CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2537|Reply: 13

Berbulan-Bulan Menederita Sakit Tibi, Izuan Fitri Dah Boleh Keluar Hospital

[Copy link]
Post time 22-9-2021 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Hampir tiga bulan dirawat di hospital akibat penyakit tibi atau batuk kering, pelakon Mohd Izuan Fitri, 19, akhirnya dibenarkan pulang ke rumah, semalam selepas menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif.


Izuan dikejarkan ke Hospital Selayang selepas diserang sawan pada 31 Julai lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak pada 5 Ogos lalu.


Bagi terus memantau keadaan kesihatannya, pelakon remaja itu dipindahkan pula ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) untuk pemantauan lanjut dan penjagaan rapi pada hujung Ogos lalu.




Kredit foto: Harian Metro





Ibunya, Norainon Abdul Rani berkata, dia kini lega dan bersyukur kerana anak bongsu daripada tujuh beradik itu sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk penjagaan yang lebih selesa.


"Keadaannya pun lebih ceria dan gembira kerana dijaga rapi oleh abang dan kakak. Keadaan perkembangan kesihatan yang ditunjukkan Adik sekarang sangat positif dan membahagiakan kami sekeluarga. Dia dah boleh senyum dan abang pula dah beri makan macam-macam termasuk ramen. Tapi, setakat ini Adik masih tak boleh bercakap lagi," katanya kepada Harian Metro.


Norainon berkata, mengikut doktor yang merawat, anaknya mungkin dalam keadaan trauma kerana berpindah tempat rawatan beberapa kali dan ia mengambil masa untuk pulih dan tidak dipastikan berapa lama.


Katanya, Izuan juga akan menjalani pemeriksaan susulan untuk otaknya bersama doktor mengikut temujanji ditetapkan pada Oktober ini.


"Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada kalian dan hanya Allah saja dapat membalas semuanya. Namun, bagi yang nak menghulurkan bantuan, saya menerima dengan hati terbuka kerana ia rezeki buat Adik untuk kami menguruskan perbelanjaan keperluan kesihatannya.


"Saya pun sudah tidak sesuai bekerja atas faktor usia. Untuk perbelanjaan penyediaan keperluan Adik seperti ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang, losyen, pelapik lampin pakai buang, tisu basah, pelitup mulut dan hidung dianggarkan RM1,700 sebulan," katanya.


Justeru, bagi maklumat lanjut mengenai bantuan untuk Izuan Fitri, boleh mengirim mesej di Facebook Nor Abdul Rani.


Sepanjang pembabitan dalam kerjaya lakonan, Izuan Fitri pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 09:58 AM | Show all posts
Bahayanye tibi
ni mesti satu rumah kena buat check up jugak.mcm covid
tengok gambar dia kurus kering, mmg kesan tibi
anak sedara aku penah disyaki tibi.aku cuak gile dah, tibi senang berjangkit jugak
mujur la result test negatif
harap pelakon ni bebas tibi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 22-9-2021 09:58 AM
Bahayanye tibi
ni mesti satu rumah kena buat check up jugak.mcm covid
tengok gambar dia kurus keri ...

Yezza..
Laki iols pernah buat mantoux test
Sama dgn iols juga
Puncanya sebab dalam tmpt keje dia ada sakit tibi..ditahan di hospital sungai buloh..
Mujur weols takde pape...negatif
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tb ni walaupon dah discharge kena makan ubat berbulan2 kan. Kesian, siapa kena tb mmg mostly jadi kurus kering. Alhamdulillah, dah boleh discharge, semoga kesihatan kembali pulih.

Kes yg macam ni xde pulak group "aktivis" claim kena culik dengan spital, kebulur x diberi makan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:00 PM | Show all posts
Alhamdulillah, moga yang baik2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada family history tibi pun bahaya next gen boleh kena juga.. tak tau nak cakap apa trigger penyakit ni. Dulu takde ubat pun, Sekarang dah ada ubat kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, semoga kesihatannya bertambah baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ak rs umur2 dia ni, BCG sekolah dah dihentikan. last ak baca tahun 2002, xtau betul ke x. sbb zmn ak ada lg BCG. dgn parut BCG nila, ada kes mayat dibuang, nmpak parut BCG, cop terus ok ni rakyat Msia. mcm klu dlm rantau ASEAN , Msia je ada BCG shot utk budak2 sekolah, skg xtau ada lg ke BCG.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, lega
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga baik2 je
Apa penyakit takde dalam donya sekarang
Makin ramai manusia makin senang jangkit
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Semoga terus diberikan kesembuhan Inshaallah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:40 PM | Show all posts
Edited by TabletSusu at 24-9-2021 08:44 AM
sambaldurian replied at 22-9-2021 03:27 PM
ak rs umur2 dia ni, BCG sekolah dah dihentikan. last ak baca tahun 2002, xtau betul ke x. sbb zmn ak ...

tp kat malaysia ni masa new born dah kena injek BCG kan?

x silap aku south korea pun bg BCG kat new born baby dia
* sorry awak tulis asean.. lupa sk bkn asean
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 24-9-2021 04:40 PM
tp kat malaysia ni masa new born dah kena injek BCG kan?

x silap aku south korea pun bg BCG kat ...

aah BCG time baby mmg ada. polio,mmr sekali. yg kt sekolah tu utk booster je. djh 1 dgn djh 6. tp ak bc tahun 2002 dh xde booster BCG. means nurse dh x dtg sekolah la kot utk bg booster BCG. cukup guna dos ms baby jela kot. ( x pasti la booster tu ada lg ke x- sbb ak x keja kt sekolah, bc artikel je pun).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.075705 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list