CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 2

Makan lemak tenusu, kurang risiko sakit jantung

[Copy link]
Post time 22-9-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode

Produk tenusu tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.- UPI

Makan lemak tenusu, kurang risiko sakit jantung

LONDON – Satu kajian mendapati individu yang banyak mengambil lemak tenusu adalah kurang berisiko untuk menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengambil makanan rendah lemak daripada produk berasaskan susu, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine itu menunjukkan, tanpa mengira umur, gaya hidup, amalan pemakanan dan penyakit lain, individu dengan kadar lemak tinggi dalam  dalam darah hasil daripada pengambilan produk tenusu yang banyak kurang berisiko menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah tenusu.

Sebagai tambahan, penyelidik berkata bahawa pengambilan produk tenusu tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian.

Pengambilan produk tenusu meningkat secara global memandangkan tenusu merupakan bahan utama dalam pelbagai jenis makanan seperti aiskrim, yogurt, keju, puding, beberapa jenis bijirin, bahkan ia juga merupakan bahan dalam ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan makanan tambahan seperti vitamin.

“Beberapa garis panduan diet terus menyarankan pengguna memilih produk tenusu rendah lemak,” kata penulis bersama kajian, Matti Marklund dalam satu kenyataan akhbar.

Sementara itu, pengambilan produk berasaskan tenusu terutamanya yang telah melalui proses penapaian dikaitkan dengan memberi manfaat kepada jantung.

“Peningkatan bukti menunjukkan bahawa kesan kesihatan makanan tenusu mungkin lebih bergantung kepada jenis tenusu seperti keju, yogurt, susu, dan mentega berbanding kandungan lemaknya.

“Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun makanan tenusu kaya dengan lemak tepu, ia juga kaya dengan banyak nutrien lain dan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat,” kata seorang penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, Kathy Trieu. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu rupanya..
Good job Raline
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 09:12 PM | Show all posts
adila39 replied at 23-9-2021 12:59 PM
Gitu rupanya..
Good job Raline

yeyeaaajhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059645 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list