View: 13045|Reply: 135
|
[Tempatan]
JPA : penjawat awam diwajibkan vaksin kecuali masalah kesihatan sebelum 1 Nov. U
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 30-9-2021 01:42 PM
JPA cadang penjawat awam diwajibkan vaksin
RAJA NUR FAZNIE AIDA | | 21 September 2021
SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan isu penjawat awam yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
JPA dalam satu kenyataan berkata, cadangan tersebut termasuk arahan mewajibkan semua penjawat awam mengambil vaksin kecuali bagi mereka yang benar-benar mempunyai alasan kukuh untuk mendapatkan pengecualian atas faktor kesihatan.
“JPA berpandangan beberapa langkah boleh diambil oleh kementerian atau jabatan masing-masing berdasarkan peraturan semasa sedia ada bagi memastikan penjawat awam secara keseluruhannya dapat mengambil vaksin.
“Sehingga kini, jumlah peratusan penjawat awam yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus berbanding kelompok mereka yang belum adalah kecil.
“Namun, perkara ini perlu diberikan keutamaan bagi memberikan keyakinan dan jaminan untuk orang ramai datang berurusan dengan penjawat awam di premis kerajaan, di samping usaha mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” menurut kenyataan itu pada Selasa.
Tambah kenyataan tersebut, semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Justeru, masing-masing perlulah mematuhi peraturan sedia ada termasuk dalam urusan kehadiran bertugas di pejabat apabila mereka diarahkan bertugas oleh ketua jabatan,” kata kenyataan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
2 peratus pun begitu ketakutan sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Takutkan unvacc ppl lebih dari takutkan kovid |
|
|
|
|
|
|
|
letak je dlm peraturan penjawat awam pua 395
tak folo..tatatertibkan mereka. turunkan pangkat. turun gaji.
degil. org lain boleh vaksin sbb nak lindungi semua org. golongan degil ni pulak nak menyusahkan.
org lain nak hidup normal la sambdol! |
|
|
|
|
|
|
|
Buang je mana2 penjawat awam yg mengada2 x nak vaksin tu...kau dh keje as penjawat awam follow la rules yg termaktub tp kalau sibuk nk buat rules sendiri, resign & keje sendiri...hidup dgn puak2 korang yg antivaksin sesama sendiri....org nk cepat2 hidup back to normal, puak2 ni byk cekadak pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Buang jer yg degil tu...ramai lg graduan yg tgh tunggu keje |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-9-2021 07:43 AM
bayangkan KALAU ramai dikalangan mereka yg berkenaan ... anggota polis,askar dan bomba...itu dibuang kerja spt cadangan acik2 forumer cari....apa akan jadi dgn Malaysia kita????? |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat cadang, sembang, bincang memang la boleh cakap.
Tapi hakikatnya memang tak boleh mengatasi perlembagaan. Peraturan dalam penjawat awam sekali pun, tak boleh mengatasi perlembagaan.
Kalau kerajaan boleh wajibkan, dah lama depa buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan lembab ...team sendiri pun ramai tak vaksin lagi sebok nak paksa2 orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 21-9-2021 10:18 PM
letak je dlm peraturan penjawat awam pua 395
tak folo..tatatertibkan mereka. turunkan pangkat. tu ...
Vaksin covid ni untuk lindungi penerima ja woi. Bukan untuk melindungi semua orang.
Hang ambik vaksin, hang lindungi diri hang saja dari symptom teruk. Tapi kalau hang infected walaupun symptom ringan, hang tetap boleh menyebarkan virus kepada orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 21-9-2021 10:18 PM
letak je dlm peraturan penjawat awam pua 395
tak folo..tatatertibkan mereka. turunkan pangkat. tu ...
Masalahnya kak melah. Dah vaksin pun x leh hidup mcm biasa. Apooo. Dah capai 80% penduduk dewasa lengkap vaksin. Kebenaran rentas negeri pun xda lagi. Buka mask apa ntah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 21-9-2021 11:05 PM
Kerajaan lembab ...team sendiri pun ramai tak vaksin lagi sebok nak paksa2 orang lain.
2% tu ramai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
JessePinkman replied at 21-9-2021 11:07 PM
Vaksin covid ni untuk lindungi penerima ja woi. Bukan untuk melindungi semua orang.
Hang ambik ...
ko tak abis belajar lagi la antivaxx booooo
tau pasal viral load tak? pi belajar pasal viral load dulu baru nak sembang sembang lindung diri sendiri saja? hek mung! |
|
|
|
|
|
|
|
JessePinkman replied at 21-9-2021 11:07 PM
Vaksin covid ni untuk lindungi penerima ja woi. Bukan untuk melindungi semua orang.
Hang ambik ...
Suka sgt probek kalu mlibatkn rezki org kn, kna ingt kuasa mnusia trbatas ade lg kuasa Y Maha Agung... Nk suruh org kna pecat keje lh... Ade y sdg mnilai kita nih... Kan Allah swt tarik rezki y suka org kna pecat tu camane ...kang xpsl2 Allah swt tarik kejap lg |
|
|
|
|
|
|
|
JessePinkman replied at 21-9-2021 11:04 PM
Setakat cadang, sembang, bincang memang la boleh cakap.
Tapi hakikatnya memang tak boleh mengatas ...
Aku tggu jpa keluarkn pekeliling berkaitan vaksin utk penjawat awam
Nk tgk pekeliling tu bertentangan ke tak dgn perlembagaan
|
|
|
|
|
|
|
|
farhani87 replied at 21-9-2021 11:22 PM
Masalahnya kak melah. Dah vaksin pun x leh hidup mcm biasa. Apooo. Dah capai 80% penduduk dewasa ...
lenkali, mohon luangkan masa baca artikel berkualiti dan ambik tau pasal covid ni di seluruh dunia ya, selain buka dan tgk video fesbuk gpmc
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 21-9-2021 10:18 PM
letak je dlm peraturan penjawat awam pua 395
tak folo..tatatertibkan mereka. turunkan pangkat. tu ...
Best of luck. Life as we know it has ended. 2024 konon abih Covid. But after dat ade yang lagi naye lagi.. Tunggu..
@pengecatbintang |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 21-9-2021 11:26 PM
lenkali, mohon luangkan masa baca artikel berkualiti dan ambik tau pasal covid ni di seluruh dunia ...
Kat luar negara yg pastinya dah byk negara yg rakyatnya buat demo xnk vaksin. Kat negara luar yg tinggi kadar vaksinasinya juga byk kes covid naik balik. |
|
|
|
|
|
|
|
The new Pandemic now is the Unvaccinated. |
|
|
|
|
|
|
| |
|