CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3130|Reply: 20

[Tempatan] Sengaja bakar Bentley untuk tuntut insurans, bayar hutang ‘along’

[Copy link]
Post time 22-9-2021 05:29 AM | Show all posts |Read mode
Sengaja bakar Bentley untuk tuntut insurans, bayar hutang ‘along’FMT Reporters -

September 21, 2021 11:45 PM


Suspek dipercayai merancang perbuatan khianat itu sejak tiga bulan lalu bertujuan mendapatkan tuntutan insurans kira-kira RM250,000 bagi membayar hutang sebanyak RM500,000. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Dua lelaki bertindak “licik” dengan sengaja membakar tiga kereta mewah termasuk sebuah Bentley Continental GT (A) semata-mata bagi mendapatkan bayaran tuntutan insurans untuk melangsaikan hutang ceti haram berjumlah RM500,000.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dapat dihidu polis selepas siasatan rekod jenayah lampau mendapati kedua-duanya mempunyai kes khianat dengan api, selain samun, curi, dan dadah.

Dalam kejadian Isnin minggu lalu, selain model Bentley Continental GT(A), dua kereta lain membabitkan Ford Fiesta dan Hyundai Accent dilaporkan terbakar di Taman Merdeka Batu Berendam, Melaka.
Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali, berkata polis segera menjalankan siasatan lanjut susulan tiga laporan diterima pihaknya termasuk daripada pemilik Bentley itu.

“Bagaimanapun, hasil siasatan dijalankan polis mendapati terdapat keraguan, sebelum polis menahan kedua-dua suspek.
“Suspek pertama yang juga pemilik kereta Bentley ditahan pada hari kejadian, manakala seorang lagi ditahan keesokannya di sekitar Bandaraya Melaka. Kedua-dua mereka berusia 36 tahun,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, hasil siasatan turut mendapati kedua-dua yang ditahan bekerja sebagai kontraktor dan jurujual.
“Mereka dipercayai merancang perbuatan itu sejak tiga bulan lalu. Mereka dipercayai membakar kereta itu untuk membuat tuntutan insurans berjumlah kira-kira RM250,000 bagi membayar hutang ‘along’ sebanyak RM500,000.

“Malah, semakan lanjut dilakukan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes khianat dengan api, samun dan curi termasuk dadah,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan selain kertas siasatan juga sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar continental GT untuk tuntutan rm250 k... 1 word sesuai BODOH....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm…hurmmm…korang jgn la terkagum sgt org pakai kete hebat2
Hutang2nya pun hebat juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:12 AM | Show all posts
ooo, sudah biasa bermain dengan api
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:00 AM | Show all posts
sukacactus replied at 22-9-2021 08:43 AM
Hurmmm…hurmmm…korang jgn la terkagum sgt org pakai kete hebat2
Hutang2nya pun hebat juga

lagi2 time cuti raya balik kg tayang kete mewah.. rupanya sewa.. pastu promote mlm
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 22-9-2021 10:00 AM
lagi2 time cuti raya balik kg tayang kete mewah.. rupanya sewa.. pastu promote mlm

Dah 2 tahun leh balik meriak masa raya, so flex kat socmed je la skrg hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 11:34 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 21-9-2021 11:41 PM
Bakar continental GT untuk tuntutan rm250 k... 1 word sesuai BODOH....

sekarang duit pampasan tak dapat . kereta pun hangus. sendiri pun masuk penjara.
elok elok bebas berjalan orang tak tahu anda seorang penjenayah sekarang satu malaysia sudah tau.

setakat bently tu kat selangor tak susah nak teka siapa owner dia.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bentley kali jualnx dpt ke 250k?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 11:50 AM | Show all posts
gigahertz replied at 22-9-2021 11:34 AM
sekarang duit pampasan tak dapat . kereta pun hangus. sendiri pun masuk penjara.
elok elok bebas  ...

sape cuba bg hints skit2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:36 PM | Show all posts
ramai je jenis tak ukur baju dibadan sendiri..
baru nampak kelmarin..
beli kereta tahun lepas..
kereta bukan bawah 100k pulak tu..
pastu la ni nak jual semua sebab tak mampu..
tahun lepas kita dah dalam covid kot..
patut fikir dalam-dalam sebelum nak berbelanja buat loan..
melainkan kerja gomen yang satu sen pun gaji tak kurang tiap bulan boleh la nak tambah hutang saban bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:45 PM | Show all posts
sukacactus replied at 22-9-2021 08:43 AM
Hurmmm…hurmmm…korang jgn la terkagum sgt org pakai kete hebat2
Hutang2nya pun hebat juga

Kannn ... hutang tak habis bayor tapi lagaknya macam beli kete cash.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah lg hutang..
Memula rm500k, skrg campur lg keta keta yg dibakar.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 21-9-2021 07:34 PM
sekarang duit pampasan tak dapat . kereta pun hangus. sendiri pun masuk penjara.
elok elok bebas  ...

Tetapi kita mungkin tidak faham bagaimana dia desperate perlu kan duit... Tetapi tetap buat pilihan salah... Last last apa tidak dapat....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 22-9-2021 08:26 AM
Tetapi kita mungkin tidak faham bagaimana dia desperate perlu kan duit... Tetapi tetap buat piliha ...

Dia ada pilihan sebenarnya. tapi saja buat pilihan salah. ahlong tu xde acu pistol pun kat kepala dia sambil jerit " Lu mau loan ke tidaaakkkkk "
itu pasal syarikat insuran ketatkan lagi claim.
yg jadi mangsa org awam.

kalau bab bakar membakar claim insuran ni perkara biasa. Adjuster insuran dengan owner berpakat adalah perkara biasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Len kali jangan pinjam dgn along. Ko pinjam dengan angah ka atau acik. Depa dua tu lembut ati sket berbanding along yg hati kering tak leh bawak bincang punya. Tak memasal ko ke dalam. Tapi berita baiknya bila ko dah ke dalam nanti along dah tak boleh kejar ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:57 PM | Show all posts
Bentley? I see...ahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang along sebab nak beli Bentley.. Duhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha donya orang bodo
Orang lain invest dalam hartanah ke apa
Ni takat kereta yang makin lama makin turun harga
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak bila ff ngan accent tu kereta mewah
ni la sejenis tak ukur baju di badan sendiri hujung2 melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 22-9-2021 05:10 PM
gigahertz replied at 22-9-2021 02:00 AM
Dia ada pilihan sebenarnya. tapi saja buat pilihan salah. ahlong tu xde acu pistol pun kat kepala  ...


Bukan ah long ganas kah.... Akak baca di CI... Mana tahu dia lebih takut ah long harm his family kan...

Bagi akak kereta ultra luxury if income so so mahu driving experience and flexing better buat car leasing... Less risk... Ultra luxury bukan semua mampu specially cost road tax... Insurance and maintenance... At least if leasing a car boleh save untuk service maintenance  sebab factory warranty  boleh extend for couple years lagi at least... Depreciation value selepas 5 tahun almost half price of the car... Orang ultra rich yang mampu beli kereta depa bukan beli 2nd hand car... Kecuali exotic abd antique cars....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073388 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list