minggu.

Ia kemudian dikritik pelbagai pihak kerana sebelum ini Perikatan Nasional (PN) didakwa sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, terutama dengan penyertaan PAS di dalamnya.

PAS yang kini menjadi parti komponen PN pernah lantang mengkritik kerajaan dan pengoperasian syarikat judi, termasuk pembukaannya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebelum ini anggota Dewan Negara Liew Chin Tong menjelaskan pada 2020 cabutan khas nombor ramalan empat digit itu dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah.

Asalnya kekerapan cabutan itu ialah tiga kali seminggu.

Menurut Liew sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas berkenaan disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.

Pada 2017 - di sebalik tiadanya ancaman virus Nipah - kerajaan mengutip sejumlah RM238 juta daripada cabutan khas tersebut.

Pada awal Jan lalu Pemuda PAS ada menyatakan rancangan mereka untuk bertemu Tengku Zafrul atau Kementerian Kewangan bagi membincangkan isu berkenaan.

Single Polls, Total Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 23-9-2021 03:30 PM

Pas cukup A+ atas kertas tapi hampir semua ke laut secara praktikal

Saya lihat orang yang tidak suka Pas ini bukan sebab Islam yang dibawa Pas tetapi disebabkan:

1. Pas kata, BN tumbang, rakyat senang, Umno musuh Islam. Akhirnya Pas bersama BN dan Umno.

2. Pas kata, benci dan tolak rasuah. Akhirnya, Pas bersama dengan kleptokrat dan kluster mahkamah serta membentuk kerajaan bersama mereka.

3. Pas kata, tolak judi, desak tutup kasino Genting dan haramkan judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan. Tapi 18 bulan jadi kerajaan, cabutan khas judi naik, siap ada iklan raya promosi judi, pusat judi beroperasi seperti biasa.

4. Pas kata, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) wajib dimansuhkan dan hapuskan sekolah vernakular. 18 bulan jadi kerajaan, UEC diiktiraf, pembinaan sekolah vernakular meningkat.

5. Pas kata, haramkan DAP sebab anti Islam dan anti Melayu. 18 bulan berkuasa tidak ada usaha ke arah untuk menharamkan DAP.

6. Pas kata, tolak cukai GST dan haram kutip cukai yang membebankn rakyat. Dalam Parlimen baru-baru ini, Pas cadangkan kutipan cukai GST perlu ada penambahbaikan dan perkenalkan cukai lain.

7. Pas kata, heret segera pembunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. 18 bulan, sampai sekarang tidak tahu siapa yang bunuh arwah Adib.

8. Pas kata, pinda dan perkasakan RUU 355 segera. 18 bulan jadi kerajaan, tak akan lari gunung dikejar.

9. Manifesto pilihanraya lepas, pendidikan percuma, PTPTN dimansuhkan. 18 bulan ada kuasa, ini tidak dengar langsung dah, banyak beri alasan. Yang lain itu tinggal kenangan.

10. Pas kata, tolak assobiyah. 22 bulan lepas, Melayu, Melayu. 18 bulan kemudian, menyokong konsep ‘Keluarga Malaysia.

11. Pas kata, kos sara hidup meningkat dan harga barang naik sebab tidak laksana Islam. Hari ini macam-macam naik harga, adakah Pas tidak laksana Islam.

12. Pas kata, kempen BMF untuk menjana ekonomi Islam. Sekarang pakat cari hat murah dan BMF tidak menjadi dasar kerajaan Melayu Islam seperti yang diharapkan.

13. Pas kata, MCA memusuhi dan menghina Islam. Sekarang MCA sahabat baik Pas.

14. Pas kata, minoriti menguasai majoriti, Pas yang minoriti 18 kerusi boleh ugut kerajaan untuk laksanakn hudud atau Islam. 18 bulan hingga sekarang tak ada pun ugutan itu untuk laksanakan Islam.

15. Pas kata, bukan 5 tahun, cukup 5 hari akan dapat rasakan perubahan besar. Ini dah 18 bulan tak ada apa-apa pun.

16. Pas kata, DAP dan PH ancaman kepada Melayu dan Islam. Hari ini siap boleh buat MoU bersama.

17. Pas jadi menteri pun hanya mengekalkan dasar dan polisi PH hanya mengutip hasil. Tak ada apa yang baru.

18. Pas kata, hudud dulu baru Putrajaya (kuasa). Sekarang dah ada kuasa dan jawatan, hudud ghuyub tidak tahu kat mana. Terakhir cakap pasal hudud sebelum PRU-14 masa sakan berkelahi dengan DAP. Nanti PRU-15 timbul balik, percayalah.

