CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2242|Reply: 7

Fify Azmi & Sharnaaz tak ada hubungan pun, banyak minta nasihat je

[Copy link]
Post time 26-9-2021 10:24 PM | Show all posts |Read mode

Fify menjelaskan hubungannya dengan Sharnaaz hanyalah sebagai sahabat seindustri.


Sharnaaz hanya kawan, saya banyak minta nasihat dia – Fify Azmi

PETALING JAYA – “Sejujurnya Sharnaaz Ahmad merupakan seorang ‘celebrity crush’ saya dalam bidang lakonan. Saya perlu akui perkara itu.”

Itu jawapan yang diberikan oleh pelakon cantik, Fify Azmi mengulas dakwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, ketika ditemu bual dalam program Melodi sebentar tadi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon tersebut seperti yang didakwa netizen.

“Biasalah netizen. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz. Dia (Sharnaaz) merupakan seorang yang suka membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar lakonan kepada saya,” kata Fify.

Tanpa berselindung, pelakon yang pernah membintangi drama Ratu Ten Pin itu turut mengakui bahawa Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi idola (crush) yang diminatinya.

“Bila kita berkawan dengan idola kita sendiri, banyak soalan yang kita nak tanya dan dia banyak membantu saya. Terima kasih Sharnaaz,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fify turut berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menutup mulut netizen tentang istu tersebut. Namun pada masa sama, dia tidak menolak seandainya mempunyai jodoh dengan pelakon tersebut.

“Tapi kalau ada jodoh, adalah,” ujar wanita berusia 31 tahun itu ringkas.

Ditebak tentang kriteria yang diinginkan daripada ‘bakal jodohnya’ nanti, Fify berkata dia masih belum pasti tentang perkara tersebut.

“Saya tidak pasti sebenarnya. Saya seorang yang ringkas. Kalau seseorang itu boleh membimbing saya, itu sudah cukup baik.

“Kalau individu berkenaan boleh memimpin saya, itu sudah cukup baik. Membimbing daripada sudut keluarga dan keagamaan.

“Jadi doakanlah saya yang baik-baik,” katanya.

Sekadar info, nama Fify sebelum ini pernah menjadi bualan apabila didakwa meminati kaum sejenis (lesbian) gara-gara sering melakonkan watak lasak dengan imej berambut pendek.

Fify bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan bertegas, dia masih wanita sejati dan mempunyai hati serta nafsu terhadap lelaki. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 10:34 PM | Show all posts
fify nie lawa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sejujurnya Sharnaaz Ahmad merupakan seorang ‘celebrity crush’ saya dalam bidang lakonan".

Yihhhhhhh hauknyaaaa tasteeeee!
Tapi dah itu yang ko suka, lantak la.
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hasniey at 27-9-2021 12:22 AM

31?nmpk mcm budak2 lg...igtkan awal 20an
Mamu umur berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:29 AM | Show all posts
Takpe berkawan-kawan lah dahulu, berkahwin-kahwin lah kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:30 AM | Show all posts

I agree. Mata pakai contacts nampak besar. I loike

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sheols kheun ni dulu yg selfie kt jenazah arwah omaknya kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 08:48 PM | Show all posts
dia smokin kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062364 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list