CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3336|Reply: 23

[Tempatan] UiTM Dungun kini setaraf Universiti Harvard berjaya jana 1.6MW elektrik melalui

  [Copy link]
Post time 22-9-2021 09:35 AM | Show all posts |Read mode
https://www.nst.com.my/education ... imate-change-report

https://green.harvard.edu/news/harvards-greenest-roof

https://www.sinarharian.com.my/a ... projek-solar-di-IPT

DUNGUN – Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Terengganu kampus Dungun di sini berjaya membangunkan kemudahan penjanaan tenaga solar dan pembekalan tenaga elektrik penjanaan solar sekaligus menjadi perintis kepada projek solar di institusi pengajian tinggi awam di Terengganu.

Ketua Projek Tenaga Solar UiTM Cawangan Terengganu, Dr Ermeey Abd Kadir berkata, penggunaan teknologi tenaga solar memberi banyak kelebihan sama ada dari segi penjimatan, penjanaan tenaga dan penyelidikan.

Menurutnya, sejak penggunaan solar, UiTM Cawangan Terengganu mampu menjimatkan kos penggunaan elektrik di kampus antara RM50,000 hingga RM80,000 sebulan berbanding kos sebenar RM350,000 bergantung kepada penggunaan.

“Selain penjimatan penggunaan elektrik antara 15 hingga 20 peratus, projek solar ini juga sudah menjana pendapatan sebanyak RM700,000 melalui eksport tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau lokasi projek panel solar di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun di sini pada Isnin. Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Profesor Dr Mazidah Puteh.

Panel solar yang dipasang pada bumbung tempat letak kereta UiTM Cawangan Terengganu kampus Dungun.
Dr Ermeey berkata, projek pemasangan 3,885 panel solar di beberapa lokasi seperti dewan serbaguna, tempat letak kereta berbumbung serta bumbung bangunan di kampus telah dimulakan pada Julai 2020 dan siap pada Disember melibatkan kos RM6 juta.

Katanya, tenaga solar berkapasiti 1.6MW itu mempunyai tempoh matang sehingga 25 tahun dan pihaknya bercadang melaksanakan projek sama di UiTM kampus Chendering dan kampus Bukit Besi pada tahun depan melibatkan anggaran kos sebanyak RM3 juta.

“Kita juga bersedia berkongsi kepakaran kita dengan mana-mana agensi milik kerajaan, swasta atau rakan institusi pengajian tinggi yang berminat menceburkan diri dalam penggunaan solar di tempat masing-masing,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... projek-solar-di-IPT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. hebat. Hasil penemuan inovasi mcm ni lah yg patut di galakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. bagusla bijak pandai fikir sesuatu yang baik untuk masyarakat dan alam sekitar. Anyway masa kaka sekolah rendah, kaka pernah pegi ITM sura hujung pada tahun 1990. Masa tu rasa tempat ni macam pedalaman sangat dengan rumah nelayan dengan jala kat depan rumah. Sekarang dah banyak homestay kan .. Dungun pun dah jadi bandar.. yang masih sama adalah deruan ombak laut china selatan   
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud maturity period hingga 25 tahun tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 11:16 AM | Show all posts
najib888 replied at 22-9-2021 11:11 AM
Apa maksud maturity period hingga 25 tahun tu?

Perjanjian untuk janakuasa elektrik biasanya 25 tahun.
Jangkahayat solar panel pun lebih kurang itu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:21 AM | Show all posts
bagus...tahniah...
rasanya kediaman PM pun kena guna tenaga solar jugak utk menjana tenaga elektrik... jimat duit rakyat nk byr bulan2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 11:30 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 22-9-2021 01:39 AM
Wah.. hebat. Hasil penemuan inovasi mcm ni lah yg patut di galakkan.

i rasa kalau i ada modal i nak copy-cat UiTM Dungun tu. saiz dia , bentuk dia ,
pastu buat ladang solar panel. sebab boleh jual kat TNB RM 700k Sebulan kan
kalau modal RM 6 juta pastu income RM 700k ok sangat la.
cari mana mana tanah terbiar tu pastu buat ladang solar kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:36 AM | Show all posts
baca tajuk berita ingatkan UiTM pencipta  panel solar photovoltaic cell tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-9-2021 03:30 AM
i rasa kalau i ada modal i nak copy-cat UiTM Dungun tu. saiz dia , bentuk dia ,
pastu buat ladan ...

Iye you.. 9 bulan je balik modal.. kalau maturity period 25 tahun bayangkan lah berapa income kan. Maybe perlu tambah cost maintenance je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:42 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 22-9-2021 03:37 AM
Iye you.. 9 bulan je balik modal.. kalau maturity period 25 tahun bayangkan lah berapa income kan. ...

cost maintance apa je pun
pekerja tak payah atau paling kuat seorang security guard.
elektrik : pakai je la yang di generate sedikit
air : x payah
internet : ni utk CCTV mungkin perlu.
sewa : utk tapak solar.

rasanya kos overhead kalau campur sewa dalam RM 10k sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:53 AM | Show all posts
uitm ni betul2 tepi pantai...syok.....
tp pantai area tu selalu ada hakisan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:56 AM | Show all posts
Cuba beritahu berapa kos modal untuk pasang solar ni. Jangan lupa kos selenggara solar panel dan kelengkapan berkaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg i faham ni bukan dia orang cipta kan.
Just guna kuasa solar yg bahan asas dibekalkan berjumlah  RM6 juta. Mcm rmh kita beli perkakas hasilkan solar energy ke kuasa elekrik . Kos beli dlm Rm40k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 12:34 PM | Show all posts
gigahertz replied at 22-9-2021 11:42 AM
cost maintance apa je pun
pekerja tak payah atau paling kuat seorang security guard.
elektrik : ...

Oklah tu untung untuk UiTM juga. Takdela geng-geng roket kata Bumiputera ni makan subsidi je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:49 PM | Show all posts
Wah, tahniah. Bagus la Uitm, ada idea dan plan yang bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah semua
bangga betul dgn anak2 muda mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua Projek Tenaga Solar UiTM Cawangan Terengganu, Dr Ermeey Abd Kadir berkata, penggunaan teknologi

tahniah dr ermeey
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah UiTM
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 05:31 PM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 22-9-2021 02:23 PM
tahniah semua
bangga betul dgn anak2 muda mcm ni

rasanya ini projek uitm bukan projek student...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 22-9-2021 05:41 PM

Ya Allah..  Kalo gitu atap rumah apartmen adek aku pon setarap atap Harvard la kot.  Usah le benak sangat..  TNB memang ade kasi projek ni pade staf2 dia untok pasang kat rumah.  Yaa salam..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.549461 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list