View: 1888|Reply: 2
|
Neelofa kerap pegang ‘baby bump’
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Khabar angin yang mendakwa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd. Noor sedang hamil semakin bertiup kencang selepas kelihatan kerap memegang ‘baby bump’ ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.
Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.
Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.
Hasil bidikan gambar Noor Neelofa oleh jurukamera Kosmo!, Mohd. Shahjehan Maamin juga menampakkan perutnya yang seakan sedang hamil, namun sehingga hari belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.
Sementara itu, menerusi Instagram Kosmo! rata-rata orang ramai memberikan komen positif selain mendoakan pasangan sama cantik sama sepadan itu.
“Comel baby bump. Alhamdulillah,” komen @fatin_azman98.
“Perut dah nampak… macam lima atau enam bulan je,” ujar @qisiha. – K! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously? Hari2 kena update pasal baby bump?
Thread semalam kan hang yang bukak gak?
Momod... Double thread
@friedfishsoup |
|
|
|
|
|
|
| |
|