CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8521|Reply: 36

"Makan Nasi Lemak Guna Chopsticks? That’s So Fake!”-Tiz Zaqyah

  [Copy link]
Post time 21-9-2021 01:30 PM | Show all posts |Read mode
“Nasi lemak dalam mangkuk makan guna chopsticks (penyepit)? That’s so fake (menipu)!”


Itu luahan kekecewaan pelakon Tiz Zaqyah atau nama lengkapnya, Siti Zaqyah Abdul Razak terhadap sebuah restoran ‘kopitiam’ diusahakan anak Malaysia berpangkalan di New York, Amerika Syarikat yang diberitakan sebuah portal ‘mat salih’, Food Insider.


Menerusi video yang dimuat naik Food Insider, nasi lemak, satu juadah kebanggaan Malaysia yang sering disebut-sebut sebagai makanan kebangsaan negara ini dinikmati pelanggan restoran berkenaan dengan menggunakan chopsticks dan disediakan dalam bekas mangkuk.


Kredit foto: IG


“Dah keluar Malaysia, depa (mereka) burukkan Malaysia, tipu mat salih macam ini,” ciap aktres berusia 33 tahun itu lagi.


Bukan itu sahaja, apa yang lebih membuatkan Tiz dan kebanyakan netizen Twitter bengang adalah kenyataan yang tidak benar daripada pengusaha restoran terbabit mengatakan Malaysia akan menggantung mati golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini.


Pengusaha restoran terbabit yang dikenali sebagai Kyo Pang dan Moonlynn Tsaiyang merupakan pasangan lesbian yang berstatus pelarian (refugee) di negara Uncle Sam tersebut.


“Di Malaysia, anda boleh dikenakan hukuman gantung kalau anda LGBTQ,” ujar Moonlynn dalam temu bual video terbabit.







Kenyataan mengelirukan tersebut membuatkan orang ramai berang kerana pengusaha restoran berkenaan seperti memburuk-burukkan nama Malaysia selepas berjaya mengecap kejayaan di negara orang.


“Mereka bukan orang Islam. Siapa yang nak gantung mereka? Kalaupun mereka Muslim, kerajaan tidak akan buat perkara itu juga. Dakwaan yang salah terhadap Malaysia namun masih mahu mengambil kesempatan dari nama negara ini,” bidas seorang netizen.


Bagaimanapun, pemilik restoran berkenaan, Kyo Pang menjelaskan menerusi direct message (DM) yang dikongsikan Tiz bahawa, dia sudah memohon maaf atas kesilapan laporan video yang dilakukan Food Insider.


Kata Pang, rakan kongsinya, Moonlynn bukan orang Malaysia dan sudah tiada kena-mengena dengan perniagaan yang diusahakannya itu.


Pang mengakui banyak perkara yang salah diberitkan dalam video yang dimuat baik portal berkenaan termasuk penggunaan chopsticks dan menyebut nasi putih yang sepatutnya disebut sebagai nasi lemak.




  



“Individu yang salah cakap tentang LGBTQ dihukum gantung di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kopitiam sejak pandemik dan dia bukan orang Malaysia juga,” ciap Tiz.


Bagaimanapun, susulan itu, ramai yang memberi bukti situasi yang disedang dihadapi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat yang diburu kerana menukar gender.


“Saya tengok Sajat dan kawan-kawan elok sahaja meniaga. Kaya-raya lagi,” ciap seorang netizen lain.




  



Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.


Nur Sajat kini dalam tanahan pihak imigresen Thailand sejak 8 September lalu atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah. Usahawan itu juga diburu pihak berkuasa tempatan selepas gagal membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada bekas stokis syarikatnya, OWA Resources. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg cina makan nasi guna chopsticks kan?
Ni yg aku tgk dlm drama n filem cina la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang mmg style makan pakai chopstik pun... Biarla.. Da budaya die.. Dr kecik sampai besar makan ape2 pun pakai chopstik.. Janji nasi lemak tu betul nasi lemak..  Kalau betul2 nak ikut adat melayu.. Makan pakai tangan...  Tizz makan nasi lemak pakai sudu ke tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mane yg mintak maaf tu? Yg byk ckp dalam video tu yg rambut pendek tu? Dia ke bukan malaysian?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
iols lagi sexcited nak citer psl nasi lemak dari psl issue lgbtq+-xyz sajadiah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:30 PM | Show all posts
tiz ni iols suka dgr dia skeping...sedap dgn suara serak2 dia tuh lagi menyedap kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 02:46 PM | Show all posts


biarlah.. dh diorang biasa sebegitu..