18. Banyak lagilah kalau nak senarai, hat dalam Harakah pun boleh jadi error lepas depa jadi kerajaan, sebab dah terciduk.

Pendek kata, bab teori Pas cukup A+, atas kertas cantik. Tetapi secara praktikal, hampir semua ke laut. Jadi, sebab itulah ramai tidak suka Pas, bukan bermakna benci Islam.

Lain disebut, lain dibuat, tuduh dan main persepsi yang bukan-bukan. Kalau orang lain jadi kerajaan, semua dia nak segera.

Bila sudah jadi kerajaan baru tahu susah nak buat. Masa jadi pembangkang, gebang dan sembang kari.

Bila orang tidak suka Pas, depa kata orang itu musuh Islam. Walhal, orang itu tidak suka dengan pendekatan, cakap tak serupa bikin, tidak konsisten dan banyak dalil untuk backup kesalahan sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:38 PM | Show all posts
Demikianlah kerajaan melayu moslem dambaan mopeti nan seberang utara sana itteww...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:43 PM | Show all posts
tripleid replied at 21-9-2021 01:50 PM
Pas cukup A+ atas kertas tapi hampir semua ke laut secara praktikal

Saya lihat orang yang tidak s ...

terima kasih aruah TGNA yang telah bekerjasama dengan parti kapir DAP. mungkin masa tu semua dah masuk islam secara senyap2 sambil tunjuk jari satu gitu kan?

takpelah, at least aruah beratur nak masuk masjid, maka umat2 sskjp terus maafkan sambil dakap gambar aruah yang diframekan dalam rumah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-9-2021 08:23 AM

Telima kasih sama gomen..manyak magus..kasi wa kaya..lo..lu olang tada main lu olang duduk tiam2 sana main dam, tangga ular lor...-tauke judi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
takdirr!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sport toto dh bukak je.aku dh lama x bsukan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu boleh percaya.
NOMBOR 4D

-bak kata apek motak cerita lagi2 senario
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang menang nombor ekor tu akan menjana ekonomi negara dengan berbelanja tak ingat. Patut benarkan cabutan setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Takdir tuhan judi perlu ditambah bilangan
- taki taki -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 08:33 AM | Show all posts
Usah melatah kelulusan cabutan khas nombor ekor, pesan pemimpin PAS
FMT Reporters - Yesterday 7:02 pm




PETALING JAYA: Semua ahli PAS diminta tidak melatah dengan kecaman warganet di media sosial berhubung kelulusan penambahan cabutan khas nombor ramalan oleh kerajaan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yakin keputusan itu bukan dibuat pimpinan PAS yang menganggotai Kabinet. (Gambar Bernama)

“Saya percaya kelulusan ini bukan dibuat oleh pihak PAS kerana PAS tidak berkuasa penuh dalam kerajaan,” katanya dipetik Malaysiapost hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat mempersoalkan pendirian pimpinan PAS selepas kerajaan melalui Kementerian Kewangan meluluskan cabutan khas daripada lapan sebelum ini, kepada 22 kali setahun untuk semua agensi nombor ramalan.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, berkata isu berkenaan membabitkan kerajaan persekutuan, oleh itu tidak wajar beliau mengulas lanjut.

“Tetapi, kalau ditanya kepada saya, memang judi bukan untuk orang Islam.

“Sekarang ini, kita ahli-ahli PAS dan orang Islam perlu menjaga diri kita serta masyarakat Islam khususnya supaya tidak melanggar larangan Allah.

“Nombor ramalan ini hanya untuk orang bukan Islam, maka kita orang Islam ada halal dan haram…jadi kita orang Islam jaga orang Islam.”

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Mahfuz di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan semua permohonan agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali untuk tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh paspispus...ko sbhgn kjn blh ckp keputusan dibuat oleh dapig......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2021 07:49 AM
Yang menang nombor ekor tu akan menjana ekonomi negara dengan berbelanja tak ingat. Patut benarkan c ...

Dari penjanaan ekonomi gomen dpt duit, duit blh byr gaji lobai...lobai blh mula berangan tukar merc baru...tmbh bini baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin selepas ini kerajaan boleh wujudkan 'red district' mcm dkt negara2 eropah utk tambahkan pendapatan. Kalau rakyat tanya, ckp je bukan utk org islam mcm razman kalah fitnah ni jawab
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah PAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 12:38 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 23-9-2021 12:39 PM

Sikap pemimpin utama Pas senyap isu kenaikan jumlah cabutan judi dikecam
Oleh MALAYSIA DATELINE / September 23, 2021




Sikap pemimpin utama Pas terhadap penambahan cabutan judi dari 8 ke 22 kali setahun terus mendapat tekanan dari pelbagai pihak khasnya bekas ahli dan pemimpin parti itu.

