CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 6

[Dunia] China sengaja sebar Covid-19 semasa Sukan Tentera Dunia, dakwa Wei Jingshen, war

  [Copy link]
Post time 24-9-2021 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-9-2021 06:18 AM

China sengaja sebar Covid-19 semasa Sukan Tentera Dunia

https://www.utusan.com.my/luar-n ... ukan-tentera-dunia/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
24 September 2021, 1:30 pm


PERARAKAN masuk bendera China dan Kejohanan Sukan Tentera Dunia semasa acara pembukaan sukan itu di Wuhan pada 2019. – CHINADAILY.COM

WASHINGTON: Wei Jingshen, warga China yang dilabel ‘pengkhianat’ dan ‘pembelot’ oleh China dan mendakwa pernah memberi amaran kepada pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS) mengenai penemuan virus baharu di Wuhan, tampil dengan pendedahan baharu.

Kali ini beliau mendakwa, China sengaja menyebarkan virus Covid-19 semasa Kejohanan Sukan Tentera Dunia, dua bulan sebelum dunia menjadi kecoh dengan wabak berbahaya itu.

Kejohanan itu berlangsung di Wuhan, China pada Oktober 2019 dan merupakan yang pertama kali dianjurkan melibatkan anggota tentera dari 109 negara.



Jingshen yang juga bekas anggota Parti Komunis China mendedahkan, kejohanan antarabangsa bagi atlet tentera itu berperanan sebagai lokasi penyebaran virus superspreader iaitu dua bulan sebelum China memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kes pertama Covid-19.

Malah beliau mendakwa, bukan satu kebetulan apabila seramai 9,000 atlet antarabangsa yang berkumpul semasa acara itu dilaporkan ditimpa penyakit misteri.

“Saya fikir Kerajaan China mengambil peluang tersebut untuk menyebarkan virus semasa Sukan Tentera kerana ramai warga asing berada di sana.

“Saya tahu mengenai kemungkinan Kerajaan China menggunakan beberapa senjata pelik termasuk senjata biologi kerana mereka menjalankan eksperimen tersebut,” dakwanya semasa ditemu ramah dalam dokumentari Sky News.

Beliau melahirkan kebimba-ngan mengenai situasi tersebut dengan memaklumkan kepada pegawai kanan semasa pentadbiran Donald Trump, November 2019, namun tidak dihiraukan langsung.


WEI JINGSHENG

Jingsheng yang merupakan pejuang demokrasi dan pernah dipenjarakan kerana aktiviti revolusi berkata, dia mengambil pendekatan itu ketika maklumat ‘virus SARS baharu’ mula beredar dalam WeChat serta platform media sosial China lain.

“Saya rasa mereka tidak prihatin, jadi saya berusaha sehabis baik untuk menyalurkan lebih banyak maklumat dan perincian.

“Mereka mungkin tidak percaya kerajaan sesebuah negara akan menyebarkan virus, jadi saya berusaha meyakinkan mereka,” jelasnya.

Dakwaan lelaki itu turut disokong oleh bekas Penasihat Utama China ke Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Miles Yu.

Katanya, atlet Perancis, Jerman dan AS merupakan antara atlet yang jatuh sakit semasa kejohanan dengan mengalami simptom seperti Covid-19, namun tidak pernah menjalani ujian virus tersebut.

Bekas Penyiasat Covid-19 Jabatan Negara AS, David Asher turut melihat beberapa petunjuk dalam data mengenai kemungkinan wabak itu merebak di AS seawal Disember atau lebih awal daripada itu.


SEMBUNYI FAKTA

Ketika pandemik Covid-19 semakin merebak di China dua tahun lalu, kerajaan negara itu tetap berusaha menyembunyikannya daripada pengetahuan WHO.

Sehingga 31 Disember 2019, wabak itu tidak mampu disorokkan lagi mengenai kewujudannya yang mengancam nyawa manusia.

Namun begitu, Beijing tetap menafikan virus itu boleh berjangkit dari manusia ke manusia lain sehingga perkara itu terbongkar akhir Januari, tahun lalu.

Beijing membuat pengumuman mengenai pemulihan daripada wabak lebih awal sebagai tanda kemenangan buat pe-mimpin negara itu dengan ekonomi China satu-satunya yang berkembang tahun lalu.

Namun di sebalik semua itu, terdapat banyak laporan yang mendedahkan bagaimana China menyembunyikan perincian utama mengenai virus semasa peringkat awal penularan.

DIPAKSA MAKLUMAT PALSU


Terdahulu, menurut apa yang dilaporkan sebelum ini, doktor di China termasuk Li Wenliang, mula melaporkan adanya jenis jangkitan pernafasan baharu yang serupa dengan SARS pada awal Disember 2019.

Namun bagi mengelak perkara itu mendapat perhatian umum, polis didakwa menahan Wenliang dan lapan yang lain kerana menyiarkan laporan virus itu.

Wenliang, yang kemudiannya meninggal dunia akibat virus itu, terpaksa menandatangani dokumen yang mengakui maklumat yang diterbitkannya adalah palsu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
motto mereka....'wa talak tipu maaa...wa pandai meniaga maaa'.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 02:43 PM | Show all posts
tahu lama dah ..siap ada macam2 persembahan lagi masa hari sukan tu ... galak sakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita jadi tentereeeeeeeeee, mengawal negareeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:15 PM | Show all posts
ceit,  pejuang demokrasi   ....     kalu benar pon tentera Amerika yg kene dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kinda obvious all along

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yakjuj Makjuj sangat ferangaiii
Sama lerr dengan kuasa2 besar lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077595 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list