kalau kita pun tak reti pakai chopstick makan oriental food, tukar pakai sudu garfu, xde masalah kan? kalau org oriental cakap, eleh mana feel makan pakai sudu.. tidak kita kisahkan? asalkan sedap dan kenyang
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:53 PM | Show all posts
orang melayu buat nasik lemak, kau pun sibuk nak nasik lemak jugak kan. bila cultural appropriation tu kau menggelupuh, bila nak defame negara sendiri tu as usual MO nye adalah main cakap lepas tu apologise. kad OKU tak jual kat sana kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 02:57 PM | Show all posts
pada aku.. nasi lemak kena makan dgn tangan, baru terasa kick dia.
mkn dgn sudu garpu, chopstick.. ko xkan rs kenikmatan mkn nasi lemak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je cina iols jumpa makan nasi lemak pakai tangan atau sudu garfu
X pernah lgi jumpa makan dgn chopstick
So betul lah apa tiz cakap tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu ada org komen tak pasti bangsa apa yg pasti bukan melayu la katanya sik lemak ni sama ngan satu makanan kat sri lanka.
Dia nak claim sik lemak tu asalnya dr sri lanka ke apa.
Kalau roti canai/prata tu yela mmg asal belah2 sana.
Ada 2 jenis makanan melayu dia tulis.
Pakat claim la noh belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:25 PM | Show all posts
omputih makan nasi gunakan garfu.... orang cina makan nasi gunakan chopstick.

orang malaysia aje ...bila cara orang tak sama macam mereka ia jadi fake lah, jadi pelik lah.

#katakbawahtempurung
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab: Mmg cina makan nasi guna chopsticks kan?Ni yg aku tgk dlm drama n filem cina la...


Di China, ya. Di sini Cina guna sudu makan nasi lemak. Kalau nasi guna chopsticks atau sudu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
How i wish that’s the truth, we can gantung sampai mati puak bam Jat, tetiba
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya nak makan nasi lemak pakai chopsticks ?
Kalau dah racist tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
awat jumud sgt
chinese dari negara lain
mmg mkn dgn chopstick
kat msia mmg la depa mkn dgn sudu garpu or tgn
dah culture kat msia mmg gitu
kat negara lain suka ati depa la
itu pun nak emotional
bodo betul melayu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je nak cakap (berdasarkan pengamatan iouls bersosial dengan kawan2 cina & menghadap drama2 cina termasuk terbitan singapura) - nasik dalam bowl boleh pakai chopstick, xde masalah. Tapi kalau nasik tu serve dalam plate, pakai sudu or pakai tangan. So, xde kesalahan pon dalam hal chopstick vs sudu/garpu untuk makan nasik.
Bab kena bunuh ala2 genocide ni dah tentu2 misinformation + over exaggerate. Xpernah lagi dengar kes gay dihukum mati. Tengok je la ex boipren sajat masih hidup kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanla pakai apapun asalkan bersih.
Apa yg nak kecoh sangat.

Tapi fitnah pasal lbgtut tu mmg tak patutla.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:19 PM | Show all posts
cemana nak kepit nasi dengan sambal dengan kacang ikan bilis telur rebus segala? kalau ada tambah lagi lauk ayam goreng lah telur mata sambal sotong bagai cemana pulak nak kepit semua pakai chopstick masuk molot? adakah kena kepit persis najib kepit?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nasi org cina makan pakai chopatick tu buka  jenis sticky2 rice sikit ke.. tu yg xde masalah pakai chopstik.. kalau nasi lemak ni jenis berderai.. cmno nak makan pakai chopstick.. i wonder sebutir jek masuk nnt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077532 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list