CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49149|Reply: 668

[Tempatan] Doktor Norshinah : Pelalian Covid 19 'vaksin ujikaji'

  [Copy link]
Post time 22-9-2021 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jahcomel at 22-9-2021 09:15 AM







KUALA LUMPUR – Seorang pakar perubatan menyifatkan pelalian Covid-19 sebagai ‘vaksin ujikaji’ yang memberi tekanan besar kepada kebanyakan rakyat ketika ini .

Dr. Norshinah Kamarudin yang juga Ahli Endokrinologi berkata, suntikan pelalian itu telah menjadi dilema kepada pekerja apabila majikan memaksa agar mereka mengambil vaksin.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan dan ia boleh memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi sama.

“Tidak ada analisis ataupun mana-mana program di dalam televisyen yang menyebut mengenai analisis risiko. Ia wajar dibuat sebelum suntikan secara besar-besaran dilakukan.

“Analisis risiko juga perlu dibuat berdasarkan faktor demografi, geografi, ekonomi, agama dan sosial dalam negara ini.

“Analisis risiko ini juga perlu dibuat mengikut kumpulan umur dan komobid. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meletakkan tekanan besar ke atas ibu bapa, pelajar dan guru (apabila diarah untuk mengambil vaksin),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program bertajuk Isu Paksaan dan Keselamatan Vaksin Buatan Baru Covid-19 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Norshinah berkata, ibu bapa pula menanggung dilema apabila anak-anak mereka digesa supaya menerima suntikan pelalian sekiranya mahu hadir ke sekolah.

“Kalau tak setuju sebab enggan ambil risiko atau sebab
lain, dia menghadapi diskriminasi oleh sekolah, kolej, pentadbir, kementerian dan hilang hak belajar seperti dulu. Ibubapa juga yang susah. Di mana letak adilnya,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh KKM setiap hari tidak memberikan apa-apa nilai tambah atau penyelesaian kepada individu daripada perspektif kesihatan diri mereka.

Sebaliknya, perkara yang perlu ditekankan oleh pihak berkenaan adalah bagaimana untuk menguatkan lagi sistem ketahanan badan seseorang agar tidak dijangkiti wabak itu.

Katanya, perkara tersebut jarang sekali ditekankan sebaliknya, perkara yang sering diulang-ulang adalah dengan menumpukan perhatian kepada faktor luaran seperti pemakaian pelitup muka, face shield, penjarakan fizikal dan larangan bersalam.

“Statistik itu tidak memberikan apa-apa pun penyelesaian kepada seseorang. Jadi penilaian semula mengenai perkara ini harus dilakukan.

“Kami syorkan kepada pihak berwajib seperti Majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa, MOSTI, KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempelawa dan mendengar hujah dan data dari pihak yang ada pandangan sahih, hujah yang bernas atau fakta yang berbeza dari apa yang dibentangkan oleh saintis-saintis atau penjawat-penjawat dalam kementerian.

“Contohnya agamawan, pakar, saintis, penyelidik, pendidik, iaitu mereka yang tidak ada apa-apa kepentingan jawatan dalam kerajaan, tiada apa-apa kepentingan komersial untuk mengemukakan hujah dan pandangan mereka.

“Maka barulah keputusan yang adil, rasional, seimbang dapat dirumuskan daripada semua yang terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette

[color=var(--blue-link)]https://malaysiagazette.com/.../pakar-sifatkan-pelalian.../

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 09:31 AM | Show all posts
x lama lg ramai lh pakar2 brani bsuara..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 22-9-2021 09:31 AM
x lama lg ramai lh pakar2 brani bsuara..

Pakar luar negara kalau bersuara ade je tetibe ditemui mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 09:38 AM | Show all posts
Guccibamboo replied at 22-9-2021 09:35 AM
Pakar luar negara kalau bersuara ade je tetibe ditemui mati

y msia xtau laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot camana nii..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 22-9-2021 09:31 AM
x lama lg ramai lh pakar2 brani bsuara..

Aku pun terpksa laa hold dulu anak aku vaksin. Mcm rak beeani plk.. diminta @tinor memberikan selatah dua kata...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 22-9-2021 09:45 AM

Ye di Mesia faaksin hanye diendorse oleh muntri Oxford yang tak belajor sains.  So sape suroh ikot?

Hello Keri, will we come to this when U start rolling out these faaksins for babies?

Sape nak tengok baby paralyze 13days after Covid faaksin boleh klik ini:

https://www.bitchute.com/video/Nybu3awy6lnk/
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ambik je. kalau kau cacat sebab vaksin tanggung sendiri. kalau mati tanam. senang je. penakut sangat pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 22-9-2021 10:27 AM
abangbikerz replied at 22-9-2021 09:50 AM
ambik je. kalau kau cacat sebab vaksin tanggung sendiri. kalau mati tanam. senang je. penakut sangat ...

Rupenye akhir zaman ney penyakit lain sume dah lupus ye bro?

Hanye ade Covid je..  

Syukor.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-9-2021 09:44 AM
Ye di Mesia faaksin hanye diendorse oleh muntri Oxford yang tak belajor sains.  So sape suroh ikot?
...

Kaka ada tengok tak ada baby lagi satu side effect Convulsive getar getar tu? Tu sebab mak dia cucuk time pregnant. Baby UK tu possibilty tak boleh berjalan cam orang dewasa yang kena semua kena papah berjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:03 AM | Show all posts
kenapa sekarang baru nak bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-9-2021 10:25 AM
Rupenye akhir zaman ney penyakit lain sume dah lupus ye bro?

Hanye ade Covid je..  

kau xyah banyak bunyi. kerajaan patut buat dasar lebih keras utk yg tolak vaksin ni. setakat baca artikel kt tenet dah palatao
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya bila kita mempertikaikan vaksin kita dicop anti vaksin. .. ubat spital yg kt pasaran ni pun ada kesan smpingan. xkn la vaksin xda. mustahil..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 22-9-2021 09:31 AM
x lama lg ramai lh pakar2 brani bsuara..

FDA pun da bersuara ,skip kat 4:12:00
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:37 AM | Show all posts
jahcomel replied at 22-9-2021 01:31 AM
x lama lg ramai lh pakar2 brani bsuara..

jangan terkejut kalau kes covid turun atau 0
tapi kes mati mengejut tetiba naik mengalahkan kes covid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:29 PM | Show all posts
Hmmm, baru sekarang nak bersuara!

Link: Federal Govt Whistleblower Goes Public with Secret Recordings: ‘Government Doesn’t Want to Show the [COVID] Vaccine is Full of Sh*t’; ‘Shove’ Adverse Effect Reporting ‘Under the Mat’


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 12:38 PM | Show all posts
Baguslah dah ada pakar yang berani kedepan untuk bersuara dan berhujah.  Taklah asyik dapat nasihat yang salah lagi yang akhirnya memecah belahkan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:41 PM | Show all posts
Tak ada pilihan sangat umat manusia sekarang ini. Ada vaksin separuh masak ini (istilah sebab tak cukup kajian) kira kena ambik juga sebab ramai orang bergelimpangan mati sana sini.  Cuma ianya akan jadik kontroversi bila diwajibkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis kita yg dah tervaksin ni camno
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la budak itam tu tengah gelabah tulur nak buru geng 19% cepat-cepat. Something big is coming yo!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086870 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list