CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4674|Reply: 25

[Tempatan] Antivax Tertekan: Hospital dan Klinik Swasta Tolak Rasuah Geng Antivaksin. Hospi

   Close [Copy link]
Post time 22-9-2021 12:19 PM | Show all posts |Read mode
https://premium.sinarharian.com. ... uah-geng-antivaksin

SHAH ALAM - Hospital dan klinik swasta menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mendapatkan sijil vaksin Covid-19 secara haram.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) dan Zahran Covid-19 Centre, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak berkata, perbuatan mendapatkan sijil vaksin secara haram adalah sangat tidak beretika.

Menurutnya, bukan sahaja menjijikkan, tindakan seumpama itu bertentangan dengan objektif dan misi utama negara yang mahu membebaskan masyarakat daripada Covid-19.

Jelasnya, pemberian vaksin telah terbukti membantu usaha menurunkan angka kritikal dan kematian ekoran virus Covid-19 yang berbahaya itu.

“Perbuatan memalsukan sijil digital vaksin Covid-19 akan menggagalkan usaha untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok.

“Untuk itu, kami di Kumpulan Megaklinik Zahran sama sekali tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang mahu melakukan perbuatan terkutuk ini,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tinjauan wartawan turut mendapati kebanyakan klinik swasta di Lembah Klang sudah tidak membekalkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19 kepada orang ramai ekoran tiada bekalan tambahan diterima setakat ini.

Rata-rata klinik swasta tersebut tidak mengetahui bilakah bekalan itu akan diberikan kepada mereka.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Ramai OKU gagal vaksin Covid-19
‘Saya tak layan pujukan tandatangan SD mana-mana pihak’
Masalah kesihatan: Adakah anda layak ambil vaksin Covid-19?
Mengulas berkaitan isu integriti para doktor, Mohd Nafidz berkata, setiap pusat pemberian vaksin (PPV) kelolaan KMZ telah dimaklumkan dengan jelas standard operasi (SOP) yang wajib dipatuhi.

Menurutnya, setiap penerima vaksin mesti didaftarkan melalui sistem MyVas yang akan dikemas kini oleh pihak pengendali sistem aplikasi MySejahtera.

Tegasnya, setiap dos vaksin Covid-19 mempunyai kod tersendiri dan tidak boleh sewenangnya untuk tidak direkodkan.

“Lesen APC doktor juga direkodkan sebagai vaccinator. Jadi jika berlaku salah laku sebegini, pastinya akan memberi kesan buruk kepada lesen pengamal perubatan berkenaan,” kata beliau.

TIADA KOMPROMI

Ketua Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia dan Pemasaran Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Ali Karimi Abdul Rahman berkata, menjadi satu kewajipan buat hospital yang terkenal dengan slogan Mesra Ibadah itu menolak budaya bertentangan dengan amalan murni Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, sebagai sebuah hospital berkonsepkan Islam yang menjunjung nilai-nilai murni, pastinya HIAZ tegas menolak budaya rasuah.

“HIAZ menentang sekeras-kerasnya perbuatan jijik menyogok atau merasuah petugas kesihatan bagi mendapatkan sijil vaksin secara haram.

“Sebagai sebuah hospital Islam, HIAZ pastinya akan menjaga integriti dan amanah yang diberikan kepada kami.

“HIAZ sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan seumpama itu.

“Malah kita akan bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada yang menawarkan habuan untuk mendapatkan vaksin dan sijil vaksin dengan cara itu,” katanya.

Selain itu katanya, HIAZ sentiasa memastikan semua petugas termasuk pemberi vaksin mengamalkan siasah Islamiah dalam tugasan masing-masing.

Tambahnya, tekad HIAZ adalah menjayakan misi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
antivax semua ni patut dimandulkan sahaja supaya tak wujud lg keturunan manusia yg bodo sombong
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 yg menolak vaksin ni tak buat sesuatu yg bercanggah dgn moral dan agama.
Tak nak vaksin, terpulang, tp jgn buat2 jadi mangsa diskriminasi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-9-2021 12:50 PM
Harap2 yg menolak vaksin ni tak buat sesuatu yg bercanggah dgn moral dan agama.
Tak nak vaksin, ter ...

Betul...menolak vaksin atas alasan agama tp demi nk enjoy all privileges org complete vaksin sampai sanggup buat benda2 bercanggah dgn agama. They never walk the talk. X nak vaksin is ok your choice tp jgn la melalak isu diskriminasi perlembagaan bagai. Stop hasut org lain dgn mcm2 teori konspirasi yg ntah pape. Quran & sunnah ada tp tetap nk percaya teori konspirasi yg x tau asal usul
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 03:16 PM | Show all posts
rugi tau.. antivax kan banyak duit
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 03:48 PM | Show all posts
Makin tertekan puak2 antivax ni smbil menangis di bucu gazebo smbil mengeteh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 07:24 PM | Show all posts
Ada lg yg cakap pasai Imuniti kelompok 😅
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
There's nothing you can do.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk kat fb aku yg antivaksin sejak Langkawi di buka diam je x bersuara..ke deme p holidays ke Langkawi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin tu free jah tp sanggup antivax berabis duit beli sijil vaksin semata nak dapat privileges.kehh3
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni kalau nak vaksin 1st dose kena join group budak2 sekolah la kan? Di ppv nanti petugas akan tanya, pakcik sekolah kat mana? Repeat spm ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:12 AM | Show all posts
Wow.....
Itulah yg terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-9-2021 08:22 AM
Sekarang ni kalau nak vaksin 1st dose kena join group budak2 sekolah la kan? Di ppv nanti petugas ak ...


Repeat paper July kot
Eh ada lagi ke paper July?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 03:53 PM | Show all posts
pelik al antivacc ni, ssh sgt nak terima system imunisasi kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-9-2021 12:50 PM
Harap2 yg menolak vaksin ni tak buat sesuatu yg bercanggah dgn moral dan agama.
Tak nak vaksin, ter ...

Takde maknanya dorang aman2 je leh masuk kedai shopping bagai.

Siap nganjing kat fb lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-9-2021 07:22 AM
Sekarang ni kalau nak vaksin 1st dose kena join group budak2 sekolah la kan? Di ppv nanti petugas ak ...

Budak sekolah dapat pfizer tak smaa ngn acik2 tua.

Kalau ppv tu ada sinovac so sinovac la tuk acik2. pfizer tuk budak sekolah n ibu hamil. Tp taktau laa kalau semua dorang bg sama je. Aritu aku nampak org tanya kat fb satu ppv ni admin dia jawab pfizer tu budak sekolah je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 23-9-2021 03:55 PM
Takde maknanya dorang aman2 je leh masuk kedai shopping bagai.

Siap nganjing kat fb lagi.

Harap2 mati la cecepat sb covid
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 04:27 PM | Show all posts

hadessss klaka la tgk antuvaks..
baru dapat 2 dose dah fefeling macam malaikat maod.. (pinjam slang dokter malar MAOD pojaan antuvaks) mendoakan antivaks mati cepat...
antuvaks ingat dgn ada nya  2 dose nyawa  boleh di panjangkan lagi 30 thn agaknya
ntah2 ujung2 antivaks jugak yg tolong kapankan, tanamkan dan talkin antuvaks nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dunia ini milik pencinta vaksin.. yg xmau cucuk dduk tepi jgn bnyak songeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dunia ini milik pencinta vaksin.. yg xmau cucuk dduk tepi jgn bnyak songeh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.342966 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list