Ini kerana, ketika mereka dalam Pas dahulu dan selepas mereka bersama kerajaan Pakatan Harapan, Pas terus menentang judi.

Namun, sehingga kini, pelbagai helah dicari oleh pemimpin Pas untuk menghalalkan penambahan jumlah cabutan judi ke 22 kali itu selepas dikurangkan oleh kerajaan PH ketika Menteri Kewangannya adalah Lim Guan Eng kepada hanya 8 kali sebelum ini.


Sebagai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menurunkan bilangan cabutan judi khas ini dari 22 kali ketika negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) (di mana Menteri Kewangannya adalah Datuk Seri Najib Razak) ke lapan kali sahaja.

Sebelum ini, ketika Pas adalah pembangkang, pengikut mereka membuat demonstrasi di depan kedai judi di Pokok Sena, Kedah (gambar) agar kerajaan PH menghentikan judi itu.

Abu Musa, bekas ahli Pas dan kini memimpin AMANAH di peringkat kawasan misalnya bertanya, “Yang 8 mu marah. Ajak tentang sekeras kerasnya.

“Yang 22 mu senyap pulak. Lagu mana fahaman islam ni,” tanya beliau menerusi facebooknya.


Husin Jan pula menulis, “tahun lepas perwakilan Pas tanya pasal RUU 355 dalam muktamar.

“Pemimpin depa kata masa jadi pembangkang semua kita nak buat. Bila jadi kerajaan kita kena ikut perlembagaan. Walaun senyap.”

“Tahun ni walaun dihadiahkan dengan cabutan judi bertambah 22 kali cabutan. Order RUU 355 barang sampai cabutan judi 22 kali.

“Dengar cerita berjuta dah pakat isi borang Pas sejak cabutan judi bertambah ni. Betoi ka?” tanya beliau menerusi facebooknya sambil berkongsi infogarik yang dibuat oleh Fahmi Reza (GAMBAR ATAS).

Sehingga kini, hanya Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas sahaja yang agak sensitif dengan pengesahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan tentang kenaikan jumlah cabutan judi kepada 22 kali itu.

Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat dalam kenyataannya berkata, perkembangan ini amat mengecewakan  pimpinan dan ahli kepada Parti Islam SeMalaysia (Pas) sebagai salah satu parti kompenen untuk Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

“Peningkatan kekerapan cabutan khas ini telah seolah-olah menzahirkan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memberi lampu hijau dalam menggalakkan rakyat Malaysia dalam kegiatan tidak bermoral ini.



“Selain ia telah dihukum sebagai haram di sisi agama Islam, ia jelas akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat,” katanya.

Kementerian Kewangan juga ditekankan agar tidak menggunakan alasan atau justifikasi untuk menambahkan pendapatan negara melalui peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan ini.

“Biarpun realitinya, negara kita masih lagi bergelut keluar dari kegawatan ekonomi kerana pandemik COVID 19, namun negara kita secara fizikalnya masih lagi berkemampuan untuk mempelbagaikan inisiatif dan usaha untuk merancakkan ekonomi negara kita tanpa bergantung kepada sektor perjudian nombor ramalan ini semata-mata.

“Saya bagi pihak DUPP mendesak Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula untuk tidak membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

“Jangan dicemari usaha dan doa kita kepada Allah SWT agar dijauhi dari ujian Pandemik Covid-19 dengan membenarkan perkara mungkar ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Judi dan riba tumbuh subur dizaman pemerintahan lobai PAS..takdir

lobai pas senyap je skrg..tgh tikam ekor ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:50 PM | Show all posts
Zaman berzaman cakap partai Lobai2 ni kaki tunggang ugama... ramai macai2 tak caya kununn hanya lobai2 hamPAS buleh bawa cahaya Isle terang benderang...

Sekali Allah swt bagi peluang ada kuasa sikit... teruih senyap jadi setan bisu ka apa kaa... dulu sedap tunggang ugama, tuduh org lain tak amalkan Isle sebenaq & wajib dilawan... inilah jadi bila org2 yg kununn pandai ugama diangkat jadi pemimpin... tunggang ugama sehingga Isle dipandang hina, keji, jijik, jumud lagi bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling kelakar walaun caw. Pokok Sena bising2 dkt kedai judi tp Mahfuz Omar yg timbulkan isu dkt parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:05 PM | Show all posts
wow...makin meriah pulak.........lepas dapat jawatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.326342 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list