CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3376|Reply: 28

[Tempatan] Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta
FMT Reporters -September 20, 2021 5:47 PM



Gambar diambil pada 2018 menunjukkan keadaan projek Taman Ilmu di Besut Terengganu itu. (Gambar Raja Kamarul Bahrin)


PETALING JAYA: Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd memfailkan saman RM44 juta terhadap kerajaan negeri Terengganu kerana mendakwa gagal meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, writ saman itu bagi menggesa kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek yang dicadangkan, atau membayar ganti rugi sekiranya projek tersebut dibatalkan.


“Suatu writ saman telah difailkan oleh syarikat Ruas Bina Sdn Bhd ke atas Kerajaan negeri Terengganu di atas kegagalan untuk meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu melalui dua surat niat yang bertarikh 18 Ogos 2019,” katanya.

Beliau berkata, setelah hampir dua tahun, tiada sebarang rundingan dari pihak kerajaan negeri Terengganu atau wakilnya berhubung perlaksanaan projek tersebut.

Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah syarikat yang menerima hak daripada dua syarikat Korea, Yeonhee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co, selaku kontraktor bagi projek berkenaan.

Raja Kamarul berkata dua syarikat dari Korea itu antara 17 kontraktor yang tersenarai di dalam suatu perintah persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bertarikh 1 Disember 2016.

“Di dalam perintah tersebut, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengeluarkan surat-surat niat kepada 17 kontraktor yang disenaraikan.

“Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang dipilih oleh syarikat-syarikat Korea tersebut bagi mematuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu (syarikat yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia),” kata kenyataan itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BN + PAS = hancur lebur pengurusan , dua dua mendakwa Melayu Islam yg hebat tapi mcm piggy....
Sapa yg x amanah dan x bertanggungjawab tu ke neraka lah cepat2 sbb  byk duit membazir dan mengambil hak x sepatutnya etc
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kerajaan berjaya laksanakan sampai selesai istana paling besar dan termahal!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-9-2021 12:34 PM
Tapi kerajaan berjaya laksanakan sampai selesai istana paling besar dan termahal!

Ye kan, cecah billion right? Tapi Bandar kt tu sedih namatey..sama cam negeri sebelah tu, kuantan..sedih betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ada juga buat kes ni tp x proceed sbb diaorg ada buat rundingan utk settlement, xtaw apa perkembangan sbb klien dgn bbrp lg pihak yg terlibat buat sendiri
projek bunyi gah tp itulah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 ummah kena scam dgn pas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat bas amfibia terengganu.. Haha. Apa jadi ntah, sia2 berhabis duit beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:20 PM | Show all posts
apa tujuan taman ni dibina ?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganu darul runtuh dan terbengkalai
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap so yg dpt projek ni company korea ke sbnrnye? Syarikat malaysia takde yg berkemampuan ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 21-9-2021 09:20 PM
apa tujuan taman ni dibina ?????

Utk bagi wang masyuk pd kroni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 21-9-2021 05:04 PM
Tak abis2 ummah kena scam dgn pas..

Ni zaman Idris Jusoh masa jadi MB dulu..selain projek gajah putih ni, atap stadium runtuh pun kontraktor zaman dia...BN mmg pundek masa tu , bila PAS pegang pulak..trus rakyat pulak kna scam hahaha..2 x 5, 5 x 2
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:39 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-9-2021 12:34 PM
Tapi kerajaan berjaya laksanakan sampai selesai istana paling besar dan termahal!

Friska jusa C republik minor tersenyum sinis


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
projek ni x jalan sbb masing2 asik x nak proceed projek2 mega yg dibuat oleh MB sblm ni. sbb nk claim nama kan? kalau naik MB baru projek lain pulak nk buat. semua maintenance x nak keluar duit. sbb bukan projek zaman dia. samala dgn msjid kristal, stadium negeri, taman tamadun islam, taman warisan, bangunan yg depan pasar payang tu pun sama kalau x silap i pun projek terbengkalai. suma nya out kan sebab bertukar MB habis hangus duit rakyat. kalau ada kesinambungan dari MB2 seterusnya xla jadi mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm
Kesimpulannya jadik tempat port nagih jeleeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:38 AM | Show all posts
tukar MB...tukar kontraktor baru....parah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 12:06 PM | Show all posts
Whitney72 replied at 21-9-2021 10:37 PM
Ni zaman Idris Jusoh masa jadi MB dulu..selain projek gajah putih ni, atap stadium runtuh pun kont ...

zaman idris jadi mb la ganu digelar darul runtuh..naik pas jadi mb makin melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini projek.zaman deris jusuh

2004 lg plan

Aku lalu sini 2009.nampak bangunan2 ni
Dah 2021...masih tak siap.siap ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 21-9-2021 09:17 PM
Teringat bas amfibia terengganu.. Haha. Apa jadi ntah, sia2 berhabis duit beli

Bas keranda...kau ingat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 21-9-2021 12:36 PM
Ye kan, cecah billion right? Tapi Bandar kt tu sedih namatey..sama cam negeri sebelah tu, kuantan. ...

Bagi org lembh klang..kuantan dan kt tu memang la sedih..tp bg org sana..dah ckup happening dah tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.110952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list